Tuesday, July 15, 2008

Liqa' Bersama Ust. Yahya Othman

AlhamduliLlah pada 14 Julai 2008 (Isnin), saya bersama sahabat2 dalam DPP Kota Bharu mengadakan Liqa' dengan Ust. Yahya Othman.




(dipetik dari blog, sahabatku ust nasruddin) Antara intipati taujihat dan nasihat beliau kepada kami :

* Berilah perhatian kepada pemuda, kerana mereka berhati lembut (sumber Hadis)
* Kasih sayang dan persaudaraan adalah ukuran iman. Kuasa yang berpecah adalah kerana tiada persaudaraan, ukhuwwah dan permaufakatan.
* Jangan berbangga dengan PAS, tetapi berbangga dengan Islam.
* Jagalah negeri Kelantan
* Tidak ada keperluan untuk kerjasama dengan Umno!
* Melihat kepada suasana, Anwar yang paling layak menjadi PM
* Katakan tidak pada keahlian non muslim!

salam

Monday, July 7, 2008

Surat Terbuka Untuk Pimpinan Pakatan Rakyat



Saifudin bin Ibrahim
(No. KP : 760702-03-5999)
Lot 250 Kampung Pintu Gang,
15100 Kota Bharu,
Kelantan.

5 Rejab 1429 / 8 Julai 2008

Ke Majlis :

1. Ybhg. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Pengerusi,
Majlis Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat

2. YB Tuan Guru Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi bin Awang
Presiden,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

3. YB Datin Seri Wan Azizah binti Wan Ismail
Presiden,
Parti Keadilan Rakyat (PKR)

4. YB Lim Kit Siang
Penasihat & Pengerusi Jawatankuasa Polisi dan Perancangan Strategik,
Democratic Action Party (DAP)


YB Dato’ Seri,


KERJASAMA PAKATAN RAKYAT

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan saya seperti nama di atas adalah salah seorang daripada jutaan penyokong Pakatan Rakyat (PR).

Tidak terlewat rasanya untuk ucapan tahniah di atas kejayaan memerintah 5 buah negeri dan menawan Wilayah Persekutuan. Di atas kerjasama yang paling erat dari kalangan parti-parti pembangkang, ia mungkin menjadi satu sejarah kepada politik Negara. Pertembungan ‘satu lawan satu’ akhirnya menjadi realiti. Natijahnya, alhamduliLlah PR berjaya menggoncang keangkuhan Barisan Nasional dan sekarang kelihatan semakin hari semakin goyah.

4 negeri baru (Kedah, Perak, Selangor & Pulau Pinang) yang ditawan telahpun melepasi 100 hari pemerintahannya. Mungkin tiada apa yang hendak dinilainya, tetapi apabila menyebut 100 hari, ia seperti satu exam awal untuk menilai prestasi sesebuah kerajaan.

Mungkin dan pastinya ia menjadi satu pengalaman baru kepada PAS, PKR & DAP untuk memerintah negeri-negeri berkenaan. Jika sebelum ini, kita hanya mengkritik pihak lawan, tetapi sekarang perlu diakui kita pula yang akan dikritik.

Nak tak nak, pengajaran dan pengalaman dalam menempuh uiian selama 18 tahun dari YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin Kelantan WAJIB diambil kira & dipelajari oleh negeri-negeri lain yang baru saja menikmati perubahan.

Sekarang, antara tajuk yang kerap dibincangkan ialah, adakah 5 negeri akan terus kekal di tangan Pakatan Rakyat? Atau adakah Pakatan Rakyat akan terus gagah bagi bergelar Pakatan Rakyat?

YB Dato’ Seri,

Melihat kepada realiti yang terjadi, terutama yang terbaru program Himpunan Sejuta Rakyat Membantah Kenaikan Harga Minyak pada 6 Julai 2008. Saya sebagai orang bawahan yang turut serta menghadiri program tersebut merasakan ada sesuatu yang tidak kena kepada keutuhan PR ini. Mungkin melihat kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan, ia kerap mendakwa keutuhan dalam PR semakin utuh.

