Sunday, July 6, 2008

Kecewa Dengan Himpunan Sejuta Rakyat!

Tepat jam 9.45 pagi aku & isteri sempat tiba di perkarangan Stadium MPPJ, Kelana Jaya. Orang ramai masih berderu-deru untuk memasuki ke dalam stadium & tidak henti-henti memekik dan takbir untuk menghangatkan suasana himpunan sejuta ini.

Tiba saja di pintu masuk (belakang astaka) hatiku rasa sedikit terkezut melihat satu set lengkap peralatan muzik (siap ada gitar karan) yang tersedia diatas pentas. tetapi aku masih lagi memadmkan perasaan. sejurus masuk ke stadium, aku terus masuk ke dalam padang untuk berada di depan stage utama. mulai disitu jiwa aku memberontak, ini bukan demonstrasi yang aku nak. ini hanya himpunan + ceramah + hiburan. di dalam hati program ini pasti gagal. Esok (7 julai) akhbar mainstream mungkin akan hentam habis-habisan mengenai program ini.

15 minit diatas padang, aku terus mengajak isteriku naik di atas tempat duduk penonton, kerana suasana terasa agak hambar. hampir 20 minit melihat aksi-aksi hadirin yang hadir, aku terus mengajak isteriku keluar dari stadium sambil2 menikmati suasana tenang di tasik yang berdekatan stadium tersebut. Sambil2 makan, dari luar stadium, aku terdengar muzik & nyayian sedang berlangsung.....Perasaanku menjadi hancur!. melihat wajah isteriku yang sugul, menyebabkan aku terasa bersalah, kerana beliau terpaksa mengambil cuti untuk turut bersama-sama menjayakan himpunan sejuta rakyat ini.....

Aku dapat bayangkan jika orang yang hadir keluar beramai-ramai ke jalan raya, ia mungkin akan memberi satu kesan & natijah yang cukup positif (walaupun ia mungkin merbahaya). malah aku rasa kesannya lebih baik dari Himpunan BERSIH pada 10 november lepas. tetapi yang terjadi hanyalah memekik di tempat tertutup. aaaaaaahhhh pilunyaaa......

Hari ini, terkezut & sedih jugak membaca akhbar-akhbar yang mengulas mengenai himpunan tersebut. Mungkin himpunan ini dirancang untuk melibatkan semua golongan, tetapi ia perlu berhati-hati.....

Semoga para pimpinan PAS & Pakatan Rakyat Umumnya perlu mengkaji balik program-program yang akan dilaksanakan. Jangan 'terlalu terbuka' tetapi jangan 'terlalu syadid'

1 comment:

Snowflake said...

Assallamualikum
Saya kesini selepas membaca artikel sdr di TKO. Entah kenapa saya tersebak apabila sdr menyentuh tentang kesungulan wajah isteri tersayang.
Pada pendapat saya, sekiranya HSR itu betul betul tidak dapat mencapai "mission" sebenarnya, seperti apa yang dikata sdr, mereka perlu membuat "homework" yang menyeluruh dan seharusnya berperanan profesional. Tetapi sekiranya ada unsur unsur provokasi dari mana mana pihak, itu hanya Allah yang dapat membalasnya.
Wassallam