Saturday, April 12, 2008

Usrah CA

AlhamduliLlah, 12 April 2008, jam 9.45 pagi Usrah CA Zon Timur kembali setelah berhenti rehat tanpa bicara hampir 3 bulan. Rumahku dijadikan pilihan untuk usrah kali ini. Hampir 20 orang sahabat yang hadir.
Disini beberapa aksi pilihan diwarkah. insyaAllah, apa yang dibincangkan didalam usrah, Hafizi akan huraikan didalam blognya.
Isteriku sedang memerhati gelagat tetamu, kot-kot ada yang 'menyeludup' roti jala buat balik rumah. hehehe

Khairul Anuar!!! apa lagi.... ranggah laaa

Huh..... Roti Jala + Kuzi......
Tak tidur malam dibuatnya, bukan senang nak buat menu ni......
(tapi aku tempah sebenarnya, cehhh)

Mentang-mentang dia yang paling veteran, dia yang nak 'meranggah' dulu

Ust. Nasruddin sedang memberi pengisian (dengan memetik kandungan didalam buku JunduLlah). Hafizi ni koyal @ khusyuk????

Veteran CA (Khairil Hazmi - sekarang menjawat jawatan ADO di Gua Musang) yang telah kembali, sempat memberi tazkirah ringkas

Antara peserta yang datang awal.... (bermula dari kiri) Siti Hajar, Shahaniza, Norhanan, Asmawani, Zuraini. Yang adik kecil tu anak Khairil Hazmi....

2 comments:

Mohd Zulkifli Shafie said...

Tahniah sahabat CA Zon Timur. Kami di Zon Tengah dah lama tak berhimpun. Sejak Ogos 2007. Moga kami kembali aktif seperti di sana.

za8 said...

ayah amin mano?
zon tengah!?
he3x sibuk le
hujung minggu je, ada program YB