Friday, October 31, 2008

Muhyiddin Selepas Pak Lah???


Bulan Mac nanti , seperti yang diwar-warkan Najib akan mengambil alih teraju pimpinan Negara.
Ya tampak menyerlah senyuman Najib terutama isterinya Rosmah.

Tetapi adakah ia akan berlaku sedemikian? Selemah itukah Pak Lah hendak mengizinkan Najib mewarisi takhtanya? Semudah itukah beliau menyerah kalah dan sebodoh itukah nasihat Khairy kepada mertuanya?????

Harus diingat…. Pak Lah dalam rekodnya sebagai PM telah acap kali menipu (mungkin termasuk didalam Prinsip Hadhari yang ke 11).

Bermula dengan kempen memerangi rasuah, hinggalah kepada pengumuman pilihan raya…. Pak Lah seringkali dilihat bercakap bohong. Sekarang beliau kembali berjanji kepada rakyat, Najib akan menggantikan beliau… Samada Najib percaya atau Pak Lah menepati janjinya… sukar dibaca.


Isu Yang Menjadi Beban

Cuba lihat bagaimana isu Bank International Indonesia (BII) dimainkan, selepas isu pembelian Eurocopter diputarkan, kemudian isu pinjaman RM5 bilion wang KWSP. Kini Pak Lah batalkan projek pembelian Eurocopter. Cadangannya mengenai DEB pun telah dikritik hebat oleh Mahathir. Semua ini untuk Najib. Itu belum lagi kes-kes lama Najib dibuka. Isu tangkapan khalwat di Port Dickson masih meniti dibibir-bibir team Pak Lah…. Ini belum ditambah dengan karenah ‘rendah diri’ isterinya si Rosmah.

Hari ini Razak Baginda pula yang bebas. Adakah ia akan memberi kesan positif kepada politik Najib? Mungkin ya, tetapi mungkin juga tidak. Malah dirasakan dengan bebasnya Razak, isu Altantuya pasti akan lebih hangat dikaitkan dengan Najib…

Pemilihan UMNO

Najib pula sedang dan akan menerima pencalonan yang tinggi untuk jawatan Presiden UMNO nanti (malah berkemungkinan akan menang tanpa bertanding), tetapi ia bukan satu tiket yang selamat. Jika isu-isu tersebut dan banyakkan lagi akan menyusul, aku merasakan impian Najib ingin bergelar Presiden & PM akan berkubur… Malah Mahathir juga nampaknya kurang sedikit selesa dengan Najib sekarang (reaksi penasihat di Tingkat 4).

Jadi siapa yang akan mengambil alih keduduakan Najib? Untuk jawayan Timbalan Presiden, nampaknya Muhyiddin sedang mendahului. Mungkin beliau akan berjaya akan mengatasi pesaingnya. Jika ia menang, ia mungkin satu tiket untuk menjawat jawatan Pemangku Presiden nanti???? Beliau masih belum dicemari isu-isu besar. Malah seakan-akan Tun Mahathir tampak memberi sokongan kepadanya….

Untuk Najib & Rosmah…. pesanan aku…. hati-hati ya….



(Tulisan ini ditulis dengan mengenepikan sementara perubahan yang diusahakan oleh PR untuk menukar kerajaan. Tulisan ini juga mengenepikan dulu Teori R.A.H.M.A.N. Tulisan ini ditulis dengan andaian UMNO masih lagi berkerajaan.)

Wednesday, October 15, 2008

Sekitar Majlis Idul Fitri Bersama Masyarakat Tionghua (13 Okt)

"Ambo tak pelik mengenai kemenangan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri. Malah bagi ambo ia adalah perkara yang ke 2 atau ke 3.

Yang paling penting bagi kita, bagaimana nak mengurus apa yang dianugerahkan oleh Allah, sehingga terbukanya hati orang Cina & India yang sanggup memangkah PAS....."


- YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat