Sunday, May 3, 2009

Suara-suara Gelap Dalam PAS

Meneliti Calon-calon Timbalan Presiden Sejak 2003


2003

Senator Ustaz Hassan Shukri

Dato’ Mustapha Ali



2005

Ust Hassan Shukri

Ust Nasharuddin Mat Isa

Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman



2007

Ust Nasharuddin Mat Isa

Ust Harun Taib



Pertengahan 2002

Ust Fadzil Noor telah kembali kerahmatuLlah. Sejak itulah kekosongan jawatan Timbalan Presiden PAS telah dicari-cari setelah Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang memangku jawatan Presiden.


Tahun 2003

Seperti sedia maklum, 3 tokoh telah diangkat untuk bertanding. Senator Ust Hassan Shukri, Prof Dr Haron Din & Dato’ Mustapha Ali. Tetapi pada hari pemilihan, Prof Dr Haron Din telah menarik diri. Maka pertembungan di antara Dato’ Mustapha Ali dengan Senator Hassan Shukri telah berlangsung.


Pada waktu tersebut, tiada kedengaran lagi suara-suara yang mengatakan ulama’ yang perlu menduduki jawatan timbalan presiden. Jika ada, pastinya Dato’ Mustapha Ali awal-awal lagi menarik diri, kerana beliau dilihat sebagai bukan ulama’.


Tahun 2005

Sudah mula suara-suara kedengaran perkataan Ulama’ vs Profesional. Senator Hassan Shukri dan Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman dilihar mewakili kelompok ulama’, manakala Ust Nasharuddin dilihat mewakili kelompok professional walaupun beliau sebenarnya berlatar belakangkan ulama’.


Tahun 2007

Seperti biasa, apabila hampir tiba Muktamar, perkataan Ulama’ vs Profesional kembali bergema. Entah mengapa, perkataan tersebut menjadi-menjadi pada pemilihan tersebut. Ust Harun Taib yang meninggalkan Dewan Ulama’, menawarkan diri untuk menjadi calon Timbalan Presiden bagi mewakili kelompok ulama’. Manakala Ust Nasharuddin mempertahankan jawatan dan sekali lagi dilihat mewakili professional


Tahun 2009

Perkataan Ulama’ vs Profesional, sekali lagi kedengaran. Calon-calon yang agak hangat sekarang ialah, Ust Nasharuddin, Dato Husam Musa dan Hj Mohammad Sabu. Entah macammmana, Ust Nasharuddin yang sejak tahun 2005 mewakili kelompok professional, tiba-tiba bertukar mewakili kelompok ulamak. Dato Husam pula yang dilihat mewakili golongan professional, manakala Hj Mohamad Sabu dilihat sebagai mewakili aktivis bawahan


Bagi aku, samada dia professional atau ulama’ atau mana-mana title sekalipun, yang penting kelayakkan adalah kriteria utama. Dan ini bertepatan dengan penegasan Allahyarham Ustaz Ustaz Fadzil Nor yang pernah mengatakan tidak semestinya lulusan agama menjadi Presiden PAS jika ada orang bukan lulusan agama lebih berkarisma dan berpegang teguh dengan konsep, dasar dan prinsip perjuangan PAS.


Jika presiden pun boleh dijawat oleh mana-mana pihak, inikan pula Timbalan Presiden.


Bertandinglah, tetapi jangan sampai menghina sesama sendiri. Kerajaan perpaduan yang hendak diteroka bukan hanya dengan UMNO, tetapi didalam parti sendiri pun mesti juga diteroka……


Saya merasakan, semua ini terjadi kerana adanya ‘suara-suara gelap’ yang sedar atau tidak sedar ingin menghancurkan parti…

33 comments:

Pas Tulen said...

Hujah Sdr Lot 250 amatlah lemah dalam menghalalkan usaha-usaha pihak tertentu untuk bertanding jawatan Timb Presiden.Kepimpinan Islam mesti dipimpin oleh ulamak.Sejarah membuktikan tamadun yang dipimpin oleh bukan ulamak akhirnya akan hancur dan tinggal dalam lipatan sejarah.Ulamak adalah pewaris nabi yang ikhlas dan meletakkan prinsip ketaqwaan sebagai pegangan hidup.Itu adalah hakikat.Itulah pegangan Pas "Parti Islam Semalaysia" bukan "Parti Anwar Suka".Adapun hujah sdr mengatakan bhw Almarhum Ust Fadhil membela Anwar harus dilihat dalam konteks berbeza bukannya membiarkan Anwar mencorakkan perjalanan politik Pas tetapi menguasai senario politik semasa.

