Wednesday, September 17, 2008

4 Cadangan Untuk Menyelamatkan UMNO?

Jika aku Presiden UMNO, aku akan lakukan 4 perkara ini…. :

1. I.S.A.kan DSAI dengan apa jua alasan!
    1. Ini mungkin akan membantu melemahkan Pakatan Rakyat. Tanpa DSAI, kerjasama pakatan rakyat mungkin akan menjadi tidak terurus….?
    2. Akan memberi kegerunan kepada MP-MP yang berhajat melompat/berhijrah kepada Pakatan Rakyat…..?
2. I.S.A.kan 10 YB ini….
    1. YB Saifuddin Nasution
    2. YB Azmin Ali
    3. YB Gobalakrishnan
    4. YB Dato’ Seri TG Hj Hadi Awang
    5. YB Dato’ Husam Musa
    6. YB Hj Mohamad Sabu
    7. YB DR Hatta Ramli
    8. YB Solahuddin
    9. YB Lim Kit Siang
    10. YB Tian Chua
* Sebaik-baiknya, jangan banyakkan tangkapan dikalangan pemimpin masyarakat Cina, kerana keberanian masyarakat ini sekarang diluar jangkaan….?
* Mungkin ini boleh memberi pimpinan UMNO tumpukan permasalahan dalam parti ?
* Mungkin Pakatan Rakyat akan lebur…..?

3. Pak Lah mesti berundur sekarang (bukan hanya tukar kementerian)…!
    1. Ini mungkin akan meneutralkan balik sokongan dan keutuhan UMNO yang nampak sekarang menjadi haru biru…..?
    2. Kerana kegagalannya mengekang DSAI. Jika sekarang Mahathir yang menjadi PM, aku rasa tindak tanduk DSAI tidak sebebas sekarang dan aku rasa Najib ni akan bertindak hampir sama dengan Mahathir, malah mungkin lebih dahsyat lagi….?



4. Timbulkan suasana yang tidak tenteram dalam masyarakat. Dengan kekalutan yang timbul, mudah untuk kerajaan mengambil tindakan yang nampak akan menjadi ‘halal’… Emmm Darurat? Mungkin ide yang bagus…..



Tapi kerana aku ini orang PAS dan menyokong keutuhan Pakatan Rakyat. Aku rasa semakin zalimnya UMNO, ia semakin menghampiri saat-saat keruntuhan…… Mungkin telah menjadi sunnah …?

4 comments:

Anonymous said...

PANDANGAN YANG SILAP.

SEPATUTNYA PAK LAH MENCUBA FORMULA INI :

1) LAWAT TOK GURU NIK AZIZ DI KELANTAN, BATALKAN ISLAM HADHARI, LULUSKAN SEGERA PERUNTUKAN KEPADA KELANTAN.

2) HAPUSKAN JPP. KONDUSIFKAN SUASANA POLITIK ANTARA PAS DAN UMNO. DAN MENGAKU UMNO AKAN MASUK PAS, BUKAN AJAK PAS MASUK UMNO.

3) SEBAB TOK GURU ACAPKALI KATA, JIKA UMNO LAKSANAKAN ISLAM, PAS KITA AKAN BUBAR.

4) KALAU TOK GUTU TAK BUBAR JUGAO. ALAMAK TOK GURU PEMBOHONG.

5) SDR. INGATKAN. TOK GURU PERNAH SEBUT DENGAN SYAITAN PUN NAK BERKAWAN, TAK'KAN DENGAN UMNO TAK BOLEH BERKAWAN.

6) SELEPAS TU, TARIK LAAA, MANA-MANA MP KEADILAN YANG BERJIWA ISLAM JOINT SEKAKI. SEBAB RAMAI MP KEADILAN YANG TIDAK ISLAM.

blogkelate said...

Caro ko 5

ISAkan Kamal Khatib
Kesalahan- Berpakaian Hasutan
* Habis semua kain pelikat buat baju Melayu.
(Menaikkan sentimen MELAYU melebihi kaum lain - sentimen perkauman)

Ha ha..

Anonymous said...

KL: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam menolak tuntutan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, agar Parlimen mengadakan sidang tergempar Selasa ini untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kerajaan.
'Saya tidak nampak keperluannya kerana Parlimen akan bersidang selepas Ramadan,' kata Abdullah kepada pemberita selepas mempengerusikan satu mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC semalam.

Parlimen dijadual bersidang semula pada 13 Oktober ini.

Abdullah juga berkata beliau tidak ada rancangan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 'terhadap Anwar atau sesiapa pun'.

Sebelum itu, Anwar berkata beliau telah menghantar surat kepada Abdullah supaya mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinannya, selewat-lewatnya 23 September ini.

Seorang peguam dan pakar perlembagaan berkata Anwar tidak boleh memaksa Parlimen bersidang.

'Itu kuasa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri,' kata Shad Saleem Faruqi kepada agensi berita Reuters.

Anwar kini mempunyai satu pilihan sahaja, yakni menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, untuk membuktikan beliau mempunyai majoriti dalam Parlimen.

Faruqi berkata Yang di-Pertuan Agong 'boleh menggunakan pengaruhnya untuk memujuk Perdana Menteri mengadakan sidang Parlimen'.

Anwar berkata keputusan itu hanya akan dibuat selepas mesyuarat Pakatan Rakyat.

Abdullah semalam menegaskan bahawa sebarang perubahan pada pelan peralihan kuasa akan beliau bincangkan dengan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum dibawa kepada makluman Majlis Tertinggi. / Agensi

Anonymous said...

hahaha...
kalo pak lah bwat no 1 dan no 2 tu, alamatnya bungkuslah pak lah...
kalo die tangkap dsai sorg, entah2 nnti lg spuloh org dsai yg bangkit lepas ni...
pening kapla lg mat ngantuk itu....