Tuesday, August 5, 2008

Warkah Bisu Buat Lim Guan Eng


Saifudin bin Ibrahim
(No. KP : 760702-03-5999)
Lot 250 Kampung Pintu Gang,
15100 Kota Bharu,
Kelantan.

5 Syaaban 1429 / 6 Ogos 2008

Ke Majlis :
YAB Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang
Merangkap Setiausaha Agung DAP

YAB,

KELUHAN MASYARAKAT ISLAM DI PULAU PINANG
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan saya seperti nama di atas merupakan salah seorang penyokong kepada Pakatan Rakyat.

Diucapkan tahniah kepada YAB yang telah berjaya menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sehingga kini hamper mencecah 5 bulan. Era peralihan kuasa daripada Tan Sri Koh Tsu Koon kepada YAB telah memberi harapan baru kepada masyarakat Islam dan melayu khususnya di Pulau Pinang, walaupun pada awalnya dimomokkan dengan pelbagai keburukan oleh media-media yang selamanya berniat jahat terhadap Pakatan Rakyat.

Ya, Khalifah Umar Abdul Aziz, kerapkali saya mendengar dan membaca kenyataan YAB untuk mencontohi corak pemerintahannya. Bagi saya yang berada jauh dari Pulau Pinang dan beragama Islam merasakan cukup-cukup terharu dengan kenyataan sedemikian.

Malah penegasan YAB untuk untuk mengamalkan konsep CAT Government iaitu contingency - berpasukan, accountability - bertanggungjawab dan transparency - telus & adil amat menggembirakan saya. Malah dalam hati saya yakin, YAB mampu melaksanakannya.

Tetapi selepas beberapa kali mendengar keluhan daripada rakan-rakan saya dari Pulau Pinang, saya merasakan ada yang tidak kena dengan pendekatan dan corak pemerintahan YAB.

Beberapa perkara yang telah sampai ke telinga saya ialah :

  1. YAB meneruskan pembinaan rumah kos tinggi dan yang menjadi mangsanya ialah kaum Melayu dan India. Umum mengetahui bahawa taraf ekonomi kedua-dua kaum ini di Pulau Pinang amat teruk. Jika ia benar, maka YAB seperti memperjuangkan sesebuah kaum dan meminggirkan kaum-kaum yang lain. Diharap telahan ini tidak benar. Diharap rumah-rumah kos rendah dapat dibina sebanyak mungkin untuk memberi peluang kepada semua kaum mendapat tempat pelindungan.
  2. YAB menolak untuk diadakan pertemuan dengan para pimpinan PAS Pulau Pinang dengan diberi pelbagai alasan-alasan yang tidak munasabah. Jika ia benar, diharap YAB patut membetulkan dan memberi seberapa ruang yang luas kepada PAS Pulau Pinang khususnya untuk menambahbaikan corak pemerintahan YAB di Pulau Pinang yang juga dikenali kerajaan Pakatan Rakyat.

Ada beberapa perkara lagi yang telah sampai ke telinga saya, tetapi ia lebih bersifat perkauman. Tetapi bagi saya, jika YAB dapat menyelesaikan 2 perkara tersebut, saya merasakan masyarakat Islam dan Melayu khususnya (yang telah memejamkan sebelah mata mereka dari segala catatan silam, atas optimisnya mereka kepada komitmen DAP terhadap prinsip-prinsip yang adil dan saksama) pasti menarik nafas lega setelah dipinggirkan selama bertahun-tahun secara zalim oleh pemerintahan BN sebelum ini.

Mungkin banyak perkara YAB perlu belajar dari Kelantan, malah suara-suara nakal yang tidak selesa dengan pemerintahan YAB, memberi luahan supaya sebelum YAB mencontohi pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, adalah lebih baik YAB mencontohi dan menandingi dulu corak pemerintahan yang telah diamalkan YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz di Kelantan.

Semoga persidangan Ketua-ketua Kerajaan Pakatan Rakyat beberapa hari lagi akan memberikan input yang penting kepada YAB untuk terus memberi keadilan kepada semua masyarakat terutamanya masyarakat Islam dan Melayu khususnya di Pulau Pinang.

Salam perjuangan untuk YAB…..


“Kearah Malaysia Yang Sejahtera


Yang benar,

t.t

SAIFUDIN BIN IBRAHIM
lot250.blogspot.com

16 comments:

BARISAN RAKYAT said...

ADA DI KELUARKAN DI BLOG SAYA

http://kmlimguaneng.blogspot.com/

blogkelate said...

Warkah kah yang bisu? atau Saifudin yang bisu? atau YB Lim yang bisu?

Apa-apa pun Lim boleh jawab dengan cara bisu juga warkah ini. ;p

Anonymous said...

Buat Encik Saifudin,

Saya anak jati Penang dan disini saya ingin beritahu bukan saja pada encik tapi kepada semua pelawat blog ini.

1) Tentang rumah kos rendah : Sejak
beberapa bulan lalu saya mula melihat iklan projek rumah bernilai 75,000 ringgit yang sepatutnye dijual 120,000 sebelum ini. Malah dalam kenaikan kos pembinaan meningkat kerajaan mampu mengawal pada tahap ini. Kebanyakan tanah rizab telah dijual oleh kerajaan sebelum ini dan keadaan agak sukar untuk mengwakaf balik kepada rakyat untuk projek rumah teres kos rendah. Semua ini angkara UMNO BN sebelum ini yang monopoli aset negeri sampai ke tahap ini. Kesimpulan bila dah naikkan 100% agak mustahil untuk menurunkan 50% dalam masa yang mula ini.

Anonymous said...

Kedua bab pertemuan dengan PAS.

Agak keliru saya disini !!! Kan Timbalan Menteri 1 dari PAS jadi mana ada masalah bab pertemuan dengan PAS?
Kan PAS dok serumah di Komtar tu ???

Yang ni saya anggap sebagai tak berasas dan hanya suatu provokasi aje. Harap Encik datang dan lihat sendiri.

Lot 250 said...

Salam

1) AlhamduliLlah jika rumah kos rendah telah dibuat

2) Timbalan ketua Menteri 1 bukan wakil PAS, tetapi wakil PKR. Harap maklum

Anonymous said...

Bab timbalan tu error cikit...yang nak bagitau ialah dia di bantu oleh penasihat dari PAS dalam portfolio beliau iaitu bertanggungjawab mengenai hal Buchwald agama, pembangunan keusahawanan dan koperasi, penerangan dan perhubungan masyarakat. Nak tau sapa mai la Penang.

Anonymous said...

ayat apa nie dok keluar...fenin2 Beliau memegang portfolio " Hal Ehwal agama, pembangunan keusahawanan dan koperasi, penerangan dan perhubungan masyarakat......mai la Penang.. La ni nampak sistematik sikit dan cuma sedih tang penarikkan projek yang telah dimeterai dan terharu ngan comen Pak Lah bab isu ini.

Lot 250 said...

TQ atas penjelasan. Buleh saya tahu siapa penasihat dari PAS itu ek?

buatlah apapun asalkan itu yang terbaik.

insyaAllah PR Kecil Permatang Pauh akan menjadi satu landasan baru dalam mengeratkan hubungan antara parti-parti dalam Pakatan.

Anonymous said...

En. Saifudin,
Saper penasihat PAS tu ek?
Yang pasti orang-orang Melayu dan Islam di P.Pinang masih lagi tak boleh bergantung harap sejak dari pemerintahan BN sampai ke PR. Sampai la nie, masih lagi terasa di pinggirkan. Mcmana nak buat lagi? Harapan supaya PAS dapat berfikir dan memantau serta membantu orang-orang Melayu dan Islam di P.Pinang ni...

Anonymous said...

Renung sejenak..

BN dah memerintah kita dah 50 tahun.. Bagilah masa pada PR yang baru bermula untuk membetulkan semua keadaan dulu..

Sy boleh ibaratkan di sini seperti ini.....

Kita dapat meyewa sebuah rumah kedai yang sebelum ini disewa oleh seorang pengusaha restoran yang sangat kotor sehinggakan bahagian siling kedai pun terlekat sisa-sisa kulit ayam disana sini.. Lantai kedai yang hitam pekat dan berlubang2 becak disana sini. Bahagian dinding dan bahagian dapur apa tah lagi..sang tikus pun jijik nak bertapak disitu. Bila kita sudah mula bertapak disitu sebagai peniaga baru yang amat bersih mahu menyewa tempat tinggalan seperti itu tentulah memerlukan masa untuk memebetulkan keadaan sekitar dalam dan luar bangunan tu.. Tentulah mengambil masa untuk memulihkan keadaan.
Bila dah siap barulah kita yang baik dan bersih ini dapat menjalankan perniagaan kita..
Tapi untuk memenuhi kehendak pelanggan kita, kita terpaksalah juga memulakan perniagaan dalam keadaan bangunan yang kotot dan masih jijik itu. Bagilah masa.. Tentulah memakan masa sedikit.. Tapi tak lah sampai sehingga 50 tahun baru nak dibersihkan semua yang kotor tu. Bila dah bersih nanti pelanggan pasti lebih ramai datang untuk bersama-sama kita memberikan sokongan kepada perniagaan kita..

al-chechen said...

Lot 250...syabas, walaupun tinggal jauh di Kelantan tapi masih prihatin dengan nasib orang orang Melayu dan India di Pulau Pinang.

Anonymous said...

Perbincangan yang macamnilah yang sepatutnya, tak perlu nak marah-marah, tuduh-menuduh bincang baik-baik apa-apa saja permasalahan pasti ada jalan penyelesaian, kita perlu hormat menghormati sesama insan. tq.

Anonymous said...

Ketua Menteri malas nak layan pimpinan PAS Pulau Pinang sebab pimpinan PAS Pulau Pinang lesu
tak berfungsi,lapar jawatan dan kebendaan macam UMNO jugak,(ini betul-betul..bukan cubaan).

Anonymous said...

Lot 250

off topic jap

Boleh sms phone no lot 250 kat kawe?..member lama takkan dah lupa kot..demo duduk sebelah petronas pintu geng kan.....no kawe 013-3328677 ( member lama masa belajar maahad muhammadi..sama2 pegi sekolah ngan basikal...)

Anonymous said...

Nak tumpang tanya...

Betulke Kampung Majoriti Melayu sekarang berketua kampungnya seorang China??? (belum potong lancau lagi pulak tu)

Semasa BN/ Gerakan tak pernah terjadi macam ni. Ketua Kampung di kawasan / kampung Melayu hanya orang Melayu yang dilantik. minta sapo-sapo yang boleh bantu..

Anonymous said...

Hampa semua yang dok komen gila gila ni pasai apa?? Yang dibawah dok maki sesama sendiri. Yang diatas pulak kaya raya, joli sana sini, rumah mewah tersergam. Yang dibawah ni pula dok rumah murah, bocok pulak tu....

Tak payah lah ampu lebih lebih sangat..ingat tuhan sama..kita taksub sembah tuhan tak apa??? jangan terlalu taksub kepada pemimpin saja..tak kiralah parti manapun..semuanya sama..nik azizpun buta hati,rasuah,salah guna kuasa...tok guru pulak tu..apa ke hai pemimpin yang lain, yang bukan bergelar tok guru..lagi lah buta hati...pemimpin yang kafir tu entah apa yang dibuatnya, kita mana tahu..jadi tak payahlah dok angkat sapa sapa.. sisa umur yang ada ni buat lah amal ibadat..