Kenapa perlu ulamak sbg Presiden dan Timb Presiden :
(i). Kedua-dua adalah pimpinan tertinggi dalam membuat keputusan politik
(ii). Hujah mengatakan Majlis Syura Ulamak sbg Badan Tertinggi adalah sangat lemah.Ulamak harus dilibatkan secara langsung sbg pimpinan politik bukannya hanya duduk berbincang dlm bilik mesy dan menegur shj. Ulamak harus terlibat secara aktif memimpin politik jamaah dan kehadapan berbanding orang-orang lain.Jika tidak apakah makna kepimpinan ulamak tetapi ulamak disimpan dlm bilik-bilik mesy. Itu satu cubaan utk mewujudkan dualisma dlm jamaah.Biarkan ulamak di bilik mesy dan bukan ulamak memimpin politik jamaah.

Saya harap Lot 250 dapat faham hal ini.Bukannya golongan macam kita 'profesional' tak boleh berperanan dlm jamaah. banyak ruang-ruang bermula Naib Presiden sampailah tukang bancuh air di markaz-markaz.Semua orang boleh memainkan peranan mereka masing-masing.Sehingga hari ini tiada masalah dengan hal ini,Presiden dan Timb ulamak.Kalau ada kelemahan mereka, bermakna semua kepimpinan Pas Pusat juga harus bertanggungjawab untuk bersama-sama menampung mana-mana yang lemah.Itulah tradisi jamaah.

Sekali lagi jgn cuba merubah apa yang telah diterima selama ini.Sekali berubah ia akan susah untuk diperbetulkan semula.Mana tau satu hari nanti orang akan mula mempertikaikan Majlis Syura Ulamak pulak.

Daun Kering said...

saya setuju dgn Pas Tulen hanya dlm beberapa perkara sahaja...iaitu:

1. Isu almarhum Ust Fadhil Noor membela anwar ibrahim perlu dilihat dlm konteks yg berbeza...ini sememangnya betul & tepat...anwar seorg beragama Islam yg diinaya...dan anwar secara tidak sengaja & tidak langsung adalah rakan karib ust fadhil noor ketika berada dlm ABIM suatu ketika dahulu.

2. Saya setuju...Anwarism tidak sepatutnya mempengaruhi apatah lagi mencorak perjalanan politik PAS...PAS adalah PAS...PAS bukannya PKR....PAS tidak perlu mendpt sebarang nasihat dari anwar ibrahim dlm mencorakkan perjalanan parti.

saya kurang bersetuju apabila PAS Tulen mengatakan bahawa bukan ulama' tidak boleh memegang 2 jawatan tertinggi parti...tiada system "kasta" dlm Islam.

saya bersetuju dgn pendpt almarhum ust fadhil noor...mana2 individu yg mempunyai karisma, integriti, talent, pengalaman, tawaduk, semangat juang yg teguh & berani dlm PAS...boleh memegang tampuk jawatan Presiden....tak kira samada dia berlatar belakangkan agama ataupun tidak.

Lot 250 said...

Mustafa Mashhour menjadi Murshidul Am Ikhwan Muslimin pada tahun 1996 sehinggalah beliau kembali ke pangkuan Kekasihnya Yang Maha Berbelas Kasihan pada bulan November 2002. Beliau berumur 81 tahun ketika itu.

Pada tahun 1943, beliau mendapat ijazah sarjana muda sains dan pernah berkerja di Jabatan Meteorologi Mesir.

Perjuangannya menegakkan Islam menyebabkan beliau masuk keluar penjara. Pada tahun 1948, beliau dipenjarakan hingga tahun 1952. Pada tahun 1954 beliau dijatuhkan penjara 10 tahun. Pada tahun 1965, sekali lagi beliau dipenjarakan hingga tahun 1971.

