Tuesday, April 28, 2009

Kerja-kerja Yang Sepatutnya Ada Dalam PAS (2)

Merungkai Kekeliruan Seorang Naib Presiden


Kenyataan yang dipetik daripada Malaysiakini, yang saya merasakan ia betul dikeluarkan oleh seorang Naib Presiden yang berstatuskan ulama’, iaitu Ust Ahmad Awang.


Saya menunggu hari ini, kot-kot ada pembetulan daripada kenyataannya semalam. Setelah melihat tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan semalam, maka saya yakin ia betul-betul keliru.


Pelbagai point yang beliau keliru…. Antara yang saya dapat petik ialah :

1. Siapa yang dimaksudkan pembantu-pembantu TGNA oleh Ust. NA.

2. Perkataan sesat yang ditujukan kepada pembantu-pembantu TGNA yang membawa kepada penolakan Kerajaan Perpaduan


Maka hari ini, melalui respon yang diberikan oleh sahabat saya (ahli MUFC) yang bergelar ‘chepirate’, Ust NA menjelaskan mengapa beliau bertindak begitu.


Samada betul tindakannya itu, saya terlalu kerdil untuk mengulasnya.


Tetapi bagi saya (yang masih putik dalam politik)… merasakan ini ada satu tindakan yang boleh mencipta dan meramaikan musuh. Sedangkan TGNA selalu berpesan dengan petikan (hadith atau kata2 ulama’, aku lupa) “mu jangan cari musuh, tapi jika jumpa (terserempak) dengan musuh, mu jangan lari”.


Secara teori dalam hidup berjemaah, aku merasakan cara beliau terlalu zalim. Beraninya dia menukilkan isu ini, mengapa pula beliau tidak berani untuk menyebut satu persatu penama yang dimaksudkan.


Dan jika dia tahu satu persatu pun, mengapa medan terbuka ini yang digunakan?


Adakah medan yang disediakan oleh jemaah tidak cukup untuk membetulkan keadaan?


Medan yang disediakan oleh jemaah cukup-cukup luas…. seperti :


- Melaporkan secara rasmi kepada PAS Kelantan & PAS Pusat

- Gunakan medan muhasabah (Mesyuarat Agung) sebaik mungkin, kerana disitu akan melahirkan usul-usul untuk diangkat ke lebih tinggi

- Memorandum kepada PAS Pusat

- Memorandum kepada TGNA sendiri

- Gunakan hubungan (anak-ayah) sebagaimana ia menggunakan hubungan tersebut untuk berhujah mengenai Kerajaan Perpaduan

Cara beliau mewarkahkan isu ini, seperti beliau mempunyai bukti-bukti yang cukup-cukup konkrit. Gunakan cara-cara yang beretika terlebih dahulu, dan saya yakin Ust NA cukup kuat untuk melaksanakannya.. Jangan mengharapkan orang yang dituduh untuk menjawab pendakwaan, sedangkan pendakwaan dilemparkan sebagaimana ‘bom berangkai’.


Jika ‘bom berangkai’ yang dilemparkan kepada pejuang HizbuLlah dikutuk oleh PBB… apa alasan pula untuk mengelakkan ’bom berangkai’ yang dilemparkan ini tidak dikutuk oleh orang ramai?


Bom Berangkai



Kembali kepada isu yang telah dibangkitkan….kesan buruk yang diterima bukan sahaja kepada

pembantu-pembantu yang dimaksudkannya, malah yang menerima kesan ialah TGNA sendiri. Adakah TGNA selemah itu yang disangka? Adakah hubungannya dengan Rabbul Jalil tidak membantu dalam beliau menilai isu ini?


‘Unity Government’, bagi saya isu yang paling besar ialah timing/masa tak sesuai untuk dilaksanakan. Dan PAS Pusat telah mengambil keputusan untuk menangguhkan hasrat ini.


Dengan keputusan tersebut, adakah PAS Pusat juga mengambil keputusan tidak betul? Dan mengapa Ust NA tidak menyerang ‘pembantu-pembantu’ (ahli jawatankuasa) PAS Pusat (yang berhujah sehingga terkeluarnya keputusan sedemikian) dengan ‘bom’ yang sama?


