Sunday, September 14, 2008

YAB Tuan Guru Mursyidul Am Beri Amaran Kepada Dato' Mustafa Ali


1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.

2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.


3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.

5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.

6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.

7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.

8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?

9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.

10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.


NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 11 Ramadhan 1429
11 September 2008.

24 comments:

Anonymous said...

Salam Ramadhan.

Ucapan marah Tok Guru Nik Aziz yang pajang berjela dan melerret ini bukan yang asli. Kalau Tok Guru tegur pun hanya sebaris dua , bukan semacam cerpen pendek ini,.

Sebenarnya komen yang panjang berjela ini ditulis ooleh Anual Bakri (SU Politik) Menteri Besar. Saya berpendapat tidak wajar seorang SUP menokok tambah isu atau apa-apa perbezaan pendapat sesama pimpinan dalam jamaah.

Anual Bakri ibarat keling boleh gandum, diuli-uli, dipenyet-penyet jadi Roti Canai. Sepatutnya tugas sebagai SUP tidak sampai keperingkat itu.

SZeingat saya semasa Mukhtamar di Ipoh, Perak. Pengerusi tetap umukan Tok Guru Mursyidul Am nak lancarkan buku karangannya. Tetapi entah macam mana buku tidak 'terlancar' kerana kesilapan skrip. Lancar buku tak ada adalam agenda majlis perasmian Mukhtamar.

Buku 'Kemucup dalam Perjuangan' sebuah buku hanya mengambil petikan akhbar dan nukilan dari blog beberapa penulis antaranya Dato' Husam Musa. Untuk makluman saudara saya hujah begini.

1) Tajuk buku itu, adalah tajuk buku lama semasa pergeseran Tok Guru dengan Dato' Asri dulu (Anual Bakri) belum jadi ahli PAS mungkin.
2) Tak munasabah buku tuylisan Tok Guru mengambil beberapa tajuk menyiarkan pandangan dan penulisan Dato' HUsam sebagai bahan penerbitannya. Tak kan idea Tok Guru begitu kering sekqali. Kalau setakat rujukan mungkin boleh dimaafkan. Tetapi keseluruan rencana dan beberapa siri penerbitan adalah tak munasabah.
3) Tugas SUP MB nampaknya hanya menulis, menerbit dan meniaga buku dan bahan tulisan beliau dan disandarkan kepada Tulisan atau Kupasan oleh YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagai kata pengantar.

Saya merasakan semua pihak berhentilah mempolimekan isu dalam secara terbuka. Saya terpaksa meresponkan isu ini kerana media kita, termasuk ahli kita sekarang (Harakah) adalah medan untuk menjatuhkan sesama sendiri. Asalkan tidak bersetuju dengan nafsu dan agin kita.

Isu nya bukan apa kerana kita bersetuju dengan seorang manusia yang diberi nama Anuar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia pada 16 September ini, kita anak beranak berbalah dan bergasak sesama sendiri.

Kerana Anuar Ibrahijm, adakah kita sanggup hancurkan Pas?

NAFSU JIHAD SUDAH MATI

Lot 250 said...

Salam

Boleh rujuk harakah (15 September) baru. Takkan harakah pun tipu?

Anonymous said...

Empunya LOt 250.

Harakah menyiarkan 2 muka tulisan (yang dikatakan murka Tok Guru).. Apa yang salam sebut tulisan yang berjela itu ditulis oleh Anual Bakri. Ayat asal 16 patah. sekarng SUP tambah dah jadi 16908 patah perkataan.

Lot 250 said...

Setakat ana maklum, no. 1 hingga 10 telah dirujuk & dipersetujui oleh YAB Tuan Guru Mursyidul Am

Anonymous said...

Saifuddin,

Selain dari murka Tok Guru kepada anak buahnya, sila lihat komentar yang ditulis oleh sayuti omar dalam blognya.

Mustapa ali bukan musuh kita. BN musuh kita. Amerika dan agen-agenya di Malaysia adalah musuh kita.

Jangan marahkan bini kita didalam kedai Berek 12. Orang luar tengok malu lah kita.

Lot 250 said...

Bagi ana, Cikgu buat salah secara terbuka.... Maka wajar bagi ana jika Tok Guru tegur secara terbuka.