Di Pakistan, Qazi Hussain Ahmad (gambar di sebelah ketika beliau ditangkap polis Pakistan) menjadi Ameer Jamaat-e-Islami dari tahun 1987 sehinggalah 31 Mac lalu apabila beliau enggan dipilih lagi sebagai ketua atas sebab-sebab kesihatan. Ketika beliau menjadi Ameer Jamaat-e-Islami, kempen keanggotaanya berjaya menambah sehingga 4.5 juta ahli baru dan Jamaat-e-Islami semakin merakyat.

Sama seperti pejuang Islam lain, beliau juga berkali-kali ditahan oleh kerajaan Pakistan kerana perjuangannya. Beliau diharamkan masuk ke Mesir pada tahun 2007. Sebelum itu, pada tahun 2004, beliau diharamkan masuk ke 25 negara Eropah.

Beliau memiliki ijazah sarjana dalam bidang geografi dari Universiti Peshawar.

Pengganti Qazi Hussain sebagai Ameer Jamaat-e-Islami ialah Syed Munawar Hasan. Beliau memiliki ijazah sarjana dalam bidang sosiologi dan pengajian Islam dari Universiti Karachi. Beliau juga bukan seorang ulama.

Sebelum menyertai Jamaat-e-Islami, beliau pernah menjadi presiden National Students Federation (NSF), sebuah badan pelajar berhaluan kiri.

Pagi ini saya memutuskan bahawa Ikhwan dan Jamaat bukan parti Islam kerana pernah berketuakan bukan ulama. Jika kedua-duanya parti atau gerakan Islam, Presiden dan timbalannya mestilah seorang ulama

- dipetik dari penarik beca... Lu pikir lah sendiri (Kata Nabil)

Anonymous said...

assalamualaikum...

Kepada semua ahli PAS dan pendokong perjuangan PAS....
Perbezaan pendapat adalah perkara biasa, tetapi tujuan atau matlamat perlu dibetulkan. Kalau semata-mata kerana jawatan letaklah siapapun ulamak atau bukan ulamak ia tidak memberi sebarang makna. Sepekara lagi harus kita ingat apakah cagaran utama yang memungkinkan title ulamak itu diletakkan kepada seseorang? Adakah hanya kerana dia berpendidikan agama? kalau ini yan kita nak jadikan sandaran....ambillah Nakahie, Jamil Khir, Mid man, Ust. Firdaus(bekas Iman masjid negara) Mahukah kita? dan janganlah kita perkecilkan peranan majlis tertinggi dalam PAS iaitu majlis Syura. telitilah perlembagaan kuasa tertinggi dimiliki oleh presiden atau majlis syura.
Berbahaslah dengan hujah dan pendirian kita sendiri tapi harus diingat tanamkan niat kita pada fikrah yg satu iaitu ISLAM.

irfan mohd nor said...

Saya betul-betul tak faham kenapa ada segelintar golongan kita dalam PAS yang anti Anwar Ibrahim. Memang Anwar Ibrahim tidak sepatutnya mencorak atau menentukan haluan PAS, tetapi mengapa pula kita hendak lawan dia tak tentu fasal. Dia berbeza pendapat, kita juga berbeza pendapat, tetapi kita tetap punya matlamat paling besar yang sama, iaitu menundukkan UMNO/BN dan menjadikan Malaysia negara bebas rasuah dan salahguna kuasa.

Kita harus ingat, UMNO dapat memerintah selama ini bukan sebab UMNO itu bagus, dan bukan juga sebab Pembangkang tak bagus. PAS dan parti pembangkang lain memang bagus TETAPI tidak bersatu padu. Tidak ada parti di Malaysia yang boleh menang seluruh Malaysia hanya bersendirian, hatta UMNO sendiri pun.

Oleh itu, tolong lah berfikiran jauh. Kita hanya boleh dapat memerintah jika semua pembangkang BERSATU TEGUH walaupun berlainan ideology.

Dan di situlah fungsi Anwar Ibrahim, menyatukan semua parti pembangkang walaupun berlainan ideology.

Pemuda PAS Hulu Langat said...

