Wednesday, February 18, 2009

Najib PM Ke-6 ?


Tidak lama lagi Najib yang dilibatkan dengan beberapa skandal, akan dinobatkan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 selepas selesainya Perhimpunan Agung UMNO akhir Mac nanti.

Blog ini (dikanan blog) memberi peluang kepada pengunjung dan rakyat Malaysia untuk mengundi setuju atau samada BERSETUJU atau TIDAK, Najib dilantik PM yang Ke 6 Malaysia.

Selamat Mengundi.

Friday, February 6, 2009

Kenyataan Media Pakatan Rakyat


– KENYATAAN MEDIA PAKATAN RAKYAT -
Untuk Edaran Segera

6 Februari 2009

Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa kesal terhadap tindakan biadap rampasan kuasa di Perak termasuk layanan terhadap YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak di mana semua barangan telah dirampas dari pejabat beliau. Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.

Kami akan memfailkan satu saman bagi mencabar keabsahan perlantikan Menteri Besar yang baru dari Barisan Nasional. Panel peguam sedang mengkaji tindakan ini. Kami masih berpendirian bahawa YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.

Pada ketika ini pelbagai reaksi sedang ditunjukkan oleh rakyat sebagai reaksi spontan kepada krisis di Perak ini. Reaksi tersebut adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyalahgunaan kuasa oleh Barisan Nasional. Kami menggesa kepada semua agar bertindak secara aman dan tertib. Kami merayu agar pihak polis bertugas secara profesional dan tidak menimbulkan sebarang provokasi atau huru hara.

YB DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang / Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)

YB LIM KIT SIANG
Ketua Ahli Parlimen Democratic Action Party (DAP)

YB USTAZ NASHARUDDIN MAT ISA
Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Saturday, January 31, 2009

Boikot Produk atau Boikot BN ?

Sekarang ini hangat diwar-warkan kempen BOIKOT PRODUK AMERIKA & ISRAEL. Tetapi kita diminta untuk tidak melupakan hubungan secara langsung dan tidak langsung antara pimpinan BN dengan pimpinan Israel.


Dengan semangat dan rasa gembira yang membuatkan aku melakukan solat sunat syukur semalam, ekoran kerana keberanian Tayyib Erdogan seperti ‘menengking’ Shimon Peres di dalam WEF di Davos semalam.


Tertarik dengan sindiran DSAI terhadap hubungan tidak langsung hubungan pemimpinan BN dengan pimpinan Israel & Amerika :


“Taib Erdogan menzahirkan pendirian umat dan pencinta keadilan. Beliau menunjukkan sikap tegas meninggalkan omongan sia-sia manakala umat Ghazza dibedil dan ditindas. Syabas kami ucapkan. Beliau memberi harapan baru di tengah kelesuan pimpinan Arab dan dunia Islam.


Tambah hebat dan terserlah sikap beliau lantara adegan meninggalkan sidang istimewa Davos! Beliau bertarung di tengah gelanggang. Ini berbeda sekali dengan lagak pimpinan yang menyalak menentang Amerika di kampung halaman tetapi kelu membisu tatkala di Amerika. Malah ada yang sanggup membayar berjuta dolar kepada pelobi Yahudi Jack Abramoff semata-mata untuk berkesempatan melutut di hadapan Presiden Bush!”

- Dipetik dari anwaribrahimblog.com


Disini suka saya kutip (dari baijurie.blogspot.com, harakahdaily.net & akhbar suara keadilan) beberapa peristiwa untuk direnung kembali oleh semua pemboikot-boikot yang tidak dapat memaafkan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin …. Fikir-fikirkanlah



