Saturday, May 9, 2009

Pemuda Menuju Penyatuan & Perpaduan

Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan Kali Ke 50, telah menjadi perhatian banyak pihak terutama pertandingan yang melibatkan Ketua Pemuda (Ust Nik Abduh vs YB Ust Latiff). Di dalam Kelantan & diluar Kelantan. Malah didalam akhbar terutama Akhbar Utusan Malaysia & Sinar Harian telah menjadi tajuk utama.

Kehangatan sebelum muktamar, sebenarnya tidak berlarutan ke dalam muktamar. Apa yang dimainkan oleh media dan blog-blog seperti tidak memberi kesan langsung kepada para perwakilan.


Muktamar yang dimulakan oleh Ucapan oleh YB Zaki dilihat ingin memperbetulkan kefahaman kepimpinan ulama’ & pertembungan ulama’ – professional. Malah sekali lagi dipertegaskan lagi didalam ucapan perasmian oleh Sdr Sabki Yusof (Setiausaha DPP Pusat)

AlhamduliLlah, hampir jam 4.00 petang, keputusan telah diumumkan secara rasmi oleh Ketua Urusetia Pemilih dan mengumumkan pemenang-pemenang, antaranya seperti berikut :


Ketua Pemuda : YB Ust Hj. Abdul Latiff bin Abdul Rahman
Timbalan Ketua : YB Ust Hj. Ahmad Baihaki bin Atiqullah

Naib Ketua : Sdr. Hisyam bi
n Fauzi

Manakala ahli jawatankuasa yang diumumkan banyak memperlihatkan muka-muka baru, yang bagi saya memberi isyarat ‘suasana segar’ untuk pemuda Kelantan bergerak. Munculnya tokoh-tokoh ulama’ muda seperti Ust Ahmad Fadhli Shaari dan Ust Nor Azariza memperlihatkan pemuda Kelantan tidak kekurangan pelapis.
Ust Fadhli


Ust Nor Azariza (Ust Jaa)

Ramai yang bimbang, muktamar kali ini akan menyebabkan perpecahan yang berlaku selama ini (dikatakan bermula tahun 2003) akan berlarutan. Saya yang terlibat secara tidak langsung, melibatkan diri dalam kepemudaan sejak tahun 2001, dapat melihat & mengikuti 'suasana panas' yang berlaku semenjak tahun 2003.

Tapi bagi saya, melihat kepada senarai yang menang, cepat-cepat mengucapkan ALHAMDULILLAH, kerana insyaAllah…. Dewan Pemuda PAS Kelantan kembali menuju kearah penyatuan & perpaduan. Mungkin bukan untuk kali ini, tetapi ia seakan-akan bergerak ke arah itu…. insyaAllah.

Dengan kepimpinan yang baru, pastinya akan mewujudkan suasana harmoni bagi menjaminkan Dewan Pemuda PAS Kelantan terus bangkit dan bangkit dan bangkit… insyaAllah


Saya menaruh harapan dan keyakinan tinggi terhad
ap keinginan tersebut.

Didalam muktamar tersebut juga, bersetuju untuk mencalonkan bekas Ketua DPP PAS Kelantan, YB Mohamad Zaki bin Ibrahim untuk bertanding sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Siiruu ‘ala barakatiLLah!!!!

4 comments:

Wak On The Roof - WOTR said...

Salam

Tahniah

Lawan ..............

Anonymous said...

salaamun 'alaik...

saya rasa amat lega dengan pencalonan yang dibuat Pemuda PAS Kelantan untuk jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

perlu diingat bahawa calon bagi jawatan tersebut perlulah dilihat kredibel, berwawasan dan mampu membawa Pemuda PAS ke arah matlamat utama perjuangan iaitu mardhatillah.

sebagai bekas aktivis Pemuda PAS, Ustaz Zaki ialah calon terbaik untuk terus memegang panji-panji Pemuda PAS ke seluruh jagat raya.

Ikhlas dari;

Anak Melaka

ambo said...

ana jugok rasa buleh settuju nagn YB ZAKI umntuk jwtn calon & ketua pemuda pas pusat dngn keberanian dan ketokohan serta watakm pemimpin yang ada ...YB ZAKI jgn tarik diri lawan jwtn ketua

Anonymous said...

zaki ibrahim ni tak payah terhegeh2 la nk tanding ketua pemuda pusat..nk muntah aku tgk..tak de kredibiliti langsung..tambah2 klu nk d bandingkan dgn ustaz nasaruddin..

apa yg aku blh cakap ialah,koncirm si zaki ni kalah melukut..

takbir!! majulah kepimpinan ulama..tinggalkan juhala..