Thursday, August 7, 2008

Derma RM1 & Watak Utama Perbicaraan 10 September


RM1

Tengahari tadi (7 Ogos) saya dipesan oleh YB Dato Cikgu Rahim mengenai pesanan Dato Seri Anwar supaya mana-mana penyokong-penyokong dan yang bersimpati dengan Pakatan Rakyat tetapi tidak mampu untuk menyumbangkan tenaga dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh DAPAT MEMBERI DERMA/SUMBANGAN PALING KURANG RM1.

Ayuh, semoga mana-mana yang tidak berkesempatan untuk menyumbangkan tenaga dapat menyumbangkan derma/sumbangan kepada mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat.

Semoga derma/sumbangan yang ikhlas tersebut dapat mempercepatkan keruntuhan kerajaan Barisan Nasional, insyaAllah



WATAK UTAMA
PERBICARAAN 10 SEPTEMBER 2008

Saiful Bukhari
Orang yang mendakwa dirinya diliwat oleh DSAI. Dikatakan beliau telah diliwat sebanyak 9 kali
Kali terakhir pada 26 Jun 2008 & telah membuat repot polis pada 28 Jun 2008



Pegawai Perubatan Hospital Pusrawi, Dr Mohamad Osman
Beliau membuat Akuan Bersumpah pada 1 Ogos 2008. Beliau mendakwa telah memeriksa Saiful & tidak menjumpai sebarang bukti yang boleh mengatakan Saiful telah diliwat.



Dato Seri Najib
Beliau mendakwa Saiful telah berjumpa dengannya pada 27 Julai,
sehari selepas Saiful didakwa diliwat oleh DSAI.





Rosmah (Isteri Najib) &
Mumtaz Jaafar (gambar dalam bulatan, bekas atlit negara)
Dikatakan seminggu sebelum Saiful didakwa diliwat oleh DSAI, beliau telah berjumpa dengan Rosmah & Mumtaz di rumah Rosmah.....


Bagi saya, penama-penama tersebut akan menjadi watak utama dalam perbicaraan kes liwat DSAI yang dijadualkan berlangsung pada 10 September 2008 nanti. Yang pasti & menarik, Najib pasti akan diseret ke mahkamah! Memang world!

Salam perjuangan
Jumpa di Permatang Pauh, insyaAllah

8 comments:

Anonymous said...

kalau duk jauh, derma online boleh?
or ade no acct bank?

ust_jaa said...

Jgn runsing.. di P.Pauh anta boleh update blog anta. ana akn bawal laptop dan broadband ana.

hehehe

Adib said...

ada ke letak pitis selamba lagu tu..letak la watermark ke..

boleh kena dakwa atas kesalahan mencetak duit tanpa kebenaran nih..

Anonymous said...

Kuat Din penyokong Anuar Ibrahim.

Kenapa agaknya bakal pemimpin Utama malaysia, seringkali dicemari isu dan skandal liwat ni??

Tak faham aku.

Lot 250 said...

Salam

Saya bukan penyokong batang tubuh orang, tetapi saya menyokong apa yang diperjuangkan. Manusia boleh datang dan pergi.

Isu?

Isu liwat pada tahun 1998, tiada bukti yang mebuktikan dia meliwat azizah & munawar.

Lagi???

Saiful Bukhari? adakah 'bodoh' seorang pegawai perubatan yang mebuat akuan bersumpah yang mengatakan tiada kesan saiful diliwat. Adakah beliau tidak takut dengan tindakan undang2???

Anonymous said...

Saya petik kenyataan Sahabat kita ni.

"Saya bukan penyokong batang tubuh orang, tetapi saya menyokong apa yang diperjuangkan. Manusia boleh datang dan pergi".


DAP kita tau dengan sosialisnya. UMNO dengan sekularnya, PAS dengan dasar Islamnya.Apakah dasar yang diperjuangkan oleh PKR??. hanya semata-mata untuk Dato' Seri Anuar Ibrahim sahaja. Dasar PKR yang pragmatis.

Lot 250 said...

Titik persamaan didalam Pakatan Rakyat (PAS, PKR & DAP) ialah menegakkan keadilan & menghapuskan kezaliman. titik ini yang saya sokong.

Samada ada PKR akan berkubur atau tidak selepas ketiadaan DSAI, itu terserah. Dan saya yakin pemimpin PAS fahami keadaan ini.

Anonymous said...

SEMUA YANG SEDANG KOMEN NI BUTA PERUT, POLITIK MEMANG DAH KOTOR, YOU ALL DOK SEBUK PASAL APE.. YANG DIATAS TU, BAIK UMNO,PAS,PKR,DAP, SEMUA NYA DAH KAYA, JANGANLAH DOK TUDUH SATU PARTI SAJA AMALKAN RASUAH, SEMUA PARTI RASUAH,KRONISMA,NEPOTISMA,LANTIK MENANTU ANAK PINAK JADI CEO,COO,GM,
JANGANLAH KITA BUTA MATA,BUTA FIKIRAN, INGATLAH SAMA KAT ALLAH, JANGAN DOK SOKONG MEMBABI BUTA..