Saya bersetuju dengan hujah Irfan Mohd Nor. Memang terdapat pendapat dan ideology yang berbeza diantara parti pembangkang. Tetapi kita harus ingat, walaupun begitu, matlamat utama kita semuanya sama : menundukkan dan menggantikan pemerintahan UMNO/BN dengan yang lebih baik.

DS Anwar itu seorang yang amat penting dalam menyatu-padukan parti-parti yg perjuangkan rakyat.

Dia pengikat semua parti ini.

Kalau kita imbas sejarah dunia, empayar korup hanya berjaya dijatuhkan apabila golongan rakyat BERSATU PADU menjatuhkannya.

PAS Pasir Mas said...

Tidak ada salahnya kalau golongan profesional mengetuai PAS.

Seseorang yang mengetuai PAS itu mestilah seorang yang 'World Class' leader..seorang yang boleh menjadikan PAS itu maju dan boleh berurusan dengan semua golongan, daripada Amerika sehinggalah ke Afrika.

Kita tak mahu pemimpin yang tak boleh berdiri sama tinggi dengan pemimpin negara lain. Kita perlu seseorang yang strategist, hebat dalam agama dan juga ekonomi, faham kemajuan teknologi, petah berbahasa inggeris dan berhujah mengenai kemajuan dunia dan masyarakat.

Daripada pilih ulama, lebih baik kita pilih professional yang kuat agama, sekurang2nya dia boleh berhujah tentang ekonomi, teknologi dan juga agama.

Anonymous said...

harapan ust fadhil noor terhadap kepimpinan ulama'

http://www.scribd.com/doc/12307165/HjFadzilNoor

Anonymous said...

Apa salahnya kalau profesional tu seorang yang tinggi ilmu agama, wara' berbanding dengan Ulama' yang tidak mahir soal pengurusan dan pentadbiran.

Profesional yang dipilih tetap profesional yang dinaungi Ulama', berperibadi islam, bukannya profesional yang berfikiran sekular.

Anonymous said...

Dalam meletakkan syarat kepimpinan untuk menjawab jawatan Timb Presiden mahupun Presiden, prinsip taqwa, wara dan seorang yang beragama bukan hanya perlu ada pada seorang yang bertitlekan Ustaz dan berlatarbelakangkan pendidikan islam yang tulen.

Tapi syarat ini perlu ada pada semua ahli PAS, tak kira Ulama ataupun profesional. Kalau dalam PAS ni, hanya yang bertitlekan Ustaz sahaja yang bertaqwa, dan yang tidak bertitlekan Ustaz dan tidak berlatarbelakangkan pendidikan agama tidak bertaqwa, gagallah PAS dalam mendidik ahlinya.

Tidak semestinya seorang Ulama itu bertaqwa dan wara' dan tidak semestinya seorang profesional itu seorang yang fasiq dan tidak faqih dalam agama.

Untuk pengetahuan PAS Tulen, pimpinan2 PAS yang melompat masuk dalam UMNO seperti Ustaz NAkhaie, Mustafa Taib, Umar Khalid, Wan Ismail, Ustaz Ghazali...semuanya ni Ustaz dan Ulama'lah.

Tak ada lagi rasanya yang profesional yang dianggap tidak bertaqwa, tidak faqih dalam agama yang masuk UMNO.

Saya tegaskan, profesional yang wujud dalam PAS ialah profesional yang memahami agama, menjaga syariat, bukannya profesional yang berotak sekular.

Kita kena ingat, kita nak memerintah negara dan dunia ini perlu kepada kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai sudut. Memang asasnya adalah pengetahuan agama yang tinggi, tapi pengetahuan2 lain juga perlu.

Adakah Ulama yang ingin dicalonkan sudah bersedia dari sudut ini ?

Anonymous said...

Utk Lot 250..

Apakah Calon-Calon Timb. Presiden Pas sekarang ni setaraf dengan pimpinan-pimpinan gerakan islam yg sdr sebutkan.Jauh panggang dari api.Utk pengetahuan sdr, mereka yg sdr sebut tu adalah pimpinan 'profesional ulamak' yg walaupun bukan pengajian islam tapi mempunyai pengetahuan dan tahap pengajian agama yg sangat mendalam. Bahkan boleh mentafsir Quran dan Hadith, memahami bahasa arab dgn baik dan teruji dlm perjuangan.

