Ulamak adalah satu ungkapan yang digunakan untuk menggambarkan satu status yang dimilik oleh seseorang hasil dari ilmunya yang tinggi tentang Islam dan beliau menjadi rujukan orang ramai dalam masalah memahami ilmu-ilmu Islam.
Ulamak juga dikait rapat dengan ketegasannya mempertahankan prinsip-prinsip Islam dan mempunyai pengikut yang setia dididik dengan rasa cinta kepada Islam. Sekurang-kurangnya itulah yang kita faham maksud dan peranan ulamak sebagai gelaran individu yang diberi kepada seseorang, walaupun tidak semua ulamak secara praktikalnya memiliki sifat-sifat mempertahankan prinsip Islam malah menjadi alat pemerintah untuk menyedapkan halwa telinga golongan al malak (elit pemerintah).
Oleh Nabi s.a.w. dikategorikan ulamak sebagai dua golongan: ulamak as su’u (ulamak jahat jadi alat golongan pemerintah) dan ulamak al haq (ulamak yang menegakkan kebenaran tanpa takut). Ada hadis lain yang mengaitkan gabungan ulamak dan pemerinah sebagai dua entiti yang mempengaruhi masyarakat: “dua golongan apabila baik mereka baiklah masyarakat dan apabila rosak mereka rosaklah masyarakat, ulamkatak dan umara’ (pemerintah)” jadi ulamak pastinya satu istilah yang besar maknanya dalam strata social dan memainkan peranan membentuk masyarakat yang baik.
Tetapi soalannya,apakah kaitan istilah ulamak dan tidak ulamak dalam PAS?
Ia bukan sahaja menjadi polemik bahkan sejak 1983 lagi istilah ulamak ini begitu sinonim dengan PAS yang telah memakai istilah ini kepada kepimpinannya sehingga ia dikenali hari ini sebagai “‘kepimpinan ulamak”. Apa maksudnya kepimpinan ulamak dalam konteks PAS?
Istilah ini muncul ketika PAS bergelut untuk keluar dari kemelut dalaman yang dihadapinya hasil dari kepimpinan Datuk Asri yang dipertikaikan. Salah satu masalah kepimpinan Asri ialah dikatakan membuat keputusan hanya dikalangan segelintir kelompok sahaja dalam jawatankuasa PAS Pusat.
Asri cuba menjadikan keputusan parti diambil dikalangan kelompoknya sahaja maka timbullah pertikian terhadap cara keputusan dibuat.
Khusus dari Pemuda di bawah kepimpinan Datuk Mustafa Ali ketika itu, ulamak keputusan lalu mendesak untuk satu alternative kepada kemelut ini iaitu dengan mengemukakan kepimpinan ulamak yang secara pokoknya keputusan mestilah dibuat secara syura dan keahlian syura dibentuk terdiri dari kalangan para ulamak yang tahu ilmu Islam bagi memastikan keputusan dibuat tida bercanggah dengan Islam.
Dari sudut cadangan, yang tersirat ialah supaya Jawatankuasa Kerja PAS diimbangi keputusannya bagi memelihara cara keputusan dibuat. Maka dijelmakanlah satu komponen pembuat keputusan parti yang dinamakan sebagai Majlis Syura Ulamak yang secara ringkas, bidangkuasanya ialah bersifat “advisory” dan “guidance” kepada masalah-masalah dasar yang melibatkan pendekatan politik, disiplin parti dan isu-isu berbangkit dari sudut fiqah Islam yang ada kena mengena dengan kepentingan parti.
Cadangan ini yang diusulkan oleh Pemuda pada Muktamarnya tahun 1982 diterimapakai dan pada tahun 1983 bermulalah era kepimpinan ulamak.
Jadi kepimpinan ulamak bermatlamatkan mekanisma keputusan dibuat dan bukan individu-individu yang ada status ulamak untuk dijadikan orang No. 1 atau No. 2, ia berkenaan majlis syura yang keahliannya adalah dari kalangan ulamak bukan jawatankuasa kerja yang mesti keahliannya dari ulamak.
Dengan kata lain bermula dari Presiden hinggalah AJK PAS Pusat, perlembagaan parti tidak mensyaratkan keahlian tertentu dari sudut keulamakannya atau tidak, ia hanya terbatas kepada Majlis Syura Ulamak.