Sebagaimana MSO yang kerap menyindir seseorang dengan perkataan matlamat tidak menghalalkan cara. Aku juga merasakan dalam hal ini Ust NA patut menilai maksud perkataan tersebut. Mungkin beliau sudah faham, dan aku pula sememangnya perlu lebih diberi faham.


Aku juga mengharapkan, jangan sesekali untuk membawa isu ini sehingga melahirkan istilah berpuak-puak, yang boleh memecahkan ulama’ & professional. Berhujahlah kita dengan hujah, tetapi jangan mengheret status ‘ulama’ bersama, kerana akan melahirkan kesan yang cukup-cukup bahaya.


Tidak semua ulama’ menerima idea ini, dan tidak semua professional menolak ide ini… Maka dengan mesyuarat yang dihadiri oleh ahli-ahli mesyuarat, satu keputusan telah keluar sebagaimana yang kita telah maklum.


Maksud Hadith (dipetik dalam buku Aafatu ‘ala at-Torik) :


"Aku adalah ketua sebuah rumah perlindungan dalam Syurga (dikhususkan) untuk mereka yang tidak bertegang leher, sekali pun apa yang dilakukannya itu adalah benar. Dan aku juga ketua sebuah rumah di tengah-tengah syurga (dikhususkan) untuk mereka yang tidak bebohong, walaupun bohongnya itu hanyalah gurauan. Dan aku juga ketua sebuah rumah dibahagian tertinggi syurga untuk mereka yang baik akhlaknya."

(Riwayat Abu Daud)




Cukup setakat ini dulu. Nak tidur untuk bangun pulak menonton perlawanan Barcelona vs Celsi…..


19 comments:

Che'pirate said...

salam.........Mungkin disitu ada 'penawar' dan disitu juga ada 'racun'......sama-samalah kita menilai sama ada racun atau penawar......Tungguuuuuuuuuuuu!!!!

M.U Memang hebat di abad ini......!!!

Mohd Zulkifli said...

Menarik ulasan ni. Paling menarik ialah hadis yang disertakan sekali dibawahnya...

Tahniah untuk Lot 250. Moga dirahmati oleh Allah.

PAS Tulen said...

Isunya di sini bukan hanya Unity Government tapi soal sikap ahli-ahli PAS sekarang yang semakin jauh dari manhaj perjuangan Islam.Ahli PAS makin keliru disebabkan kurangnya tarbiah Islam jemaah "PAS" yang menekankan konsep wala' dan kepatuhan kepada kepimpinan. Ada ahli PAS sudah mula berani mempertikaikan kepimpinan ulama yang menjadi teras kekuatan PAS sekian lama.Kenapa ini berlaku.itupun sejak akhir-akhir ini bila ramai di kalangan "jemaah lain" yang mula masuk PAS dan cuba mempengaruhi perjalanan PAS kerana merasakan mereka adalah jemaah yang sebenarnya. PAS berjaya sejauh hari ini katanya disebabkan oleh puak mereka yang berjaya mencorakkan PAS supaya dapat diterima ramai.Ini isu sebenarnya.Unity government sebenarnya hanyalah natijah bukannya isu sebenar.

Pemuda Kota Bharu said...

'Dia' hendak memberi sebab mengapa 'Dia' perlu dipilih sebagai ketua...sebab tu 'Dia' public-kan isu ini..
Padahal boleh je tegur dari dalam..

contoh politik murahan seorang insan yang kononnya Ustaz bahkan anak Tok Guru yang amat tersohor..

Anonymous said...

Murah atau mahal isu ini, sebenarnya ialah siapa sebenarnya penasihat TGNA? dan kenapa memberikan nasihat dan maklumat yang silap dan salah kepada TGNA??

Itu persoalannya. Bukan membuka aib orang tu dan orang ni. Seingat aku yang belum hilang akal ni membaca blog Nik abduh, tidak di sebutpun sesiapa secara khusus sipolan,sipolan ni. Cuma disebut ada penasihat yang memberikan nasihat salah, menyebabkan kenyataan TGNA dengan TGHH sentiasa panas.


Bendera DAP

Anonymous said...