Mungkin nasihat ni, kekadang dengan 'gosok bahu', tetapi kekadang kena jugak 'sekeh kepala'

Anonymous said...

tok payoh dok mengarut lah ....
demo nok jadi supo puok puok ameno ko...
kalu ado silap tu gak wak biar lah wehhhhh.
tok reti reti lagi koh....
doh stopa gi kecek lagutu dale maso tok keno...
nok buat guano..
wak suruh puok puok ameno suko lah tu wehhhhhhhhhhhhh...

Lot 250 said...

Sabar2.... bulan ramadhan ni. sabar2

Anonymous said...

Roh dan inti pati teguran Tuan Guru adalah berkaitan dengan sikap menolak keputusan Muktamar dan perlanggaran ini dilakukan oleh seorang berstatus Pesuruh Jaya Negeri adalah satu kesalahan besar, serius dan telah menimbulkan huru hara dalam Parti. Apapun komen yg diberi, jangan melampau dan lari dari tajuk. Saya menyokong penuh teguran Tuan Guru, semoga budaya kurang ajar dengan keputusan Muktamar/parti akan ditolak dari menjadi budaya kita.

Anonymous said...

Wahhhhh.......... PAS dah semakin herot pekot menjelang detik 12 malam 16 SEPTEMBER 2008 , Malaysia di bawah kepimpina baru PAKATAN RAKYAT yang diketuai Anuar Ibrahim............

Sapa lagi kalau tidak Anual Bakri haron (SUP MB) yang mengarang ucapan lisan TGNA hanya 10 patah, ditokok tambah menjadi cerpen sebanyak 16908 patah perkataan.

Setiausaha Politik MB Kelantan akan menjawat jawatan baru mulai 12.01 minit pagi 16.09.08 apabila YAB Dato' Husam Musa ditabalkan sebagai Senator (Ganti tempat Zaid Ibrahim) dan sekali gus dilantik sebagai TIMBALAN PERDANA MENTERI (1) Mewakili kaum Melayu.

Sebab Wakili Kaum China (Lim Kit Siang) Kita akan ada 5 TPM.

September 15, 2008 6:30 PM

Anonymous said...

Eh.............. Bangun semua hari ni dah 16 haribulan september. Amacam dah berubah ke PM kita, dah bertukar ke Kerajaan Kita???

Alahai Tok Guru... Mustapha Ali hanya komen 16 September Anuar Ibrahim tak boleh jadi PM Kerajaan Pakatan Rakyat kerana ada beberapa teknikal.

Tok Guru dah balun sakan. Berhujah dah tak pakai ayat atau hadis. Macamana gelaran Mursidul Am PAS ni. Dah lupa ayat hadis, ke mentang-metang syok pada Anuar Ibrahim?

Tok Guru Nik Aziz tidak maksum.

Anonymous said...

kenapa kita hanya nampak cikgu pa saja yang menolak keputusan muktamar.??

Kenapa kita tak pertikai TGNA menolak keputusan syura?

Jangan jadi 'bengon'kerana kita teruja dengan kerajaan baru(16 sept)
kenyataan cikgu pa & TGNA ada kebenaran belaka,kenapa ada percnggahan ,kenapa tidak di bincang bersama?

PAS jadi kelam kabut kerna Anwar,ini yang jadi persoalan?

Adakh PAS sudah hilanng keyakinan pada gerakan islam yang selama ini di perjuangkan.

Adakah PAS tidak lgi yakin dengan ulama'

Adakah PAS tidak lagi yakin dengan umat islam yang menyokong kita.

PAS KENA KEMBALI KE MATLAMAT ASAL PERJUANGAN,JANGAN KITA MEMUJA KEPADA KEPENTINGAN INDIVIDU SEHINGGAKAN JEMAAH HANCUR.....

Lot 250 said...

Salam.

Baca penuh komen Cikgu Pa, jangan amik sekerat2. Jangan ulang benda2 yang tidak tepat....

Salam

Anonymous said...

Saya bersama empunya blog Lot 250. Anuar Ibrahim lebih islam daripada PAS malah pemimpin-pemimpin utama PAS. Pengalaman semasa mengepalai ABIM, bahkan semasa dalam Kerajaan Barisan Nasional, Anuar Ibrahim lah tokoh Islam yang utama dalam Kerajaan.

Proses mengislamkan Malaysia bermula dalam Kerajaan semasa era kepimpinan Anuar Ibrahim sebagai TPM.

Lot 250 said...

Salam.

jangan nak buat jerangkap samar di bulan ramadhan ni.