Definisi kepimpinan ulamak tidak difahami oleh kebanyakkan ahli Pas hari ini terutama orang-orang yg tidak mengikuti manhaj tarbiayh Pas dgn benar dan betul.Ahli Pas hri ini tidak menjadikan usrah dan tarbiyah sbg keutamaan mereka dan dilalaikan dgn kemilau politik.Usrah, rehlah, tamrin sudah tidak dijadikan makanan wajib ahli Pas.

Lot 250 said...

tanya balik, adakah calon timbalan presiden yang berlatarbelakang ulama' itu setaraf dengan tafsiran ulama' oleh Ust idris Ahmad

http://keraspedal.blogspot.com/2009/05/pengertian-ulama-dan-ciri-ciri-ulama.html

Anonymous said...

Tidak kira sape2 pn yg memegang jawatan asalkan tujuan tetap sama iaitu perjuangan memartabatkan alQuran dan Sunnah Rasulullah s.a.w di muka bumi ni.Yang kurang arif boleh bertanya kepada yang lebih arif.Itu formula kita sebagai org islam.Nasihat menasihati kepada kebaikan dan bukan hentam menghentam sesama sendiri kerana berebut jawatan yang bersifat sementara di dunia ni.Sama2 kita bantu membantu dalam perjuangan.Kembali kepada alQuran dan Sunnah jika berlaku pertelingkahan.Allah Maha Mengetahui.

Anonymous said...

Tidak setaraf tetapi terbaik buat masa sekrg.Pas harus menyediakan pimpinan masa depan.Orang yg bakal menjadi Presiden & sbg Presiden bertanggungjawab menduduki Majlis Syura Ulamak.Presiden Pas bukan hanya ketua sebuah parti politik tetapi pimpinan ummah yg bisa memimpin ahli dan masyarakat dgn ilmu yg dimiliki.Ilmu akhirat dan ilmu dunia.

Profesional yg ada belum mencapai tahap ulamak dan akan kita bersedia jika profesional diulamakkan sbgmana sdr faham.

nampaknya sdr cuba mentafsirkan ulamak ikut keperluan masa sekrg.Sama macam Dr Mahathir mentafsir ulamak.Bahaya besar menanti Pas jika pimpinan masa depan macam sdr.

Bertaubatlah wahai sahabatku...lot 250..

Profesional Sokong Ulamak said...

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan hanya golongan ulama profesional yang layak memegang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu pada pemilihan yang akan diadakan bulan depan.

Beliau berkata mereka yang ingin menawarkan diri bertanding jawatan tertinggi parti itu perlu bermuhasabah diri sama ada mereka benar-benar memenuhi kriteria yang ditetapkan parti.

“PAS parti pimpinan ulama. Memang dulu ulama tidak berpelajaran tapi kini ulama sudah banyak yang terpelajar dan pandai. Dia ulama dia jugalah profesional.

“Ulama dan profesional ni kita gabungkan. Dah lama dah selesai benda ni, sepatutnya tak timbul lagi isu,” katanya ketika ditemui pemberita di kediaman beliau di Pulau Melaka, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pemilihan parti bulan depan yang dijangka menyaksikan saingan sengit untuk jawatan Timbalan Presiden yang dikaitkan dengan hala tuju sebenar parti.

Penyandang jawatan, Nasharuddin Mat Isa telah mengesahkan untuk mempertahankan jawatan itu.

Antara nama yang disebut-sebut akan mencabarnya ialah dua Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Mohammad Sabu selain Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Kabar ko Lot 250....Ulama Profesional bukan Profesional...

Anonymous said...

saya rasa nak muntah dengan polemik "ulama vs profesional". Ada jugak ke orang mengaku diri dia ulama? Title "ulama" is earned because of recpect.

Anonymous said...

Kita Pas orang beriman. Ini berbeza dengan orang PKR! Kerana itu saya berpendadapat kerusi Penanti layak diberi kepada kita (yang lebih beriman)

:-)

Anonymous said...

kalau ustaz lulusan al-azhar memakai jubah tetapi bawak kerata plat dua digit macam mana?