Apakah Pemuda PAS Kota Bharu pun dah lupa asal perjuangan PAS.Sama macam PAS Kawasan KB yang jemput TS Khalid Keadilan rasmi mesy agung kawasan atas dasar pakatan rakyat.Orang PAS dah tak boleh beza antara izzah dalam perjuangan kerana dok sibuk nak jaga kawan-kawan pakatan.mesyuarat agung pun jemput keadilan..tahun depan jemput karpal singh atau Lee guan eng..

Lot 250 said...

Salam.

Saya tak pasti Pemuda Kota Bharu ni sape. adakah benar pemuda kota bharu, atau berselindung dengan maksud-maksud yang tertentu.

Bagi ana, ana masih menganghap Ust Nik Abduh TAK akan bertanding Ketua Pemuda PAS Kelantan, kerana pernah dalam Usrah Pemuda Negeri Kelantan (tahun 2004 @ 2005) bertempat di JKR 10, beliau menegaskan yang beliau tak akan bertanding Ketua Pemuda PAS Kelantan selagi TGNA masih lagi menjawat jawatan MB Kelantan.

Salam

Lot 250 said...

Ana rasa perlu diperjelaskan mengenai Mesyuarat Agung PAS Kawasan kota Bharu yang menjemput TS Khalid Ibrahim.

i) YB Dato' Cikgu Rahim, pernah menyebut, di zaman kita bergabung dengan BN, Tun Razak (Presiden UMNO) pernah merasmikan mesyuarat agung PAS.


ii) Tahun lepas memang PAS Kota Bharu bercadang menjemput Lim Guan Eng, tetapi kerana beliau terlalu sibuk, kami gagal mendapatkan tarikh beliau.

iii) Tidak menjadi kesalahan, dan bukalah perlembagaan PAS.

Pas Tulen said...

itulah masalah orang PAS hari ini dah tak boleh bezakan perjuangan harakah islamiyyah dgn pergerakan politik biasa.Mesy agung tahunan merupakan medan utk ahli-ahli PAS bermuhasabah dan berbincang tentang gerak kerja parti.PAS bukannya macam UMNO yang hanya berbincang soal politik semata-mata tetapi juga pengukuhan agenda dakwah dan tarbiyyah yang sepatutnya merupakan agenda utama.Adalah tidak wajar utk seseorang yang tiada kaitan dgn parti secara langsung atau bukan pimpinan parti yang datang dan merasmikan mesy agung. Apa yang TS Khalid Ibrahim boleh nasihat atau bagi amanat untuk pengukuhan parti dari segi dakwah dan tarbiyah mahupun politik.Mungkin dalam konteks politik semasa bolehlah tapi apakah itu tujuan mesy agung tahunan PAS. Saya sangat tidak bersetuju.Mesy agung utk perbincangan dalaman dan pengukuhan parti PAS "harakah islamiyyah' bukannya "parti politik" semata-mata.Inilah sebab mengapa PAS semakin jauh dari landasan perjuangan sebenar. banyak memikirkan soal survival politik sehingga mengabaikan soal dakwah dan tarbiyyah yang menjadi asas kekuatan jemaah Islam.Saat itu tunggulah kehancuran PAS.PAS perlu bijak "hebat dalam peperangan dengan pejuang-pejuang yang mantap akidah dan semangat jihad'.Kekalutan yang berlaku hari ini semuanya disebabkan masalah orang PAS sendiri dah tak yakin dengan Islam sebagai sumber kekuatan tapi bergantung kepada puak-puak lain.dan mesy agung tahunan perlukan pimpinan dan amanat dari pemimpin-pemimpin parti yang akan membicarakan persoalan-persoalan ini. Apakah TS Khalid Ibrahim akan membicarakan soal pengukuhan dakwah dan tarbiyah, akidah sebagai paksi perjuangan, jihad mencari keredhaan Allah dan konsep wala' kepada pemimpin. harap Lot 250 dapat sampaikan kepada pimpinan Kota Bharu hal ini.jangan sampai orang dah tak boleh bezakan antara PAS dan PKR. PAS adalah PAS. PKR adalah PKR. Kita boleh bertahaluf tetapi jangan sampai menggadaikan asas perjuangan yang dibina sekian lama.Jika tidak PAS akan menjadi sejarah. Tetapi dengan pimpinan TGNA dan TGHA, insyaAllah PAS akan terus berpegang kepada prinsip ini dan kekal kukuh dalam politik tanahair. Tapi siapa pimpinan kita selepas mereka ini...Mana tahu..kan sejak-sejak akhir ini ramai dah pertikaikan kepimpinan ulamak.Tak begitu Lot 250.

