Sunday, March 8, 2009

Polis Bersikap ‘ADIL Untuk Semua’





Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih semua pihak yang telah mengnjurkan Himpunan Raksasa 100K Bagi Membantah PPSMI.

Sebelum pergi, saya kurang yakin himpunan ini akan berjaya menarik minat ribuan rakyat, kerana isu yang diperjuangkan terlalu ‘sentimental’. Saya dan isteri telah lama membuat keputusan walaubagaimanapun sambutan orang ramai, kita wajib pergi.

AlhamduliLlah, setibanya di KL Sentral, saya telah melihat sudah ramai anggota Unit Amal (berpakaian merah) dan raut wajah seperti pendemonstrasi dengan berpakaian putih.

Dengan semangat yang tidak berkobar-kobar seperti Himpunan BERSIH dulu, saya terus ke SOGO kerana difahamkan perarakan akan dimulakan disitu.

Sementara menanti, saya dan isteri sempat menikmati juadah ‘Banana Split’ di Secret Recipe. Kedatangan YB Mahfuz & YB Solahuddin untuk memulakan perarakan disitu cukup-cukup menghangatkan suasana. Perarakan dimulakan dengan diiringin lebih 5,000 orang, dan saya sempat menghantar sms kepada YB Baihaki (yang menunggu di Masjid Negara), ‘demo start doh’

Hujan renyai-renyai seperti memberi restu untuk berdemonstrasi dengan lebih semangat (berbanding dalam keadaan cuaca panas, yang mungkin akan lebih memeritkan). Terkejut besar saya, ketika hampir sampai di Masjid Negara, saya dapat melihat ribuan rakyat sedang menunggu rombongan kami, ia seolah-olah mengulangi apa yang terjadi ketika Himpunan BERSIH dahulu.

Kami terus berjalan dan diberi semangat oleh bunyi-bunyi ‘horn’ motosikal, bas, kereta dan lori. Melihat didepan, jauh mata memandang rakyat bergerak, berpaling ke belakang, pemandangan yang sama. Isteri saya melahirkan kegembiraan dengan suasana sedemikian.

Setelah bergerak lebih 1 kilometer dari Masjid Negara, saya melihat dari jauh…. Asap berkepul bertebangan, orang ramai berlari-lari berkeliaran, sambil melaungkan ‘polis giloooo, bedil gas pemedih mato’. Saya dan isteri memberanikan diri, dan terserempak dengan YB Mahfuz yang batu-batuk dan merah mata.

Dengan serta merta, entah dari mana, terasa pedih mata, asap berkepul depan mata…. Aku memegang kuat-kuat tangan isteri yang sudah batuk dan lemas untuk bernafas.

Dalam hati (kerana tidak mampu meluahkan di mulut, akibat lemas menusuk nafas), Ya Allah selamatkan kami dari kezaliman UMNO celaka ini.


Dengan sedaya mungkin membawa isteri ke tepi jalan untuk bertahan, tetapi masih belum mampu untuk stabil. Aku batuk-batuk, mata tidak boleh celik, isteriku muntah-muntah…. Disaaat itu, 3 orang pendemonstrasi membawa sedikit garam untuk dikunyah. Aaah, alhamduliLlah, keadaan menjadi normal & stabil. Tidak pernah merasai nikmat sedemikian ketika mengunyah garam. Terima kasih kepada pemberi garam. Huhuhu


Di tempat yang sama, kelihatan budak-budak (pelajar sekolah rendah) yang turut serta dalam perarakan ini menangis tidak henti-henti, disaat ini, sumpah seranah kepada Najib & Pak Lah keluar dari mulut. Ibu-ibu yang membawa anak mereka seperti tabah dalam reaksi ini.

Setelah rehat beberapa minit, masih berbunyi DUM! DUM! DUM!, FRU melepaskan gas pemedih mata dari belakang pula. Aku dan isteri terus berlari-lari, tetapi cuaca yang agak berangin menyebabkan gas tersebut masih kena. Cis!!! Tetapi alhamduliLlah, berbekalkan garam yang ada ditangan, aku mengunyahnya kembali….

Beberapa minit lagi, terserempak dengan Dr Rosli Allani, yang telah kelihatan merah mata. Hah…. Nampaknya polis bersikap ADIL… ADIL Untuk Semua. Aku yakin semua pendemonstrasi kena gas pemedih mata ini.

Membawa isteri lari, dan mendapat arahan terbaru untuk kembali ke Masjid Negara. Kami berlari-lari kerana FRU masih melepas gas pemedih mata. Hilang punca untuk melarikan diri. Kanan kiri depan belakang, asap yang putih jelas kelihatan. Ratusan dilihat lari dicelah-celah bangunan, aku terus mengikut mereka, AlhamduliLlah terserempak paip air yang dibuka. Peluang diambil sebaik mungkin untuk membasuh muka…

Hampuir tiba di Masjid Negara, aku berada diatas jalan (jalan apa x tahu) kelihatan Lori FRU sudah mula menyembur air beracun kepada mereka yang berada disekitar Masjid Negara, apa lagi aku dan ramai lagi terus lari berundur. Tiba-tiba entah datang dari mana, peluru melencong meluru dari atas….. sikit sahaja nak menimpa jatuh atas kepala, mujurlah tersasar di bawah jalan. Apa lagi, LARIIII … itulah yang terkeluar dari mulut isteriku.


Setelah berada 500 meter dari Masjid Negara, keadaan menjadi stabil. Sambil-sambil Tanya isteri…. “Perit ko mari hari ni”… dengan ceria dia membalas jawapan “takut tapi seronok”… hahaha, aku ketawa, sambil Tanya, kalua ada lagi demonstrasi, nak datang lagi ko?” Dengan semangat beliau menjawab “NAK!”…

AlhamduliLlah, syukur mendapat teman yang begitu berani. Syabas buat isteri, syabas buat rakyat yang berani turun. Terima kasih kepada sahabat2 yang mendoakan dari jauh

Pengalaman yang bagi aku ‘NGERI tetapi LAZAT’
InsyaAllah aku ternanti-nanti Himpunan Bantahan terhadap ISA. insyaAllah aku dan isteri akan turut serta lagi!

3 comments:

UMNO PARTI PENJARA said...

Adil untuk semua........










+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Azam Baru – Semangat Baru UMNO
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Anonymous said...

salam, lama tak update blog?
sibuk urus MAT dppkb ko? rindu nok baca untaian kata anta selepas harakah digantung

Anonymous said...

Weii..pejuang bahasa gapo make di secret recipe...hok ore Cino dan tak tentu hala ko haram...munafiq mu nii