Friday, May 30, 2008

Sekat Anwar & Hancurkan Mahathir

Sehari dua ini, tumpuan media dan orang ramai tertumpu kepada tragedi kembalinya Ezam kepada UMNO. Riuh rendah dibuatnya tak kira dalam atau luar UMNO. Kadang-kadang terasa geram & rimas juga.

Tetapi setelah membaca tulisan Mohd Rashidi Hassan dalam Harakahdaily yang bertajuk “Ezam Ibarat Ayam Jantan Yang Gah Berkokok Tetapi Ekornya Dipenuhi Najis” banyak menyedarkan siapa sebenarnya Ezam Mohd Noor. Hubungan sulit beliau dengan Khairy kian ada benarnya. Tahniah buat sdr. Lutfi Othman atas sikap hati-hatinya terhadap Ezam!

Walaubagaimanapun semalam, berita Ezam masih menjadi dan mendapat perhatian ramai. Ramai rakan seperjuangannya mengikut jejak beliau. Mengapa & kenapa beliau memasuki UMNO, sudah dijelaskan. Samada karut atau tidak alasannya, saya malas untuk mengulasnya.

Yang pasti, dalam sidang akhbar Ezam semalam, fokus utama yang digambarkan ialah ketidakpercayaan beliau kepada Anwar. Tetapi saya tidak ingin mengulas perkara tersebut. Yang saya seronok ialah apabila beliau melahirkan kesediaan untuk bertanding Ketua Pemuda UMNO (walaupun dinafikannya hari ini). Ia seperti menepati andaian awal nawaitu sebenarnya mengapa beliau kembali kepada UMNO, iaitu SEKAT ANWAR & HANCURKAN MAHATHIR.

Mukhriz seperti menggelabah & memahami situasi ini. Najib walaupun kelihatan ceria, tetapi dengan sikap penegasan Muhyiddin supaya keahlian Ezam dibincangkan dalam MT UMNO menggambarkan keadaannya. Hubungan Najib-Muhyiddin tidak dapat dinafikan lagi. Isu perkataan ’peralihan kuasa’ yang dilafazkan oleh Muhyiddin membenarkan telahan orang ramai mengenai ’hubungan cinta’ beliau dengan Najib.


Road Show

Ezam melahirkan keazamannya untuk melakukan Road Show keseluruh negara bagi menerangkan mengapa beliau kembali kepada UMNO. Semalam saya sempat makan malam di Restoran Tarbush dan meminta reaksi YB Ustaz Baihaki (Ketua Penerangan PAS Kelantan) mengenai perkara ini. Jawapannya selamba... road show Mahathir (mengapa beliau keluar UMNO) mungkin akan lebih mendapat perhatian rakyat daripada road show Ezam (mengapa beliau masuk UMNO)….

(YB Baihaki & Anaknya Atiqullah )

Yang pentingnya, setakat ini tidak boleh dinafikan UMNO telah berjaya mengalihkan pandangan rakyat daripada membicarakan kekalutan yang menimpa UMNO. Pandangan sekarang teralih dengan melakukan serangan kepada Anwar & PKR.

‘Line-Up’ Baru Politik

Mungkin Anwar turut menyedari situasi ini. Nak tak nak Anwar mesti membina ’line-up’ baru politik untuk memastikan gerombolan ombak untuk menggantikan kerajaan pusat tidak tergendala.

Anwar sewaktu diwawancara Bloomberg Television semalam berkata ”Jika saya sudah benar-benar pasti tentang kelayakan saya(bertanding dalam pilihanraya), saya akan memilih untuk berbuat demikian seberapa segera”. Ia seperti menggambarkan Anwar cukup memahami situasi politik sekarang dan tidak mahu jalannya ke Putrajaya dipintas.

InsyaAllah kesegeraan Anwar bertanding, memungkinkan perubahan kerajaan pusat tidak akan dapat dihalang lagi. Gerombolan ombak yang kelihatan terhenti ekoran mainan media mengenai Ezam, mungkin dapat diatasi dengan reaksi Anwar ini.