Anonymous said...

Salam 916.....

TAHNIAH & SELAMAT MEMERINTAH KEPADA KEPIMPINAN BARU NEGARA 'REPUBLIC OF MALAYSIA'

TERUTAMA KEPADA:
YAB.PERDANA MENTERI:DATUK SERI ANWAR AL-JUBURI

BERSIH,TELUS DAN TIADA CAMPURTANGAN

Anonymous said...

ehh.....!!!!

dah boleh mrintah ke?

macam tak caya je....

Memang tak caye.......pembohong.auta...

abih tu bila plk.......

katanya 25 okt plk..!!!!

hidup NUAR.!!!!!

Anonymous said...

Masyaallah.

Kenapa dah jadi begini??
Ini bukan gajah sama gajah berperang pelanduk mati di tengah. Tetapi dah bertukar menjadi Harimau kurus nak panjant pokok, tetapi terpaksa naik belakang musang

Lot 250 said...

insyaAllah, kerajaan BN akan tumbang jugak dalam bulan RAMADHAN ni. InsyaAllah! Allah Maha Kuasa.

Doa, Wait & See

Anonymous said...

kalau cikgu pa salah,kenapa tak pangil tegoq,yang pi maghah kat surat kabar apasal?habih satu melaya tau PAS dok gaduh sama sdiri.....malu kat budak je!!!!

tokguru pun satu buatlah cra orang tua ,Tegoq elok2

ibnmustaffa said...

Assalammualaikum wbt.

Ustaz. Hamba rasa, kita blogger dari jemaah PAS janganlah keluarkan artikel2 yg boleh menjurus kepada perpecahan jemaah.

Kita buat rilek je ustaz. Biasalah ada berbeza pendapat. Semasa dahulu, beza pendapat antara pimpinan tidaklah sehingga boleh keluar kepada umum begini.

tapi sekarang, semenjak hendak memerintah ini, kelam kabut jadinya. tetapi yg mengkelam kabutkan adalah kita sendiri, para blogger. Hendak sgt tunjuk pendapat masing2.

Macam intelek sangat kita ni. termasuklah hamba, macam bagus je hamba ni. sebenarnya kepimpinan kita tidak 'bersengketa' seteruk yg ditunjukkan.

kita jangan jadi batu api. berdosa besar. haram. hamba tahu ustaz bukan hendak menjadi batu api, tetapi tindakan kita kadang2 tersilap langkah sehingga menyebabkan tanpa disangka2, artikel kita telah dianggap pembaca sebagai lompatan ke arah batu api. Bahaya, bahaya.

Lot 250 said...

Ana bukan ustaz ek. org biasa.

Ana keluarkan kenyataan Tok Guru. dan Tok Guru dikhabarkan mengulanginya dalam ucapannya di taman melewar.

Salahkan ana meletakkan kenyataan Mursyidul Am ana di blog ana?

ibnmustaffa said...

tak salah syeikh. Syeikh memang tidak salah.

Harap ukhuwah persahabatan antara jemaah kekal kukuh.

Maafkan hamba jika komen hamba menyakitkan hati ustaz. Ianya hanya pendapat peibadi hamba yang tidak pandai ini....

Anonymous said...

COMFIRM...COMFIRM

ISU PERTUKARAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PAD 16 SEPTEMBER 2008 ADALAH ISU YANG DIGEMBAR-GEMBURKAN, DIGEGERKAN KESELURUH NUSANTARA BUMI MELAYU, SEBENARNYA APA....

DSAI NAK TUTUP KES LIWAT BERSAMA PEMBANCUH KOPINYA (SAIFUL) KES INI AKAN DIBICARAKAN PADA 24 SEPTEMBER 2008.

HARI SEBELUM INI, HARI INI,DAN HARI ESOK (SEBELUM 25/9) ORANG SUDAH TIDAK KISAH DSAI LIWAT SAIFUL, TETAPI ORANG RIUH BERBICARA KERAJAAN 16 SEPTEMBER.

INI KISAH MACAM CERITA IBU MENGORENG BATU BAGI MENGALIH ANAK YANG LAPAR SUSU.

SDR. EMPUNYA BLOG. JANGAN TERPENGARUH BUTA MEMPERCAYAI PEMIMPIN ORANG, HANG KANG PETUGAS PAS YANG KOMITED.

(MAMAT ANAK MAAIL)