Lot 250 said...

ana dimaklumkan, mesyuarat agung tahunan pas kawasan2 semua dilaporkan dalam mesyuarat harian pas negeri, termasuk siapa perasminya.

tiada keputusan pun dikeluarkan oleh PAS Kelantan yang diketuai TGNA utk melarang individu2 dari parti berlainan bagi merasmikan mesyuarat agung pas.

secara teorinya, apa yang anta katakan betul. tetapi bagi ana, secari realitinya terlalu jauh.

apa yang ana katakan sebelum ni :

) YB Dato' Cikgu Rahim, pernah menyebut, di zaman kita bergabung dengan BN, Tun Razak (Presiden UMNO) pernah merasmikan mesyuarat agung PAS.


ii) Tidak menjadi kesalahan, dan bukalah perlembagaan PAS.

Anonymous said...

http://erdoganmalaya.wordpress.com/

Penyokong Pas tulen said...

Setiap ahli jamaah kenalah wala’ kepada kepimpinan parti dan tidak membawa berita-berita yang tidak benar kepada pimpinan untuk melaga-lagakan mereka.

Pas menerima sesiapa sahaja menjadi ahli. Sama ada mereka itu pekerja buruh, profesional, ustaz, graduan, ahli JIM, Abim, PKPIM, bekas ahli Umno dan sebagainya, bila masuk Pas kenalah belajar budaya Pas. Tinggalkan identiti lama, binalah identiti sebagai ahli pas yang sebenar.

Sindrom dua identiti ini masih berlaku dan sering memerangkap kebanyakkan ahli-ahli yang datang dari pelbagai kumpulan ini. Bila masuk pas, mereka kena wala’ pada pimpinan pas, bukannya masuk buat agenda sendiri.

Pas bekerjasama dengan PKR, DAP dan banyak NGOs, tapi itu tidak bermakna Pas harus ikut mereka dalam semua perkara. Pas ada pimpinan dan pandangannya sendiri. Jangan pula disebabkan tidak setuju dengan pimpinan, pergi rujuk pada orang lain untuk bina penyokong.

Kena tanya pimpinan kalau tak faham, jangan buat andainya sendiri kalau tidak jadilah ‘ahli celup’ pula…

Akhir sekali, kepada Nik Abduh. Teruskan menyatakan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Sesunguhnya Pas tidak akan goyah selagi dasarnya Islam dan ulama’ yang memimpinnya. InsyaAllah.

Lot 250 said...

udaya PAS apa? Adakah mendakwa orang secara rambang itu juga dikira budaya PAS? Adakah membicarakan seseorang dengan pelbagai dakwaan ditempat terbuka sedangkan medan sebenarnya wujud, juga dikira budaya PAS?

sekaramg ini, budaya yang dibawa oleh ahli PAS yang bukan berasal dari JIM, ABIM atau apa2 pun, lebih teruk sekarang.

Lu pikir lah sendiri! (kata Nabil)

Anonymous said...

apahal la lu lot 250,

tak paham2 kalau lu layan komen dalam blog lu la gi makin melalaut yang lu bagi.....kah..kah..kah

Anonymous said...

Anwar akan berhabis-habisan untuk memastikan orang-orangnya dalam Pas akan menang dalam pemilihan kali ini.

Mengapa Husam?Selain sokongan Nik Aziz, Husam juga akan mendapat sokongan kewangan yang besar dari Anwar untuk kempen kali ini. Husam merupakan antara tokoh utama mengamalkan politik wang dalam pemilihan lalu.

Nasharuddin pula dalam keadaan yang amat lemah. Beliau tidak mendapat sokongan Nik Aziz kerana sikapnya yang "kurang gemar" terhadap Anwar Ibrahim. Lebih penting beliau dikenali sebagai tokoh yang bersih dalam pemilihan Pas sejak dahulu lagi. Kemenangan beliau sebelum ini kerana beliau dilihat sebagai pemimpin muda Pas yang mempunyai karisma dan kredebiliti.

