Saturday, January 31, 2009

Boikot Produk atau Boikot BN ?

Sekarang ini hangat diwar-warkan kempen BOIKOT PRODUK AMERIKA & ISRAEL. Tetapi kita diminta untuk tidak melupakan hubungan secara langsung dan tidak langsung antara pimpinan BN dengan pimpinan Israel.


Dengan semangat dan rasa gembira yang membuatkan aku melakukan solat sunat syukur semalam, ekoran kerana keberanian Tayyib Erdogan seperti ‘menengking’ Shimon Peres di dalam WEF di Davos semalam.


Tertarik dengan sindiran DSAI terhadap hubungan tidak langsung hubungan pemimpinan BN dengan pimpinan Israel & Amerika :


“Taib Erdogan menzahirkan pendirian umat dan pencinta keadilan. Beliau menunjukkan sikap tegas meninggalkan omongan sia-sia manakala umat Ghazza dibedil dan ditindas. Syabas kami ucapkan. Beliau memberi harapan baru di tengah kelesuan pimpinan Arab dan dunia Islam.


Tambah hebat dan terserlah sikap beliau lantara adegan meninggalkan sidang istimewa Davos! Beliau bertarung di tengah gelanggang. Ini berbeda sekali dengan lagak pimpinan yang menyalak menentang Amerika di kampung halaman tetapi kelu membisu tatkala di Amerika. Malah ada yang sanggup membayar berjuta dolar kepada pelobi Yahudi Jack Abramoff semata-mata untuk berkesempatan melutut di hadapan Presiden Bush!”

- Dipetik dari anwaribrahimblog.com


Disini suka saya kutip (dari baijurie.blogspot.com, harakahdaily.net & akhbar suara keadilan) beberapa peristiwa untuk direnung kembali oleh semua pemboikot-boikot yang tidak dapat memaafkan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin …. Fikir-fikirkanlah



  1. 10 September 1982 : Mahathir bercakap panjang lebar menafikan beliau dan Setiausaha Politiknya adalah ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi iaitu Freemason. Ini juga merupakan ucapan dasar sulung Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO ke-33 selaku Presiden. Dikatakan bahawa ahli Freemason telah menjadi pekerja sukarela pilihanraya UMNO sejak 1974 lagi. Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Malah ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978, Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.
  2. 1986 : Mahathir/UMNO membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantu Mahathir/UMNO merangka strategi pilihanraya umum 1986. Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. (Dr. Kissinger, orang besar Yahudi dan rakan karib Mahathir juga merupakan penasihat belakang tabir Presiden Reagan).
  3. 1986 : Mahathir mengambil sikap membisu di atas keputusan Singapura mengundang ketua negara Israel Chaim Herzog sambil membiarkan pesawat Israel itu melintasi ruang udara Malaysia untuk ke Singapura. Segala tentangan umat Islam di Malaysia tidak diendahkan oleh Mahathir.
  4. 6 Mac 1987 : Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai "Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur".
  5. Mei 1994: Parlimen telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel
  6. 6-9 Julai 1994 : Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP.
  7. 16 Julai 1994: Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman yang juga proksi perniagaan terpenting UMNO dan rakan karib Mahathir telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994.
  8. 1996 : Mahathir membenarkan perjanjian transaksi kewangan Public Bank dengan Bank Hapoalim, dari Israel
  9. Disember 1996 : Mahathir menyeru supaya Negara-negara Arab tidak berperang dengan Israel bagi menyelesaikan masalah di Timur Tengah.
  10. Januari 1997: Mahathir menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Mayor (Datuk Bandar) berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri oleh 'masyarakat Yahudi' yang terdiri daripada tokoh hiburan dan karyawan filem di Beverly Hills, Los Angeles.
  11. 21 Mac 1997: Mahathir membenarkan pasukan kriket Israel datang ke Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket antarabangsa (ICC).
  12. 1998: Mahathir mengambil syarikat dan spekulator matawang Yahudi, Solomon Smith & Barney sebagai penasihat kewangan negara dan bon Malaysia dijual kepada pelabur Yahudi di Amerika / Eropah.
  13. September 1999 : Menteri Luar Malaysia iaitu Datuk Syed Hamid Albar, telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar negara haram Israel iaitu David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut juga, Mahathir telah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak kerana kejayaannya menjadi Perdana Menteri baru Israel.
  14. Februari 2006 : Mahathir menemui Presiden Bush dengan membayar hampir RM500 juta kepada pelobi Zionis, Jack Abramoff
  15. 30 Mei 2006 : Pak Lah tidak mengizinkan kehadiran Menteri Luar Palestin (Dr Mahmoud Zahar) untuk mengikuti Persidangan NAM di Kuala Lumpur atas desakan Amerika
  16. 25 April 2008 : Atas desakan Amerika, Pak Lah membatalkan peyertaan Iran ke Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) di Kuala Lumpur


Hancur-hancur Hancur ISRAEL!!!!

Boikot-boikot Boikot BN!!!

Friday, January 30, 2009

Syabass Recep Tayyip Erdogan!!!

Kebanyakkan akhbar melaporkan keberanian Recep Tayyip Erdogan ketika di atas pentas (Forum Ekonomi Dunia) bersama Presiden Israel Shimon Peres. Erdogan dengan lantang menyuarakan sokongannya terhadap rakyat Gaza yang dibunuh oleh Yahudi.

Secara berdepan Erdogan menyatakan kepada Shimon Peres, "
YOU KILL PEOPLE! WHEN IT COMES TO KILLING, YOU KNOW IT TOO WELL!!" lalu bingkas meninggalkan forum kerana ketidakpuasan hatinya di atas ketidakadilan David Ignatius, columnist Washinton Post yang menjadi moderator majlis itu yang berpihak kepada Peres dengan memberi masa lebih kepada pemimpin Yahudi itu (Shimon Peres diberi masa selama 25 minit untuk bercakap sedangkan Erdogan cuma diperuntukkan 12 minit).

(dipetik dari artikel yang tersiar dalam laman marhaen)






SYABAS BUAT TAYYIB ERDOGAN!!!!

(jarang ana terasa gembira, terutama isu berkaitan dengan Palestin.....)

Baca lanjut di sini:

Turkish PM Erdo?an storms out of heated Mideast debate: http://todayszaman.com/tz-web/detaylar.do?load=detay&link=165508
PM Erdogan : I Will Never Come To Davos: http://www.huliq.com/1/76900/pm-erdoghan-i-will-never-come-davos
Turkish PM walks off stage over Gaza: http://news.yahoo.com/s/ap/20090129/ap_on_bi_ge/davos_forum
Turkey's Erdogan storms out of Davos over Gaza debate: http://www.worldbulletin.net/news_detail.php?id=35798