Cukuplah Presiden ke bawah sebagai anggota eksekutif parti meyakini dasar Islam dan mengamalkan cara hidup Islam serta memiliki matlamat yang jelas tentang Islam sebagai asas pemerintahan dan bernegara. Presiden tidak perlu risau kerana ia akan dipandu oleh para ulamak dalam majlis syura apabila ia buntu.
Bagi bidang eksekutif anggotanya yang kalau pun ada keahlian, ia mestilah dinilai dari sudut keupayaannya membawa organsiasi parti dan aspirasi parti, menyusun ahlinya kepada matlamat kerja parti dan merancang strategi dnegan segala keperluan taktikal dan teknikalnya.
Itulah yang menjadi isu yang patut dinilai oleh ahli dalam menentukan siapakah kepimpinan yang bakal menerajui PAS, bukan samada mereka ulamak atau tidak!
Kalau hendak melantik ahli majlis syura saya setuju jika kita pertikaikan ulamak atau tidak tetapi sayangnya ahli majlis syura ulamak tidak dipilih oleh perwakilan, mereka dilantik mengikut perlembagaan parti. Oleh itu saya tidak melihat ianya sebagai isu!
Selain daripada isu asas dan sejarah parti yang perlu difahami, kita juga harus insaf bahawa PAS belum lagi mempunyai satu piawaian yang dipersetujui tentang apakah dan siapakah yang dikatakan ahli PAS?
Jika piawaian ahli ini boleh dilaksanakan maka tidak timbullah lagi ulamak atau tidak ulamak, yang ada ialah ahli PAS yang dipersetujui piawaiannya oleh semua, sehingga satu mekanisma ciri-ciri ahli PAS yang ditentukan oleh parti tidak dibuat dan dijelmakan dalam sumber manusia parti, isu ini akan sentiasa berulang khususnya setiap kali pemilihan parti menjelang tiba.
Apatah lagi hari ini Umno begitu “berminat” kepada isu ulamak atau tidak ulamak. Utusan Malaysia yang jarang sekali membawa cerita PAS dalam liputannya, kerap sejak akhir ini membesarkan-besarkan ulamak tidak ulamak ini, samada mereka ikhlas atau tidak masih menjadi tandatanya,namun yang pasti pemilihan kali ini menarik minat semua pihak dna isu ulamak tidak ulamak adalah bola tanggung yang kita berikan kepada mereka untuk mensensasikan berita!
5 comments:
Tetapi kalau PAS (Sdr. Mujahid dan Sdr. Saifudin) yang sebelum ini beria-ia mahu menerima non muslim jadi ahli PAS.
Apabila ramai non Muslim dalam PAS.
Isu yang timbul lagi bukan antara ULAMAK VS PROFESIONAL tetapi akan timbul MUSLIM VS NON MUSLIM atau ISLAM LAWAN KAPIR dalam PAS.
Nasib baik hasrat Dr. Mujahid dan kesungguhan Sdr Saifuddin tak menjadi. Kalau tidak masa ni semua amat mengharapkan Ulamak dan Ahli Majlis Syura keluarkan fatwa. Non Muslim tak boleh memimpin orang Islam.
Lagi lah parah......Sebab tu kena fikir panjang sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan... Sebabnya kesan masa depan.....\
Ssama jugak lah khayalan Pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat Idea Anwar Ibrahim (Nasib baik tak jadi)akan berlaku peperangan sesama sendiri.
Lihatb saja di Perak. YB. NIzar kurang mendapat simpati undi Melayu, kerana sentimen Melayu yang masih kuat. Dan Sentimen Cina kuat memihak kepada YB. NIzar kerana isu lulus tanah 999 tahun. (Yang ni satu kesilapan besar Nizar) Sepatut Belajar dulu....
Paksu Pi Punya kawan
Ya, saya baru terasa, amat membuang masa membincangkan isu ini, dimainkan denan tujuan tertentu dan disambut dengan baik Utusan Malaysia LaknatuLlah...
Isu berkaitan non muslim, tiada kaitan langsung dengan isu ini. Syarat kepimpinan telah dijelaskan dalam perlembagaan. Idea asal bukan dari Dr Mujahid, tetapi datang dari Allahyarham Prof Zulkifli Muhammad lagi.
Ia masih diperbahaskan dari semasa ke semasa. Mungkin satu masa akan dilaksanakan, atau mungkin tak akan dilaksanakan. Terserah pada pimpinan.