Anonymous said...

Ramai pemimpin gerakan Islam dijadikan contoh dalam perbahasan antara Ulamak VS Profesional.

Takrif Ulamak kerana ilmu, amal dan imannya. Tetapi aku terfikir juga bahawa profesional tidak semestinya sesaorang tu keluar dari IPT atau mana Universiti.

Profesional adalah orang yang alim dan tahu dalam bidangnya. Contohnya pemain bola sepak profesional. apakah pemain bola itu kena kelaur Universiti???

Kadang-kadang kita pun terjerat sama dalam memahami istilah bahsa dan kepentingan. Sebabnya apa yang ribut berdebat antara Ulamak VS dengan Profesional???

Kepentingannya ada. Golongan yang mengatakan dirinya Profesional dah pasang angan-angan sejak khayalan pembentukan kerajaan pakatan rakyat tak jadi (16 September)yang diwar-warkan oleh Anuar Ibrahim.

kalau Anuwar tidak berkhayal nak membentuk Kerjaan, ramai YB PAS dah seronok dengan elaun ahli Parlimen saja.

Mudah-mudahan kalau menang jadi Timbalan Presiden PAS, senang lah pulok untuk jadi Menteri atau sekurang-kurangnya Menteri Besar Kelantan.

PROF. POK KOB

Profesional Sokong Ulamak said...

Kekalutan dalam Pas hari ini bila ahli dah tak lagi memahami konsep wala' kepada kepimpinan.Masing-masing cuba nak jadi jaguh dan tegakkan pendirian sendiri tanpa berpandukan kpd falsafah dan matlamat perjuangan Pas.

Lalu bermacam-macam hujah digunakan utk menegakkan pendirian masing-masing dan lebih parah lagi bila orang yg tidak mempunyai tasawur yg jelas tentang perjuangan Pas cuba bercakap hal Pas.Itu yg jadi kacau bilau bila orang macam Kickdifella, tulang Besi dan Aduka Taruna menulis.Lagi byk menulis lagi nampak mereka tidak memahami fikrah perjuangan Islam Pas.

Jadi tolong lah semua pihak menilai perkara ini.Serahkan kepada pimpinan utk menyelesaikan hal ini seblm terima bulat pandangan seseorg tengoklah latar belakang mereka dulu.

Anonymous said...

Ulamak simbol kekuatan Islam.Ulamak dianggap pewaris Nabi kerana meneruskan perjuangan menyampaikan ilmu wahyu yang diturunkan utk panduan manusia melalui Jibril kepada Nabi.

Dalam konteks PAS, ulamak harus diberi peranan besar memimpin PAS dalam semua aspek politik hinggalah pentadbiran. Kedudukan Presiden dan Timb. Presiden adalah dua kerusi eksekutif tertinggi yg bertanggungjawab memimpin percaturan politik.

afifsukri said...

bagi pendapat kawe, ulamak sepatutnya memimpin parti...kita parti asal tok lebai,,, bukan erdogan yang baru bertatih-tatih meluaskan islam...

satu lagi, kawe amat setuju dengan kerajaan perpaduan cadangan haji hadi...bukan untuk suka-suka...tetapi untuk ugutan kepada dap...kalaulah cina lebih ramai mentadbir kerajaan...maka, pas boleh berpakat dengan orang lain....kamu sepatutnya tahu cara berfikir orang cina...

bukannya membuta tuli menyokong cara politik anwar yang mana orang lain semua salah... kita semua betul...contohnya kes perak...time 16 september ajar orang lompat parti...sebelah kita takpe...tapi sebelah orang lain....semua salah.... bagi saya, ada hikmahnya rampasan kuasa di perak....

orang cina sekarang berpendapat kerajaan cina di perak dirampas oleh kerajaan melayu... untuk nizar pulak, memang patut dia mengamuk...tapi....berpada-padalah...fikirkan politik jangka panjang...

kawe bukan nak tunjuk perkauman, tapi sejarah telah membuktikan di singapura & penang... bila cina memerintah...melayu habis dihalau secara halus... fikir-fikirkanlah...

berpolitik secara berfikir masa depan... bukan kemenagan sementara.... aku peribadinya suka sangat pkr kalah di penanti,,, ajar sikit puak-puak erdogan... penting untuk muktamar nanti,,,,

Dr. Z menulis said...
This comment has been removed by the author.
Dr. Z menulis said...

