Monday, September 28, 2009

Surat Buat YB Lim Guan Eng


Saifudin bin Ibrahim
(No. KP : 760702-03-5999)
Lot 250 Kampung Pintu Gang,
15100
Kota Bharu,
Kelantan.

9 Syawal 1430 /
28 September 2009

Ke Majlis :
YAB Lim Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang

Merangkap Setiausaha Agung DAP

YAB,

BERITA PALSU DI PULAU
PINANG


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan saya seperti nama di atas merupakan salah seorang penyokong kepada Pakatan Rakyat.


Awal kalam, saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada YAB yang telah berjaya menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sehingga kini hampir mencecah 2 tahun tanpa dipalitkan dengan isu-isu yang kritikal. Walaupun ada beberapa isu diputarbelitkan, Kerajaan Pulau Pinang dapat menangani dengan cara yang baik. Tahniah sekali lagi diucapkan.

Pada 8 Syawal 1430 / 27 September 2009, saya dikejutkan dengan berita yang mengatakan TAKBIR RAYA DIHARAMKAN DI PULAU PINANG. Berita ini telah disebarkan dengan pelbagai cara dan antaranya melalui facebook dan link kepada berita tersebut ialah http://www.wenkt.com/blog/apabila-takbir-raya-diharamkan-di-pulau-pinang/. Antara petikan artikel tersebut ialah :


“Malam Hari Raya lalu , satu berita menyedihkan telah diterima dari Permatang Pauh di masjid Sungai Rambai. Polis telah mengarahkan supaya masjid berhentikan takbir raya kerana melebihi jam 12 tengah malam. Ini juga pertama kali dalam sejarah negara yang berlaku di Pulau Pinang.”


Pada 9 Syawal 1430 / 28 September 2009, saya telah meminta pertolongan dengan seorang sahabat yang mempunyai kenalan para pendokong Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, bagi mengesahkan berita tersebut. AlhamduliLlah, berita tersebut telah disahkan palsu.


Sehubungan dengan itu, saya pohon supaya berita palsu ini dapat di ‘clear’kan bagi mengelakkan ia disebar secara senyap-senyap oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Malah jika dilihat kepada komen-komen yang tersebar dalam internet sekarang menyalahkan kepada pihak DAP sendiri.


Semoga tindakan yang sewajarnya dapat diambil oleh Kerajaan Pulau Pinang atau pihak DAP khasnya samada membuat laporan polis atau mengambil tindakan kepada penulis blog tersebut.


Saya merasakan, jika isu ini tidak ditangani, medan sebenar tersebarnya berita-berita palsu sebegini akan merebak dalam Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang nanti.


Salam perjuangan untuk YAB…..



“Kearah Malaysia Yang Sejahtera



Yang benar,



t.t

SAIFUDIN BIN IBRAHIM

No. Tel : 019-9981661

lot250.blogspot.com



4 comments:

wénkt said...

Salam,

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani,

Saya ingin mengatakan bahawa saya tidak mereka reka cerita dalam entry tersebut.

Polis telah datang ke masjid pada jam 12.25tgh malam dan dikatakan arahan dari pihak atasan untuk mengarahkan takbir dihentikan.

Ramai pemimpin PAS dan PKR tahu cerita ini tetapi disenyapkan. Malah, ianya diakui sendiri oleh imam tersebut dalam bantahan bertulis kepada kerajaan PP tetapi disenyapkan.

Wallahualam.

Lot 250 said...

TQ

Saya masih berpegang kepada maklumat yang saya terima.

Biasanya kalu isu-isu sebegini, TV1 atau TV3 pastinya ternanti2 berita sebegini.

Anonymous said...

Tuan Empunya Blog ni pos ke surat tu. Kalau setakat tulis dalam blog. Ketua Menteri kesayangan anda tak tau apa. sebab YB tak ada masa nak layan blog ni.

Dan kalau dah pos, mana respond YB KM. Siarkan dalam blog tuan ye

Lot 250 said...

TQ.

Pejabat KM (Setiausaha SUlit) telah kol saya. Dan meminta mengambil beberapa tindakan yang perlu.

Surat dari beliau juga telah saya terima. Lupa nak scan. TQ