Tidak timbul, soal orang bukan Islam boleh menjadi pemimpin atau tidak... kerana syarat tambahan boleh digubal. (baca dulu kertas cadangan untuk penerimaan non muslim jadi ahli PAS.... baca dulu, faham dulu... baru hentam).. Saya dah dapat mengagak, siapa pengomen ini.
Isu kelulusan tanah ini, jangan petik dalam akhbar utusan. Ust Ahmad Awang telah menjelaskan dalam blognya (sambil melahirkan kekcewaan terhadap Dato Mustapha Ali)
Baca dulu, faham dulu... baru leh hentam.... huhuhu
setuju sangat... tapi bab nizar tu, ambo raso kurang setuju la... sebab sama-sama dapat...
Yang paling penting sekarang ni, pas kena buang cara politik nuar...orang lain semua salah, yang kita semua betul..
Pasal altantuya pun satu, tu isu pkr yang buat... Kita tak patut memanaskannya, kerana itu khabar angin sahaja. Kalau betul, mana buktinya. Kalau benda itu tak betul, tak pasal-pasal jadi fitnah, kita orang pas bawak lambang agama, jangan terpengaruh dengan nuar tu... Puak-puak erdogan pun sama... Kalau nuar ceramah jer... Mesti ada la muka-muka diorang kat belakang nuar tu... Nak publisiti nuar...
kita sebagai orang yang diberi akal, sepatutnya berfikir dengan hujjah... bukannya kata-kata bombastik dia tu... Yang betul kita ambik, yang tak betul, jangan la nak ikut jugak... nak jaga hati la konon.
Aku setuju sangat dengan tindakan KJ perangkap husam masa debat hari tu, pasal isu negara islam..
Husam tu bukannya setuju denagan negara Islam pun, dia setuju dengan Pas ala Malaysia...bahasa mudahnya Islam ala Malaysia...
kalau macam tu, baik aku masuk UMNO terus, Islam Hadhari... sama je la tu...
INGAT,,, Zaman Mana pun... ISLAM tetap ISLAM... Bukannya ISLAM ALA MALAYSIA tajaan PUAK_PUAK ERDOGAN TU....
Apa-apa isu yang boleh menjatuhkan BN, pastut dicanang. tak kira sapo bowok.
Kalu kes altantuya tipu, Najib kena jawab semua keraguan-keraguan yang timbul. Dakwa Raja Petra di mahkamah. beliau telah mendedahkan macammana & dariman dia dapat maklumat pembunuhan altantuya.
Yang lain-lain, x yah komen, respon yang mengarut jer.
Masa wacana, bukan isu negara Islam, tetapi isu hudud. Jika saudara datang ke balai islam, kita akan nampak KJ terpapah untuk jwb balik libasan Husam mengenai hudud... Ya, nampak seperti terperangkap, tetapi alhamduliLlah, isu tersebut dapat membantu kempen PAS di Kuala Terengganu.
Sekarang ini 'negara Islam' masih menjadi fobia dikalangan non muslim. samada bijak atau tidak kita mewar-warkan penubuhan negara islam, terserahlah. tetapi kebanyakkan pimpinan lebih suka mewar-warkan Negara Berkebajikan... kerana kebajikan memang menjadi intipati kepada negara Islam.
bagi saya, lebih baik sebut intipati negara Islam daripada menybut 'negara islam. Yang penting, apa yang disyaratkan untuk penubuhan negara islam, dilaksanakan,
Saudara perlu faham situasai politik semasa.
TQ
Jika, free boleh minum air... 019-9981661(baca identiti saudara seperti asal Kota Bharu)
AWAS....kita semua selaku aktivis PAS jangan membuang masa membicarakan sesuatu perkara secara bermusim.
Muktamar PAS di Putik 2007 yang lalu isu yang dimainkan ialah Ulamak muda yang lebih profesional berbanding dengan Ulamak tua yang dah separa jumud.
Menjelang Muktamar PAS di Ipoh, 2008 lalu isu ahli PAS akan dibuka kepada non - Muslim. Atas alasan PAS bukan Agama. Isu ini dah tertolak dan selesai.
Muktamar 2009 isu baru pula ada Ulamak VS Profesional pula yang dimainkan. Pasal apa ??? kerana cabaran paling sengit perebutan jawatan dalam PAS di abad ini antara yang dikatakan ulamak dan yang mendakwa profesional.
Entahlah aaku ulamak tidak, profesional tidak....
GENG PAKSU PI PUNYA KAWAN LAH
Post a Comment