Merungkai Kekeliruan Seorang Naib Presiden
Kenyataan yang dipetik daripada Malaysiakini, yang saya merasakan ia betul dikeluarkan oleh seorang Naib Presiden yang berstatuskan ulama’, iaitu Ust Ahmad Awang.
Saya menunggu hari ini, kot-kot ada pembetulan daripada kenyataannya semalam. Setelah melihat tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan semalam, maka saya yakin ia betul-betul keliru.
Pelbagai point yang beliau keliru…. Antara yang saya dapat petik ialah :
1. Siapa yang dimaksudkan pembantu-pembantu TGNA oleh Ust. NA.
2. Perkataan sesat yang ditujukan kepada pembantu-pembantu TGNA yang membawa kepada penolakan Kerajaan Perpaduan
Maka hari ini, melalui respon yang diberikan oleh sahabat saya (ahli MUFC) yang bergelar ‘chepirate’, Ust NA menjelaskan mengapa beliau bertindak begitu.
Samada betul tindakannya itu, saya terlalu kerdil untuk mengulasnya.
Tetapi bagi saya (yang masih putik dalam politik)… merasakan ini ada satu tindakan yang boleh mencipta dan meramaikan musuh. Sedangkan TGNA selalu berpesan dengan petikan (hadith atau kata2 ulama’, aku lupa) “mu jangan cari musuh, tapi jika jumpa (terserempak) dengan musuh, mu jangan lari”.
Secara teori dalam hidup berjemaah, aku merasakan cara beliau terlalu zalim. Beraninya dia menukilkan isu ini, mengapa pula beliau tidak berani untuk menyebut satu persatu penama yang dimaksudkan.
Dan jika dia tahu satu persatu pun, mengapa
Adakah
- Melaporkan secara rasmi kepada PAS Kelantan & PAS Pusat
- Gunakan
- Memorandum kepada PAS Pusat
- Memorandum kepada TGNA sendiri
- Gunakan hubungan (anak-ayah) sebagaimana ia menggunakan hubungan tersebut untuk berhujah mengenai Kerajaan PerpaduanCara beliau mewarkahkan isu ini, seperti beliau mempunyai bukti-bukti yang cukup-cukup konkrit. Gunakan cara-cara yang beretika terlebih dahulu, dan saya yakin Ust NA cukup kuat untuk melaksanakannya.. Jangan mengharapkan orang yang dituduh untuk menjawab pendakwaan, sedangkan pendakwaan dilemparkan sebagaimana ‘bom berangkai’.
Jika ‘bom berangkai’ yang dilemparkan kepada pejuang HizbuLlah dikutuk oleh PBB… apa alasan pula untuk mengelakkan ’bom berangkai’ yang dilemparkan ini tidak dikutuk oleh orang ramai?
Bom Berangkai
Kembali kepada isu yang telah dibangkitkan….kesan buruk yang diterima bukan sahaja kepada
pembantu-pembantu yang dimaksudkannya, malah yang menerima kesan ialah TGNA sendiri. Adakah TGNA selemah itu yang disangka? Adakah hubungannya dengan Rabbul Jalil tidak membantu dalam beliau menilai isu ini?
‘Unity Government’, bagi saya isu yang paling besar ialah timing/masa tak sesuai untuk dilaksanakan. Dan PAS Pusat telah mengambil keputusan untuk menangguhkan hasrat ini.
Dengan keputusan tersebut, adakah PAS Pusat juga mengambil keputusan tidak betul? Dan mengapa Ust NA tidak menyerang ‘pembantu-pembantu’ (ahli jawatankuasa) PAS Pusat (yang berhujah sehingga terkeluarnya keputusan sedemikian) dengan ‘bom’ yang sama?
Sebagaimana MSO yang kerap menyindir seseorang dengan perkataan matlamat tidak menghalalkan cara. Aku juga merasakan dalam hal ini Ust NA patut menilai maksud perkataan tersebut. Mungkin beliau sudah faham, dan aku pula sememangnya perlu lebih diberi faham.
Aku juga mengharapkan, jangan sesekali untuk membawa isu ini sehingga melahirkan istilah berpuak-puak, yang boleh memecahkan ulama’ & professional. Berhujahlah kita dengan hujah, tetapi jangan mengheret status ‘ulama’ bersama, kerana akan melahirkan kesan yang cukup-cukup bahaya.
Tidak semua ulama’ menerima idea ini, dan tidak semua professional menolak ide ini… Maka dengan mesyuarat yang dihadiri oleh ahli-ahli mesyuarat, satu keputusan telah keluar sebagaimana yang kita telah maklum.
Maksud Hadith (dipetik dalam buku Aafatu ‘ala at-Torik) :
"Aku adalah ketua sebuah rumah perlindungan dalam Syurga (dikhususkan) untuk mereka yang tidak bertegang leher, sekali pun apa yang dilakukannya itu adalah benar. Dan aku juga ketua sebuah rumah di tengah-tengah syurga (dikhususkan) untuk mereka yang tidak bebohong, walaupun bohongnya itu hanyalah gurauan. Dan aku juga ketua sebuah rumah dibahagian tertinggi syurga untuk mereka yang baik akhlaknya."
(Riwayat Abu Daud)
Cukup setakat ini dulu. Nak tidur untuk bangun pulak menonton perlawanan