Wednesday, April 28, 2010

Ceramah Perdana

Baca... Cetak.... Edar

Saturday, April 17, 2010

As-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi


Pada 17 April 2004, genaplah 6 tahun as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi (Pemimpin HAMAS) meninggalkan kita semua. Beliau dibedil oleh helikopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu Hellfire (yang juga telah mengambil nyawa as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin 26 hari lebih awal).

Sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah kerana menziarahi keluarga selepas waktu Isya’, beliau dengan hati penuh harap berkata ‘Semoga Engkau masukkan kami ke dalam syurga Mu Ya Allah. Inilah puncak harapanku…..”

Tidak beberapa langkah dia meninggalkan rumah, kedengaranlah bunyi ledakan dan ternyata helicopter Apache telah siap menunggu dan menganugerahkan apa yang diimpikan oleh as-Syahid.

Antara ucapannya yang paling diingati.... :
”KITA AKAN MATI SUATU HARI NANTI, TIADA APA YANG DAPAT MENGUBAHNYA.... JIKA MAUT DISEBABKAN APACHE (HELIKOPTER TEMPUR BUATAN AMERIKA) ATAU SERANGAN JANTUNG... SAYA LEBIH RELA MEMILIH APACHE!!!”