Monday, August 11, 2008

Respon Terhadap Tulisan Ust Hj Nasruddin Tantawi

Rasa gerun juga untuk memberi respon terhadap tulisan (Jika Islam Tidak Dominan PAS Wajib Menarik Diri) seorang yang hebat seperti Ust Nasaruddin Tantawi. Tetapi bagi saya, ia sekadar pandangan peribadi dan bukan lagi pandangan jemaah.

Benar.... kita perlu rasa bimbang mengenai apa yang akan terjadi dengan PAS jika 16 September 2008 ini benar-benar BN terhumban.

Jika benar apa yang didakwa oleh Ust Nasruddin mengenai 30 MP yang bakal terjun kepada Pakatan Rakyat kebanyakannya non muslim, apakah nasib Islam? adakah semakin lemah @ semakin kuat?

Bagi saya, samada ramai non muslim atau tidak, mungkin jadi masalah atau tidak belum tentu lagi. Keadaan di negeri perak sebenarnya patut diambil contoh. 10 Exco yang dilantik, difahamkan hanya 3 orang sahaja yang muslim (tidak termasuk MB). Adakah Islam di Perak terancam? Tetapi setakat ini, banyak perkara-perkara positif yang telah kita dengar, alhamduliLlah.


Bagi saya, yang paling penting ialah portfolio apa yang PAS pegang dalam kabinet. Mungkin itu yang akan menentukan samada Islam akan terselamat @ tidak, untuk FASA I peralihan kuasa.

Kita masuk FASA II. Jumlah MP muslim pada fasa ini mungkin akan meningkat, kerana saya yakin orang UMNO lemas jika berada tanpa ada kuasa. Nak tak nak, mungkin mereka sama-sama melompat ke Pakatan Rakyat. INSYAALLAH.

Disini sebenarnya peranan PAS untuk menarik MP-MP Umno bagi bersama-sama dalam Pakatan Rakyat (bukannya seperti yang berlaku sebelum ini....... yang dikatakan mengakibatkan kita keluar dari Pakatan Rakyat)

Bagi saya cara berdakwah yang paling baik kepada orang UMNO ialah dengan menghilangkan kuasanya terlebih dahulu, barulah mereka nampak kebenaran.

Setakat ini sahaja.... jumpa dilain kali... InsyaAllah

Salam Perjuangan

5 comments:

Anonymous said...

SALAM Untuk saifuddin.

Keadaan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sekarang adalah berbeza dengan agak-agak Kerajaan Malaysia yang akan terbentuk selepas 16 hari kita Puasa nanti.

Sebab PERAK sebuah negeri. Sebarang tindakan yang akan menjahanamkan Melayu dan Islam masih ada lagi pengawalnya iaitu Kerajaan Persekutuan.

Tetapi Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Persekutuan siapa pengawalnya??

Lihat cadangan Kelantan nak laksanakan Hudud. Dr. Mahathir (Semasa jadi PM) yang menghalangnya. Kelantan menangguh dan nampak lebih suka dalam keadaan tertangguh begitu.

Tetapi yang yang akan membentuk kerajaan Persekutuan selepas 16 hari Puasa nanti ialah hanya dijangka seramai 47 orang sahaja Melayu dan Islam (termasuk yang hijrah dari UMNO, 6 dari Sabah, 22 PAS 20 PKR yang Islam.

YB Gobala masih tidak Islam, walaupun dah boleh baca wamakaru...

Fikirkan lah anak muda. Jangan Melayu dan Islam dah hancur baru nak berjihad. Saya sendiri juga ragu tentang Anuar Ibrahim ni. Kecuali Dato' Husam.

blogkelate said...

Ada ketika,
'Lebih baik kerjasama dengan Bukan Islam berbanding dengan UMNO, kerana, tanpa ada nasihat dari MIC dan MCA, UMNO itu sendiri yang menghancurkan ISLAM dan BAHASA MELAYU' - Adakah anda lupa?

Ada ketika, kita perlu bersabar
'Kemenangan ISLAM selalunya mengambil masa yang panjang. Tiada jalan pintas.'

Ada ketika,
'Kita perlu menumbangkan kerajaan yang terbukti telah menzalimi rakyat terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan untuk menafsir isi hati rakan lain'

Sekadar Pandangan.

Din, demo keno tulih surat tu ko Ust Nasha

Lot 250 said...

Ya ada beza, tetapi ia juga ada persamaan. Suka saya memetik petikan saudara "Sebarang tindakan yang akan menjahanamkan Melayu dan Islam masih ada lagi pengawalnya iaitu Kerajaan Persekutuan.Tetapi Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Persekutuan siapa pengawalnya??"

Saya nak tanya, setakat ni orang Melayu berjayakah? Islam semakin berkembangkah? Bagi saya, Melayus semakin mundur, semakin hancur dengan gejala sosial. Islam semakin dihina! Ia bukan kerana DAP, tetapi ia kerana UMNO yang mendakwa memperjuangkan Melayu & Islam.

Hak orang Melayu & Islam telah terjamin dalam Perlembagaan (sepertimana di ulas oleh Prof Dr Aziz Bari, dalam Harakah sebulan lepas).

Bagi saya benteng akhir Melayu & Islam di Malaysia ialah Yang Dipertuan Agong.

Janganlah kebimbangan saudara menyebabkan UMNO akan terus menzalimi kita. Setuju dengan pendapat Syah (blogkelate)

"Ada ketika,
'Kita perlu menumbangkan kerajaan yang terbukti telah menzalimi rakyat terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan untuk menafsir isi hati rakan lain'"

Salam

BARISAN RAKYAT said...

TUKAR DULU

TUKAR DULU

TUKAR DULU

Anonymous said...

P.Ramlee pun menangis tengok lakonan Anwar




KALAU Tan Sri P.Ramlee atau M.G.R (pelakon terkenal India) masih hidup, mereka pasti menangis melihat lakonan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Itu jawapan calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah ketika ditanya Agendadaily mengapa ada rakyat masih percaya Penasihat PKR itu bakal jadi Perdana Menteri pada 16 September ini.Katanya, diantara pekerja (wakil rakyat) dan pelakon, Anwar adalah pelakon yang terbaik.“Dia pandai buat cerita propaganda, fitnah serta janji-janji yang mengkhayalkan rakyat. Pada masa ini, ada yang rasa Anwar sedang dendangkan sesuatu yang enak tetapi tak jadi kenyataan,” ujarnya