Tetapi apabila melihat satu program besar seperti program semalam (6 Julai 2008), walaupun ianya dianjurkan oleh PROTES, telah menjadi rahsia umum ia adalah anjuran PR. Gagalnya pihak penganjur untuk memenuhi ‘hasrat rakyat’ yang bersusah payah untuk turun dari jauh bagi menjayakan himpunan tersebut perlu dipandang berat oleh pihak pimpinan PR. Mengapa ramai petugas yang bergegas pulang? Mengapa ramai peserta yang pulang awal? Dan mengapa ia terjadi?

Jawapan saya satu. Keutuhan PR belum betul-betul utuh. Selagi kita masih gagal untuk ‘mendamaikan’ perbezaan antara satu sama lain, jangan impikan kemenangan. Kemenangan hasil kelemahan lawan mungkin tiba, tetapi sejarah membuktikan ia akan menjadi kemenangan yang sementara. Hati terasa cukup bimbang apabila melihat penghuni Putrajaya akan berubah tidak lama lagi, insya Allah.

Adakah sejarah di Afghanistan berulang di Malaysia? Bersatu ketika susah tidak semestinya kita akan bersatu ketika menang. Rakyat Afghanistan sanggup bersatu untuk menentang kezaliman Rusia yang telah menjajah mereka, tetapi apabila penjajah dihumban keluar, natijahnya ialah perpecahan dan saling bunuh membunuh diantara satu sama lain kerana KUASA.

Sekarang timbul bisikan-bisikan yang kurang enak dikalangan penyokong-penyokong bawahan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Tambahan tragedi di Kelana Jaya semalam. Pertanggungjawaban k eatas tragedi tersebut mesti dipikul bersama, bukan hanya mempersalahkan diantara satu sama lain.

Bagi saya, seburuk-buruk Barisan Nasional (BN) pun, tetapi ia tidak serapuh ikatan yang ada dikalangan Pakatan Rakyat. Hanya satu…. ketidakpuasan akan menjadi lebih parah, selagi ikatan Pakatan Rakyat hanya berlangsung hanya seperti hari ini. Gagalnya kita untuk bertolak ansur bukan sahaja perbezaan antara parti, tetapi emosi penyokong sendiri tidak sepatut dibiarkan.

Bagi saya, PR perlu menyelesaikan seberapa segera untuk berusaha ‘mendamaikan’ perbezaan yang ada. Malah bukan sahaja perbezaan, tetapi sikap memandang sinis sesama sendiri. Sepertimana diluahkan oleh seorang pemilkir (www.saifulislam.com) :

“PKR yang menang besar itu pasti tidak lupa kepada setiap peluh keringat jentera PAS yang membantu di segebap kawasan yang ditandinginya.

DAP juga tidak dapat lari dari kenyataan bahawa kemenangan yang diperolehinya adalah sebahagiannya hasil keterbukaan segelintir orang Melayu dan Muslim yang sanggup memejamkan sebelah mata mereka dari segala catatan silam, atas optimisnya mereka kepada komitmen DAP kepada prinsip-prinsip yang adil dan saksama.

Malah PAS juga masih terkenang-kenang betapa nostalgianya PRU 12 apabila bulan purnama dan laungan Takbir disohorkan bukan lagi oleh Melayu (berketayap) semata-mata malah segala jenis Melayu, dan ditambah dengan bukan Melayu dan bukan Muslim.”

Jika perlu ada konvensyen di kalangan Pakatan Rakyat, teruskan. Pemuafakatan bukan hanya perlu ada dikalangan pimpinan, malah di peringkat penyokong bawahan juga perlu ada.

Segala dasar dan manifesto yang diputuskan dalam menghadapi PRU 12 jangan di’arkib’kan. Janji tersebut bukan sahaja untuk diberi kepada rakyat, malah ia adalah janji kepada persefahaman & kerjasama dalam membina Malaysia Baru. Pastikan ada ‘win win’.

Sekarang yang hendak dituju, ialah meruntuhkan empayar zalim BN. Jika PAS menghadapi masalah, sokongan dari PKR dan DAP patuh dihulur. Begitu juga jika PKR (sekarang isu liwat dan pentadbiran di Selangor) menghadapi masalah, PAS dan DAP patut cepat-cepat menghulur sokongan dan bantuan.

Insya Allah kemenangan pasti akan tiba. Semakin dekat ia tiba, semakin kuatlah ujian yang mendatang! Saya insya Allah akan terus bersama-sama dengan Pakatan Rakyat selagi ia menepati tujuan asal permuafakatan yang dijalin.