Saya tak tahu level mana baru boleh digelar ulama'.
Saya pernah dengar Husam memberikan kuliah tafsir semasa saya masih di alam jemaah kampus. Sudah tentulah tafsirnya sangat cemerlang apabila membincangkan kisah burung hud-hud yang engkar perintah Sulaiman. Saya percaya tidak ramai yang digelar ulama' dan ustaz mempunyai kemampuan untuk kuliah tafsir.
Saifuddin mungkin lebih banyak pengalaman lagi semasa di kampus.

Anonymous said...

Pelik. Sungguh pelik. Pasal apa orang PAS takut kat Anwar. Anwar tu bukannya orang PAS yang dia tak boleh control, orang PKR (parti dia sendiri) pun dia tak boleh kontrol. Orang Pas cuma takut bayang-bayang sendiri sahaja. Dituduhnya sebahagian pekerja Islam sebagai proksi Anwar le, golongan liberal le, anti-ulama' le. Macam-macam lagi.

Anonymous said...

Agak-agak kalau dah digelar Ustaz, dapat lesen besar kutuk orang. Dedah masalah dalaman jemaah kat publik dianggap orang sebagai berani, tulis yang bukan-bukan dikata sayangkan jamaah, tuduh rambang dikata ?kasyaf. Kalau orang lawan kata anti-ulama'. Kalau berlaku pertandingan kata tidak wala'. Tak pernah ke fikir sebab apa ada kritikan?
Aku jugak kena wala dan taat!

noname said...

Keindahan akhlak Umar bin Abdul Aziz: Ketika diisytihar dilantik menjadi Khalifah menggantikan Khalifah Sulaiman (melalui wasiat Khalifah Sulaiman sendiri), Umar bin Abdul Aziz naik ke mimbar masjid membebaskan bai`at rakyat terhadapnya dan memberi kebebasan kepada mereka memilih pemimpin yang mereka mahu. Tetapi apabila seluruh rakyat sebulat suara tetap mahukan beliau menjadi Khalifah, Umar mengucapkan "Inna lillah wa inna ilaihi Raji'un" kerana beliau merasa mendapat musibah dan bukan rahmat dengan perlantikan itu.

Lot 250 said...

Dipetik dari sumber rasmi PAS, Harakahdaily (5 Mei)

Gandingan ulama, profesional terajui gerakan Islam - TGNA

KOTA BHARU, 5 Mei (Hrkh) - Tidak sepatutnya berlaku pengasingan di antara ulama dan profesional memandangkan dua kelompok tersebut menerajui gerakan Islam di mana sahaja sekarang.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hanya penjajah barat sahaja yang sengaja mengasingkan kelompok-kelompok tertentu seperti memisahkan antara agama dan politik.
"Sampai kita terbawa-bawa dengan isu tersebut. Bukan sekadar berlaku di Malaysia tetapi di negara Arab juga. Negara Arab dijajah Perancis. Penjajah mengasingkan agama dan politik.
"Mereka sebarkan kefahaman itu di sekolah sehingga ke universiti. Sedangkan agama dan politik adalah perkara yang satu tidak boleh diasing-asingkan," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.
Oleh itu beliau berkata, golongan ulama dan profesional merupakan orang yang sama dalam menerajui gerakan Islam dewasa ini.
"Sepatutnya tidak berlaku kekecohan seperti sekarang kerana kita sudah lama wujud gabungan antara ulama dan profesional yang mempunyai asas agama.
"Kita sudah lama gabungkan di antara ulama dan profesional. Saya tidak faham kerana apa pula timbul cerita ini," ujarnya.
Ditanya takrifan ulama hanya mereka yang mendapat pendidikan formal dalam bidang agama katanya, itu merupakan fahaman lama ketika agama Islam baru masuk ke Tanah Melayu.
(Ikuti penjelasan sepenuhnya dalam Harakah edisi cetak keluaran terdekat ini)



* Harap semua faham. X tahulah kalu masih ada orang yang nak berbelit-belit lagi dalam isu ini. Untuk semua yang mahu berbelit, berbelitlah sehingga nafsu saudara puas.