Pemilihan Pas kali ini bukan lagi isu siapa yang akan membawa panji-panji perjuangan Islam atau parti tersebut. Isu kali ini ialah siapa yang bersedia membawa panji-panji Anwar Ibrahim maka beliaulah akan dimahkotakan sebagai generasi baru kepimpinan Pas.

Lot 250 said...

ya... fitnah yang sekarang menjadi2, bercakap tanpa bukti kukuh. Entah siapa yang memulakan dan mengajarnya...

x tahu virus ini datang dari mana. nak katan dari JIM bukan, nak kata dari ABIM pun bukan.

tapi ia datang dari nafsu2 yang rakus mempertahankan yang batil...

Pas Tulen said...

Lot 250 nampaknya tak dapat menerima hakikat tentang kewujudan fraksi-fraksi Anwar di dalam Pas.Anwar sedang cuba untuk menguasai Pas sekarang ni!!!Harap sangat orang Pas sedar dan berbuat sesuatu.Anwar politikus hebat yang bijak mengatur strategi dan bagi budak-budak baru macam Lot 250 mungkin belum matang dan kenal siapa sebenar Anwar.tapi tanyalah orang-orang lama yang pernah tidur sebantal dengan Anwar.itulah masalah kepada sebahagian pimpinan Pas hari ini terutama orang-orang muda yang tidak mendapat cukup pentarbiyahan tentang gerakan islam di Malaysia.Sdr harus bijak membaca sejarah dan mengkaji politik Anwar. Paling penting Anwar tidak pernah secara terbuka meminta maaf kepada Pas tentang pengkhianatan dia terhadap Pas bila masuk UMNO dan cuba mengislah UMNO dari dalam. Itu strategi Anwar. dan hari ini Anwar guna strategi sama utk mengislah Pas dari dalam juga.Mengubah Pas dari parti yang kuat berpegang kepada dasar islam kepada liberal.

Ini jelas sejak akhir-akhir ini banyak pandangan Pas cuba disesuaikan dengan keperluan politik yang kadang-kadang dirasakan mencabar kewibawaan Pas sebagai sebuah parti islam yang telah diterima ramai.Kepimpinan ulamak dah nak jadi kepimpinan islam. Kepimpinan ulamak dah ditafsirkan semula ikut kepentingan puak-puak tertentu.menggunakan artis yang belum memberi keuntungan kepada islam.boleh berkompromi dengan dasar-dasar yang menggugat islam.nak tegur dah tak berani takut nanti orang bukan islam tak sokong.Pas dah jadi terkebelakang dalam memperjuangkan isu-isu kepentingan islam.Fobia dan takut dicop ektremis.

Adapun masalah perdebatan dalaman parti secara terbuka hari ini juga disebabkan oleh kegagalan kepimpinan parti menunjukkan contoh.Mereka adalah manusia yang ada perasaan dan buat kesilapan.Tambahnya mekanisme parti sudah tidak begitu berkesan dan gagal memainkan peranan.Kepimpinan atasan Pas sudah gagal membaca isi hati dan lebih tunjuk hebat dan tak mahu dengar pandangan orang lain. Dalam isu ini, TGNA juga telah menunjukkan kegagalan apabila mengkritik TGHA secara terbuka di media-media.mengapa ini terjadi,apakah tiada mekanisme berkesan sebagai Mursyidul Am yang berhak memanggil atau paling tidak menelefon dulu sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan di akhbar.Ini menyebabkan ahli-ahli mula berani mempersoalkan keputusan pimpinan secara terbuka.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Lot 250 said...

Ust Fadzil adaah orang dari pembangkang yang mula2 sekali membela Anwar ketika dipecat. Kalau ikut hujah anta/i, Ust Fadzil ni tali barut Anwar... betulkah begitu?

anta/i masih gagal mengemukakan hujah atau bukti kukuh. asyik melempar dengan peluru2 getah.

Yang baik dicontohi, yang salah buat apa nak ikut.

Anta pusing lagu2mana pun, cara Ust NA memang salah.