Bagi aku, Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) cukup sedar dengan keadaan ini. Kalau tak silap, sebelum berlangsungnya Muktamar Tahunan PAS Kali Ke 51 (Tahun 2005), TGNA pernah mengeluarkan kenyataan “semua ahli PAS adalah ulama, cuma yang membezakan mereka ialah tahap ilmu masing-masing”.
Dan bagi aku, kenyataan tersebut dikuatkan dengan satu petikan (dalam blog Ust Nik Abduh) dialog yang TGNA menjyebut “Bagaimana mereka boleh memisahkan antara kepimpinan Islam dengan kepimpinan ulama?”
Bagi aku, ia memberi makna, kepimpinan Islam itu adalah Kepimpinan Ulamak dan Kepimpinan Ulamak itu adalah Kepimpinan Islam.
Sebentar tadi (2 Syawal), aku juga menyertai program bersama anak perantau (saje meluangkan masa, walaupun aku bukan anak perantau…) di PUTIK. TGNA sekali lagi menyatakan di Kelantan telah diwujudkan Ma’ahad Tahfiz Sains yang bukan sahaja mengajar ilmu Islam tetapi juga mengajar ilmu seperti komputer, kedoktoran dan sebagainya.
Beliau membayangkan 20 tahun lagi di Kelantan, para ustaz di Kelantan tak segan mengajar matematik dan para guru matematik pun tak segan mengajar ilmu agama (tahap masing-masing). Itulah harapan TGNA terhadap apa yang telah dilakukannya di Kelantan.
Jika dilihat kepada ketiga-tiga kenyataan TGNA, sepatutnya tiada lagi pertembungan antara ulamak dengan profesional.
Sekiranya orang mendakwa dirinya itu ulama berada di atas, beliau sepatutnya dibantu oleh orang yang mendakwa dirinya profesional. Jika takdirnya orang yang mendakwa dirinya itu profesional berada di atas, sepatutnya beliau dibantu oleh orang yang mendakwa dirinya ulama.
Terbayang juga betapa indahnya kepimpinan HAMAS di Palestin. Pernah suatu ketika dipimpin oleh Syeikh Ahmed Yassin (yang dikategorikan sebagai ulama’) dan pernah juga dipimpin oleh Dr Abdul Aziz Rantisi (seorang lulusan dibidang perubatan kanak-kanak/pediatrik).
AlhamduliLlah, setakat aku terlibat dengan PAS di Kota Bharu, banyak ilmu agama yang aku perolehi dari insan yang bernama Ust Ja… kadang-kadang ada juga ilmu agama datang dari insan yang bernama Dr Rosli. Kekadang aku juga banyak menerima ilmu kesihatan dari Dr Rosli (tambahan pula dia seorang doktor), tetapi banyak juga aku perolehi ilmu kesihatan ini dari Ust Ja (terutama mengenai penyakit darah tinggi dan kencing manis). Yang paling penting, apa yang dinyatakan oleh kedua-dua sahabat aku ini setelah dinilainya adalah betul.
Jadi sekiranya, masih ada insan-insan yang bertindak seperti ‘undur kebelakang’, ia perlu kehadapan semula. Samada orang itu yang mendakwa dirinya ulama’ terasa terancam dengan kehadiran profesional, atau golongan profesional yang terancam dengan sikap orang yang mendakwa dirinya ulama. Tambahan pula, didalam PAS kepimpinan ulama itu merujuk kepada wujudnya Majlis Syura Ulama’
Jika yang menimbulkan perkara ini (ulama’ vs profesional) adalah orang bawahan, tidak mengapa…. tetapi jika ia ditimbulkan oleh mereka yang berada di saf kepimpinan…. bagi aku satu perkara yang menyedihkan.
Jadi bagi aku kebimbangan mengenai pertembungan antara profesional dengan ulama ini sepatutnya diketepikan. Yang bertembung sebenarnya adalah dari segi PENDEKATAN. Tetapi kedua-duanya aku yakin, NAKKAN ISLAM MEMERINTAH.
4 comments:
maksud ulama dalam kamus islam adalah
orang yg bertakwa.
alim ulam terdiri daripada tuan guru sehingga lah ke pemalam ketul bata..mereka kita boleh jumpa dimarkaz2 PAS.
Professional adalah sebetan rekaan manusia sahaja.Proffesional ke mereka yg menentang agama macam paklah umno mahathir dan penyokongumno BN?
cerdik ke mereka walau pun doktor proffesor ke guru kemas ke?
mereka bukan professional tapi dungu lembu kerbau dan kaldai yg bakal dihumban masuk ke nereka jahanam!
Ulama adalah professional sebenar mereka adalah manusia yg cerdik beriman bertakwa dan berjuang pertahankan islam.Mereka terdiri dari tuan2 guru,doktor,professor,guru,ahli2 PAS,org2 kampung,petani2 dan pemalam ketul bata!!!
Yg dok ceramah berbuih mulut tapi tak berjuang mereka sebenarnya adalah setan bisu dan berselidung dgn perkataan haprak profesional konon..
TAKBIRA!!!!
Aku bersetuju semuanya sebagaimana engkau ulaskan.
Cuka sedikit aku nak bangkitkan ialah ungkapan "undur Kebelakang'. kekadang kita ini apabila dah nampak kuasa didepan sudah mula lupai belakang.
Apakah sudah lupa. Dsar kita ialah ISLAM. Jika kita alpa pada dasar perjuangan kita, sebenarnya kita telah undur kebelakang. Undur kebelakang adalah sama dengan jahiliyyah.
MARA KEDEPAN JANGAN UNDUR KEBELAKANG.
Pak CU Mail
Salam Perjuangan,
Ana rasa pendapat2 sebegini hanya dicipta golongan2 tertentu yg ingin kekal berkuasa/memimpin walaupun tiada kelayakan - hanya atas dasar alasan mereka berilmu. Sila baca tulisa di Blog YB Pak Khalid Samad, lega adanya kepimpinan sebegini dlm PAS. Takbir!!
Anak Perantau
Lawatilah Minda Mufti Sohibu Samahah Dr. Asri Zainul Abidin http://drmaza.com/
Post a Comment