Anonymous said...

APa yang geger dan berkocok sekarang dalam PAS ialah apabila Husam nak lawan jawatan Tim. Presiden dalam PAS. Husam nak cabar Ust. Nasaruddin.

Itu isu pokoknya. Kalau orang lain tak geger pun.

Sebabnya apa????

1) Husam lebih yakin dan merai Anwar dari Hj. Hadi,
2) Husam lebih berkepentingan berbanding dengan ust. Nasaruddin
3) Ust. Nasaruddin lawan jawatan Tim. Preiden dulupun kerana projek Husam. Sebab dulu Ust. nasaruddin digelar ulamak Profesional berbanding dengan Hassan Shukri atau harun taib.
4) Husam ada banyak kes cah keting dan makan gu di Kelantan, khususnya yang seangkatan dengan dia.
5) Budaya politik wang dalam PAS dikatakan bermula dengan Husam. Tetapi suapan tidak direct kepada individu tetapi atas nama jammah atau parti.
6) Husam sudah lama impikan jawatan Menteri Besar Kelantan. Moga-moga apabila dah dapat tawan Tim. Presiden akan memudahkan Tok Guru menawarkan jawatan MB kepadanya.
7) Husam nak tunjuk ia ada idea dan otak bergeliga. Padahal Husam banyak menghabiskan duit Kerjaan Kelantan melalui projek ternakan Kambing - Jihad Ternak. Bertukar jahat ternak.
8) Husam ada mempunyai sikap ego dan hipokrit
9) Husam gagal membina syaksiah yang baik dikalangan anak-anaknya.
10) Husam mempunyai daya demdam yang lama terhadap kawan. tetapi tidak terhadap lawan.

lain-lain kau cari sendiri lah pulok. aku nak pergi Solat dah lewat ni

Lot 250 said...

sabar... semua harap bersabar. tunggulah respon MURSYIDUL AM dalam harakah terbaru Khamis / Jumaat ini.

sakgobaaa

Anonymous said...

Nik Aziz menegaskan bahawa anaknya itu seorang yang terpelajar dan tahu selok belok PAS kerana terlibat secara langsung dalam parti sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan."Terpulanglah pada Nik Abduh. Saya tegur dia satu (perkara). Saya beritahu dia, tapi saya tak nak sebut di sini. Pergilah tanya dia. Dia (Nik Abduh) ada ilmu, dia belajar di luar negeri, dia juga terlibat dengan politik, dia jadi Timbalan Ketua Pemuda Negeri, dia ada ilmu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan keras Nik Abduh terhadap beberapa pihak dalam parti termasuk para pembantu bapanya yang didakwa memberikan gambaran dan nasihat yang salah dalam isu politik.

http://pemudapc.blogspot.com/

Unknown said...

Petikan Wawacara Harakah (diambil dari tuan punya blog ini):

Baru-baru ini timbul dakwaan dalam blog kononnya Tuan Guru dinasihatkan oleh pembantu yang cuba melaga-lagakan Tuan Guru dengan Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang. Apa komen Tuan Guru?

SAYA SUDAH TEGUR ORANG TERBABIT. Hendak cari orang yang tiada silap ini tiada. Orang yang tiada silap langsung ialah kaki lepak yang tidur sepanjang masa. Kesilapan tersebut maka agama ajar suruh nasihat menasihati antara satu sama lain

abe mae said...

wei wei wei apa bising2 pasal ulama' la pro la....kalau nak sangat kepimpinan ulma mesti ulama nanti kalu MB TGNA @ dato president mati sapo gamaknya ulama yg setaraf ilmu dng mereka ni nk jadi gati...piki la sediri...yg penting p kalu profsional p;un mesti brjiwa aga warak taqwa jujur amanah sidiq tabligh ftanah mesti kalu belajar agama tinggi2pun
takdok sifat2 tersebut nak wat apa...macam MidMan wan mokhtar firdaus nk wat pe... tak payah bising2 la woi...LOT250..anda di sokong 100% = Abe mAE CERE