Monday, August 4, 2008

Majoriti Penentu ‘KEMENANGAN’

Perletakan jawatan DS Wan Azizah sebagai Ahli Parlimen pada 31 Julai 2008 telah memberi satu ‘exercise’ kepada Pakatan Rakyat (PR) & Barisan Nasional (BN) untuk menilai sejauh mana keinginan rakyat samada untuk meneruskan momentum perubahan atau membuat u-turn kepada BN.

Apa jua yang hendak diperkatakan dan telahpun diulas oleh ramai pihak, saya merasakan… insyaAllah kemenangan PR dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh sukar disekat.

Yang mungkin menjadi pertarungan sekarang ini ialah bukan soal menang atau kalah, tetapi adalah untuk melebarkan @ mengurangkan majoriti undi (sebelum ini PR menang dengan majoriti 13,388 undi). Mungkin tidak mustahil BN boleh mengembalikan keputusan dalam PRU 11 (hanya kalah majoriti 590 undi). Tetapi melihat kepada riak sekarang ini, ia seperti sukar berlaku, insyaAllah.

Saya rasa data-data pada PRU 12 mungkin boleh bermanfaat untuk pilihan raya kecil ini, walaupun mungkin ada sedikit perubahan kepada penambahan & pengurangan jumlah pengundi :

Jumlah Pengundi : 58,449
Peratusan Kaum :
o Melayu : 68.5%
o Cina : 24.79%
o India : 6.3%
o Lain-lain: 0.41%


Melihat kepada angka tersebut, boleh disimpulkan, undi orang Melayu akan menjadi penentu kepada ‘kemenangan’ nanti. Senario ‘swing’ undi orang Melayu kepada PR dalam PRU 12 terlalu kecil berbanding dengan ‘swing’ undi orang Cina & India kepada PR.


Ini mungkin akan menjadi ‘test’ kepada PR & BN untuk melihat sejauh mana penerimaan orang Melayu kepada gaya pemerintahan PR di Pulau Pinang. Samada ia diterima atau tidak, sedikit sebanyak ia akan menyumbang kepada jumlah undi nanti.

Untuk pergi jauh lagi, saya kerap diajar untuk menilai sesuatu isu dengan kaedah SWOT (Strengths - Kekuatan, Weaknesses - Kelemahan, Opportunities – Peluang & Threats - Ancaman). Pastinya ia sedikit sebanyak dapat melihat sejauhmana kemampunan PR & BN untuk menghadapi pertembungan ini. Sedikit SWOT Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh secara rambang untuk dikongsi :

PAKATAN RAKYAT

1. Kekuatan
  • Jentera yang kuat, terutama sokongan jentera dari PAS
  • Faktor calon (DS Anwar Ibrahim) yang sememangnya mempunyai pengaruh besar di Permatang Pauh
  • Sokongan padu dari masyarakat Cina & India
  • Penambahan & pengurangan para pengundi tidak banyak berubah dengan para pengundi PRU 12
2. Kelemahan
  • Ketidakmampuan untuk menandingi media mainstream terutama untuk counter-attack isu yang dilemparkan oleh BN
  • Hubungan diantara parti-parti dalam PR tidak utuh sebagaimana BN ditambah dengan isu ‘muzakarah’ PAS dengan UMNO

3. Peluang

  • ‘Mood’ para pengundi tempatan untuk mengangkat DSAI sebagai PM kuat
  • Simpati pengundi terhadap DSAI
  • Isu ekonomi terutama ‘isu harga minyak’
  • Isu kelemahan pentabiran Pak Lah
4. Ancaman
  • Serangan fitnah kepada isu peribadi DSAI (isu liwat & agen Amerika) dengan disokong media mainstream
  • Ketidakpuashatian orang melayu dengan pentadbiran kerajaan pimpinan DAP di Pulau Pinang
  • Pengundi hantu pastinya berkeliaran pada hari membuang undi
  • Taburan sogokan berbentuk wang sukar dibendung
  • Sikap terlalu yakin mencapai kemenangan

BARISAN NASIONAL

1. Kekuatan
  • Kekuatan jentera terutama sokongan dari jentera kerajaan
  • Sokongan dari media mainstream
2. Kelemahan
  • Tiada calon yang berkemampuan (termasuk Ezam) untuk menandingi kewibawaan DSAI
  • Kelesuan jentera BN & mengharapkan ganjaran

3. Peluang
  • Bajet 2009 yang akan dibentangkan akhir September pasti digunakan sebaik mungkin
  • Ezam akan dipergunakan habis-habisan oleh BN untuk menyerang DSAI

4. Ancaman

  • Inflasi yang semakin meningkat
  • Isu kenaikan harga minyak yang masih gagal diterima oleh rakyat
  • Isu pembunuhan Altantuya (dikaitkan dengan pimpinan BN) pasti digunakan secara maksima oleh PR



InsyaAllah, saya dan beberapa petugas lain akan turun untuk Fasa 1 ke Permatang Pauh pada 7 Ogos ini.

Salam Perjuangan

1 comment:

blogkelate said...

Wahhh Lot 250 baru update... Slamat kembali dari Pangkor