Thursday, October 2, 2008

Ulama’ vs Profesional ?

Entah kenapa, sekarang telah bermula bibit yang kurang elok diantara golongan yang dianggap ulama dan yang dianggap profesional didalam PAS. Sedangkan bagi aku, kedua-dua golongan ini perlu di’gaul’ dengan sebati untuk memantapkan PAS.


Bagi aku, Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) cukup sedar dengan keadaan ini. Kalau tak silap, sebelum berlangsungnya Muktamar Tahunan PAS Kali Ke 51 (Tahun 2005), TGNA pernah mengeluarkan kenyataan “semua ahli PAS adalah ulama, cuma yang membezakan mereka ialah tahap ilmu masing-masing”.


Dan bagi aku, kenyataan tersebut dikuatkan dengan satu petikan (dalam blog Ust Nik Abduh) dialog yang TGNA menjyebut “Bagaimana mereka boleh memisahkan antara kepimpinan Islam dengan kepimpinan ulama?”


Bagi aku, ia memberi makna, kepimpinan Islam itu adalah Kepimpinan Ulamak dan Kepimpinan Ulamak itu adalah Kepimpinan Islam.


Sebentar tadi (2 Syawal), aku juga menyertai program bersama anak perantau (saje meluangkan masa, walaupun aku bukan anak perantau…) di PUTIK. TGNA sekali lagi menyatakan di Kelantan telah diwujudkan Ma’ahad Tahfiz Sains yang bukan sahaja mengajar ilmu Islam tetapi juga mengajar ilmu seperti komputer, kedoktoran dan sebagainya.


Beliau membayangkan 20 tahun lagi di Kelantan, para ustaz di Kelantan tak segan mengajar matematik dan para guru matematik pun tak segan mengajar ilmu agama (tahap masing-masing). Itulah harapan TGNA terhadap apa yang telah dilakukannya di Kelantan.


Jika dilihat kepada ketiga-tiga kenyataan TGNA, sepatutnya tiada lagi pertembungan antara ulamak dengan profesional.


Sekiranya orang mendakwa dirinya itu ulama berada di atas, beliau sepatutnya dibantu oleh orang yang mendakwa dirinya profesional. Jika takdirnya orang yang mendakwa dirinya itu profesional berada di atas, sepatutnya beliau dibantu oleh orang yang mendakwa dirinya ulama.



Terbayang juga betapa indahnya kepimpinan HAMAS di Palestin. Pernah suatu ketika dipimpin oleh Syeikh Ahmed Yassin (yang dikategorikan sebagai ulama’) dan pernah juga dipimpin oleh Dr Abdul Aziz Rantisi (seorang lulusan dibidang perubatan kanak-kanak/pediatrik).


AlhamduliLlah, setakat aku terlibat dengan PAS di Kota Bharu, banyak ilmu agama yang aku perolehi dari insan yang bernama Ust Ja… kadang-kadang ada juga ilmu agama datang dari insan yang bernama Dr Rosli. Kekadang aku juga banyak menerima ilmu kesihatan dari Dr Rosli (tambahan pula dia seorang doktor), tetapi banyak juga aku perolehi ilmu kesihatan ini dari Ust Ja (terutama mengenai penyakit darah tinggi dan kencing manis). Yang paling penting, apa yang dinyatakan oleh kedua-dua sahabat aku ini setelah dinilainya adalah betul.


Bagi aku, samada dia ulama’ atau profesional… yang paling penting beliau adalah PEJUANG ISLAM, dan yang perlu dilihat ialah tindakannya. Jika tindakan dan hujahnya betul, terimalah…. walaupun ia berlatarbelakang bukan bidangnya.


Jadi sekiranya, masih ada insan-insan yang bertindak seperti ‘undur kebelakang’, ia perlu kehadapan semula. Samada orang itu yang mendakwa dirinya ulama’ terasa terancam dengan kehadiran profesional, atau golongan profesional yang terancam dengan sikap orang yang mendakwa dirinya ulama. Tambahan pula, didalam PAS kepimpinan ulama itu merujuk kepada wujudnya Majlis Syura Ulama’


Jika yang menimbulkan perkara ini (ulama’ vs profesional) adalah orang bawahan, tidak mengapa…. tetapi jika ia ditimbulkan oleh mereka yang berada di saf kepimpinan…. bagi aku satu perkara yang menyedihkan.


Jadi bagi aku kebimbangan mengenai pertembungan antara profesional dengan ulama ini sepatutnya diketepikan. Yang bertembung sebenarnya adalah dari segi PENDEKATAN. Tetapi kedua-duanya aku yakin, NAKKAN ISLAM MEMERINTAH.


Wednesday, September 17, 2008

4 Cadangan Untuk Menyelamatkan UMNO?

Jika aku Presiden UMNO, aku akan lakukan 4 perkara ini…. :

1. I.S.A.kan DSAI dengan apa jua alasan!
    1. Ini mungkin akan membantu melemahkan Pakatan Rakyat. Tanpa DSAI, kerjasama pakatan rakyat mungkin akan menjadi tidak terurus….?
    2. Akan memberi kegerunan kepada MP-MP yang berhajat melompat/berhijrah kepada Pakatan Rakyat…..?
2. I.S.A.kan 10 YB ini….
    1. YB Saifuddin Nasution
    2. YB Azmin Ali
    3. YB Gobalakrishnan
    4. YB Dato’ Seri TG Hj Hadi Awang
    5. YB Dato’ Husam Musa
    6. YB Hj Mohamad Sabu
    7. YB DR Hatta Ramli
    8. YB Solahuddin
    9. YB Lim Kit Siang
    10. YB Tian Chua
* Sebaik-baiknya, jangan banyakkan tangkapan dikalangan pemimpin masyarakat Cina, kerana keberanian masyarakat ini sekarang diluar jangkaan….?
* Mungkin ini boleh memberi pimpinan UMNO tumpukan permasalahan dalam parti ?
* Mungkin Pakatan Rakyat akan lebur…..?

3. Pak Lah mesti berundur sekarang (bukan hanya tukar kementerian)…!
    1. Ini mungkin akan meneutralkan balik sokongan dan keutuhan UMNO yang nampak sekarang menjadi haru biru…..?
    2. Kerana kegagalannya mengekang DSAI. Jika sekarang Mahathir yang menjadi PM, aku rasa tindak tanduk DSAI tidak sebebas sekarang dan aku rasa Najib ni akan bertindak hampir sama dengan Mahathir, malah mungkin lebih dahsyat lagi….?



4. Timbulkan suasana yang tidak tenteram dalam masyarakat. Dengan kekalutan yang timbul, mudah untuk kerajaan mengambil tindakan yang nampak akan menjadi ‘halal’… Emmm Darurat? Mungkin ide yang bagus…..



Tapi kerana aku ini orang PAS dan menyokong keutuhan Pakatan Rakyat. Aku rasa semakin zalimnya UMNO, ia semakin menghampiri saat-saat keruntuhan…… Mungkin telah menjadi sunnah …?

Tuesday, September 16, 2008

Meniti Hari Perubahan.....

"Langkah PAS semakin diperhatikan. Posisinya dalam Pakatan bertambah penting. Silap perhitungan, deraan sejarah selalunya keras.

Kebijaksanaan mengatur gerak amat dituntut, selain melihat harapan menggunung rakyat yang mahu mencipta sejarah kedua selepas tsunami 8 Mac" - Lutfi Othman