Seperti kata seorang sahabat, “Setakat ini PR telah berjaya meletakkan semua agama & bangsa di bawah ‘satu bumbung’, tetapi masih bertahan dengan ‘tiang’ yang berbeza…. Apa peranan kita?”

Salam perjuangan untuk semua, daripada golongan marhaen.


'Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih
Menuju Negara Berkebajikan'



Yang benar,



SAIFUDIN BIN IBRAHIM

Sunday, July 6, 2008

Kecewa Dengan Himpunan Sejuta Rakyat!

Tepat jam 9.45 pagi aku & isteri sempat tiba di perkarangan Stadium MPPJ, Kelana Jaya. Orang ramai masih berderu-deru untuk memasuki ke dalam stadium & tidak henti-henti memekik dan takbir untuk menghangatkan suasana himpunan sejuta ini.

Tiba saja di pintu masuk (belakang astaka) hatiku rasa sedikit terkezut melihat satu set lengkap peralatan muzik (siap ada gitar karan) yang tersedia diatas pentas. tetapi aku masih lagi memadmkan perasaan. sejurus masuk ke stadium, aku terus masuk ke dalam padang untuk berada di depan stage utama. mulai disitu jiwa aku memberontak, ini bukan demonstrasi yang aku nak. ini hanya himpunan + ceramah + hiburan. di dalam hati program ini pasti gagal. Esok (7 julai) akhbar mainstream mungkin akan hentam habis-habisan mengenai program ini.

15 minit diatas padang, aku terus mengajak isteriku naik di atas tempat duduk penonton, kerana suasana terasa agak hambar. hampir 20 minit melihat aksi-aksi hadirin yang hadir, aku terus mengajak isteriku keluar dari stadium sambil2 menikmati suasana tenang di tasik yang berdekatan stadium tersebut. Sambil2 makan, dari luar stadium, aku terdengar muzik & nyayian sedang berlangsung.....Perasaanku menjadi hancur!. melihat wajah isteriku yang sugul, menyebabkan aku terasa bersalah, kerana beliau terpaksa mengambil cuti untuk turut bersama-sama menjayakan himpunan sejuta rakyat ini.....

Aku dapat bayangkan jika orang yang hadir keluar beramai-ramai ke jalan raya, ia mungkin akan memberi satu kesan & natijah yang cukup positif (walaupun ia mungkin merbahaya). malah aku rasa kesannya lebih baik dari Himpunan BERSIH pada 10 november lepas. tetapi yang terjadi hanyalah memekik di tempat tertutup. aaaaaaahhhh pilunyaaa......

Hari ini, terkezut & sedih jugak membaca akhbar-akhbar yang mengulas mengenai himpunan tersebut. Mungkin himpunan ini dirancang untuk melibatkan semua golongan, tetapi ia perlu berhati-hati.....

Semoga para pimpinan PAS & Pakatan Rakyat Umumnya perlu mengkaji balik program-program yang akan dilaksanakan. Jangan 'terlalu terbuka' tetapi jangan 'terlalu syadid'

Thursday, July 3, 2008

Najib tersalah cakap?



Semalam (3 Julai) dalam buletin tv3, Najib mengaku saiful bukhari berjumpa dengannya untuk memberitahu bahawa beliau diliwat oleh Anwar. Kes liwat pada 26 Jun. Mungkin saiful jumpa najib pada 27 jun. 28 jun buat report.

tetapi persoalan yang mungkin menarik ialah, kenapa saiful pergi berjumpa Najib (Menteri Pertahanan) , dan bukannya Pak Lah (selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri) ?????

ana rasa, najib tersalah sebut. melihat reaksi wartawan cepat2 bertanya bila pertemuan saiful dan najib berlangsung. ... ana rasa najib tersilap langkah...

Hah, mungkin konspirasi hampir terdedah... insyaAllah

Konspirasi Siri II




(Perjumpaan YAB Tuan Guru Mursyidul Am PAS
dengan DSAI pada 2 Julai 2008)

28 Jun 2008….. Hati aku kembali gusar. Sejak tragedi 1998 yang menghadiahkan kemengan besar Barisan Alternatif dalam PRU 10 (Tahun 1999).

Adakah isu ini akan menghadiahkan kemenangan yang lebih besar lagi???