Yang keduanya, PAS pasti menarik lafas lega dengan reaksi tersebut. Masalah cadangan pelantikan Wan Azizah sebagai PM seperti mengundang pelbagai reaksi berbeza didalam PAS. Walaupun pelantikan wanita sebagai PM mempunyai pandangan yang berbeza dikalangan ulama’ tetapi kebanyakkan ahli PAS masih sukar menerima ‘keadaan’ ini.


Kukuhkan Pakatan

Semakin hari, semakin menarik. Keutuhan kerajaan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri seperti tidak dapat digoncang lagi. Yang menanti sekarang, adakah langkah ke Putrajaya akan menjadi semakin dekat atau semakin jauh.

Sekarang bukan masa lagi untuk mencurigai diantara parti dalam Pakatan Rakyat, yang penting sekarang persepakatan Pakatan Rakyat di saat-saat UMNO meniti penghujung hayat mesti perkukuhkan.

5 comments:

Anonymous said...

ezam adalah senjata rahsia Tun Dr. Mahathir,kita tunggu dan lihat anwar sudah kena kini giliran paklah pula

Anonymous said...

Dulu Anwar takut dengan mahadey, dia tidak pernah mencabar mahadey membuktikan sebab dia dipecat. Selagi dia tidak cabar mahadey, nuar akan selamat kerana mahadey tidak seburuk yang kita sangka, dia masih mahu menutup aib anwar dengan tidak mendedahkan sumber maklumatnya tentang salah laku sex anwar. Tetapi Tun Haniff lebih banyak tahu dan mmg sudah lama tahu sebelum mahadey. Untuk lebih selamat, anwar awal awal lagi memaafkan mahadey.

Musuh keduanya ialah kawan tennisnya yang telah pun mendedahkan sedikit buruk laku seksual Nuar. Cari kenyataan ini dlm you tube. Itu cuma sedikit dan anwar pun dah siang siang kata dia tidak bermusuh dengan nallakarupan, harapannya supaya Nalla tidak mendedahkan topengnya selama ini.

Kali ini, Ezam mengukuhkan barisan saksi yang sangat rapat dengan anwar. Dia ada bukti tentang dana/sumbangan yang diterima PKR, dan dia punya maklumat penyelewengan dan penipuan ttg dana tersebut.

Mahukah Anwar diaibkan kali kedua oleh kerenanya sendiri??

Mungkinkah kemasukan Ezzam adalah tanda berjayanya mahadey melakukan pancingan, sehingga kini peluang anwar menjadi PM semakin tipis.

Permainan catur ini baru sahaja bermula, siapakah bakal yang akan di 'checkmate' kan???

Lot 250 said...

Ezam mungkin juga boleh dikatakan senjata mahathir. tetapi boleh juga tidak. lihat kepada reaksi Mukhriz, seperti mengggambarkan sesuatu. Kita Lihat dan tunggu.

Tuduhan seks kepada Anawar telah lama berlalu. memang terlalu banyak bukti kukuh. Sehingga tilam pun dijadikan saksi. Jika saudar melihat, tiada bukti kukuh pun yang boleh mesabitkan Anwar dengan seks. Bukan saya menyebelahi beliau. tetapi jika rujuk ketika perbicaraan, melihat tarikh kepada peristiwa, 10 kali bertukar. sungguh nakal & menggelikan.

Kalau Mahathir ada bukti pun, pastinya bukti yang dikemukakan dulu tidak senakal & menggelikan sperti yang telah tercatit.

Mengenai Ezam, dakwaan & tuduhan Lokman Nor Adam pada tahun 2004 pun masih belum terjawab.

Yang pasti, pusingan roda yang menunjukkan kejatuhan UMNO belum lagi jatuh kewah, ia hanya mellaui titik 3. InsyaAllah, titik 4, 5 & akhirnya 6 akan menyusul. Amiiinn

annasru said...

dlm banyak2 yg awak komen saya nak tanya 3 pekara
1. sapo hok sekali nga mukhriz tuh
2. apo kaitan ahmad atiqullah dlm tulisan nih
3. bakpo anwar dakap azizah nyoh

annasru said...

Dalam banyak2 yag awak tulis saya nak tanya 3 perkara
1. sapo hok skali nga mukhriz tuh
2. apo kaitan ahmad atiqullah dalam tulisan nih
3. bakpo anuar dakap azizah nyoh