Perjalanan Ke Putrajaya

Memang cukup gusar, gelisah & lemas apabila menerima tragedi ini. Sikit sebanyak ia merencatkan perjalankan ke Putrajaya & menjatuhkan imej Pakatan Rakyat.

Tetapi adakah betul? perjalan ke Putrajaya akan terencat dengan isu ini. Aku cukup-cukup kurang bersetuju. Mungkin pada 29 Jun 2008 aku juga bersetuju dengan pandangan Sayuti Omar yang mengatakan Anwar terpaksa bermula dengan ’kosong’ semula. Tetapi setelah melihat kepada suasana sekarang, cukup-cukup meyakinkan aku bahawa perjalanan ini INSYAALLAH tidak akan terencat.

Aku tidak kenal Saiful Bukhari ini, tetapi dengan maklumat-maklumat yang terdapat dalam internet (walaupun kekadang sukar dipercayai) seolah-olah memang ada perancangan untuk menjadikan episod Konspirasi II bermula....

Kemana Anwar pada 26 Jun (tarikh dilaporkan beliau meliwat si Saiful, 3 hari sebelum itu Anwar pulang dari Mekah) perlu dijelaskan, samada di mahkamah atau di tempat terbuka.... mana yang lebih baik, terserah kepada pertimbangan politik yang sewajarnya.

Malah aku cukup yakin, Konspirasi II ini mungkin lebih baik dari episod Konspirasi I. Segala kelemahan dalam episod lepas pasti akan dibaiki oleh pihak konspirator. Jika episod dulu tarikh liwat 5-6 kali bertukar & tempat diliwat pun belum siap, maka aku yakin untuk kali ini, kelemahan tersebut akan diperbaiki.

Najib + Mahathir?

Sekarang seperti ada perlumbaan untuk berusaha ’mengalihkan’ pandangan. Anwar seperti berusaha bersungguh-sungguh untuk mengaitkan konspirasi II ini dengan Najib. Kepantasan menyebarkan gambar Saiful Bukhari dengan pegawai Khas Najib, bagi aku cukup baik. Mungkin tindakan ini tidak dijangkakan oleh si Najib ini..... Nak tak nak, Najib terpaksa memberi respon dengan ’memek’ muka yang kurang menyenangkan (Buletin Utama di TV3, 30 Jun). Dakwaan Najib tujuan Saiful Bukhari ke pejabat atas urusan penyambungan biasiswa pengajiannya, cukup melucukan. Bukankah Saiful Bukhari telah berhenti belajar UINTEN? dan mengapa pula pejabat Najib yang dikunjunginya, bukan pejabat Hishamuddin (Menteri Pelajaran) @ Mohamad Khaled Nordin (Menteri Pengajian Tinggi)?

Tetapi jika melihat kepada dakwaan Anwar pada isu ini mula meletus... ia mengaitkan persoalan keselamatan dirinya TANGKAP & BUNUH. Bagi aku ia seperti mengembalikan sejarah bagaimana beliau dipukul hingga hampir mati oleh Rahim Noor (Bekas Ketua Polis Negara). Aku merasakan jika benar Najib terlibat dalam konspirasi ini, ia mungkin dinaungi oleh Mahathir....? Adakah Mahathir disebalik tabir tragedi ini????


Najib & Altantuya

Hari ini (3 Julai) beliau telah mengadakan sidang media dengan bukti baru yang melibatkan hubungan Najib dan Altantuya. Hah, 'demam kepialu' pulak Najib nak menjawabnya. Serangan Raja Petra terhadap isterinya (Rosmah) pun belum selesai.....


Ezam...

Meluatkan aku melihat reaksi ezam terhadap isu liwat ini. Bukankah beliau mempertahakan Anwar ketika tragedi 1998 dulu.


Dan bagi aku, jika Anwar ini seorang yang bernafsu rakus, antara Munawar Anees dengan Ezam, aku rasa Ezam dulu yang kena liwat....


Pak Lah


Yang pasti orang paling lega sehari dua ini ialah Pak Lah. Beliau berkeadaan yang cukup selesa sekarang. Isu kenaikan harga minyak & elektrik seperti dilupakan. Semoga Himpunan Aman Sejuta Rakyat di Petaling Jaya pada 6 Julai ini akan kembali fokus kepada isu rakyat yang sebenar.... InsyaAllah.