  1. 10 September 1982 : Mahathir bercakap panjang lebar menafikan beliau dan Setiausaha Politiknya adalah ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi iaitu Freemason. Ini juga merupakan ucapan dasar sulung Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO ke-33 selaku Presiden. Dikatakan bahawa ahli Freemason telah menjadi pekerja sukarela pilihanraya UMNO sejak 1974 lagi. Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Malah ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978, Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.
  2. 1986 : Mahathir/UMNO membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantu Mahathir/UMNO merangka strategi pilihanraya umum 1986. Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. (Dr. Kissinger, orang besar Yahudi dan rakan karib Mahathir juga merupakan penasihat belakang tabir Presiden Reagan).
  3. 1986 : Mahathir mengambil sikap membisu di atas keputusan Singapura mengundang ketua negara Israel Chaim Herzog sambil membiarkan pesawat Israel itu melintasi ruang udara Malaysia untuk ke Singapura. Segala tentangan umat Islam di Malaysia tidak diendahkan oleh Mahathir.
  4. 6 Mac 1987 : Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai "Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur".
  5. Mei 1994: Parlimen telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel
  6. 6-9 Julai 1994 : Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP.
  7. 16 Julai 1994: Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman yang juga proksi perniagaan terpenting UMNO dan rakan karib Mahathir telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994.
  8. 1996 : Mahathir membenarkan perjanjian transaksi kewangan Public Bank dengan Bank Hapoalim, dari Israel
  9. Disember 1996 : Mahathir menyeru supaya Negara-negara Arab tidak berperang dengan Israel bagi menyelesaikan masalah di Timur Tengah.
  10. Januari 1997: Mahathir menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Mayor (Datuk Bandar) berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri oleh 'masyarakat Yahudi' yang terdiri daripada tokoh hiburan dan karyawan filem di Beverly Hills, Los Angeles.
  11. 21 Mac 1997: Mahathir membenarkan pasukan kriket Israel datang ke Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket antarabangsa (ICC).
  12. 1998: Mahathir mengambil syarikat dan spekulator matawang Yahudi, Solomon Smith & Barney sebagai penasihat kewangan negara dan bon Malaysia dijual kepada pelabur Yahudi di Amerika / Eropah.
  13. September 1999 : Menteri Luar Malaysia iaitu Datuk Syed Hamid Albar, telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar negara haram Israel iaitu David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut juga, Mahathir telah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak kerana kejayaannya menjadi Perdana Menteri baru Israel.
  14. Februari 2006 : Mahathir menemui Presiden Bush dengan membayar hampir RM500 juta kepada pelobi Zionis, Jack Abramoff
  15. 30 Mei 2006 : Pak Lah tidak mengizinkan kehadiran Menteri Luar Palestin (Dr Mahmoud Zahar) untuk mengikuti Persidangan NAM di Kuala Lumpur atas desakan Amerika
  16. 25 April 2008 : Atas desakan Amerika, Pak Lah membatalkan peyertaan Iran ke Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) di Kuala Lumpur


Hancur-hancur Hancur ISRAEL!!!!

Boikot-boikot Boikot BN!!!

Friday, January 30, 2009

Syabass Recep Tayyip Erdogan!!!

Kebanyakkan akhbar melaporkan keberanian Recep Tayyip Erdogan ketika di atas pentas (Forum Ekonomi Dunia) bersama Presiden Israel Shimon Peres. Erdogan dengan lantang menyuarakan sokongannya terhadap rakyat Gaza yang dibunuh oleh Yahudi.

Secara berdepan Erdogan menyatakan kepada Shimon Peres, "
YOU KILL PEOPLE! WHEN IT COMES TO KILLING, YOU KNOW IT TOO WELL!!" lalu bingkas meninggalkan forum kerana ketidakpuasan hatinya di atas ketidakadilan David Ignatius, columnist Washinton Post yang menjadi moderator majlis itu yang berpihak kepada Peres dengan memberi masa lebih kepada pemimpin Yahudi itu (Shimon Peres diberi masa selama 25 minit untuk bercakap sedangkan Erdogan cuma diperuntukkan 12 minit).

(dipetik dari artikel yang tersiar dalam laman marhaen)






SYABAS BUAT TAYYIB ERDOGAN!!!!

(jarang ana terasa gembira, terutama isu berkaitan dengan Palestin.....)

Baca lanjut di sini:

Turkish PM Erdo?an storms out of heated Mideast debate: http://todayszaman.com/tz-web/detaylar.do?load=detay&link=165508
PM Erdogan : I Will Never Come To Davos: http://www.huliq.com/1/76900/pm-erdoghan-i-will-never-come-davos
Turkish PM walks off stage over Gaza: http://news.yahoo.com/s/ap/20090129/ap_on_bi_ge/davos_forum
Turkey's Erdogan storms out of Davos over Gaza debate: http://www.worldbulletin.net/news_detail.php?id=35798

Wednesday, December 31, 2008

IKLIM POLITIK MALAYSIA 2009

1. Kesan PRK P.036 Kuala Terengganu (17 Januari 2009)

  • Keputusan pada 17 Januari 2009 bakal menentukan Pilihan Raya Umum akan diadakan dalam masa terdekat (2009 atau 2010) atau genap tempohnya pada 2013

2. Persefahaman Pakatan Rakyat (Bermula Januari 2009)

  • Persefahaman dalam Pakatan Rakyat akan menjadi topik hangat ketika ini. Samada ia mampu bertahan atau tidak menjadi persoalan.

3. Kes Liwat DSAI (Bermula 5 Februari 2009)

  • Kes ini pastinya akan menjadi tumpuan para rakyat (setelah Mahkamah Tinggi memutuskan untuk mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada 5 & 6 Februari 2009 berhubung permohonan pendakwa raya untuk semakan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang tidak membenarkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dipindahkan ke Mahkamah Tinggi)

4. Wacana Perdana III Sempena Genapnya 1 Tahun PRU 12 (Mac 2009)

  • Dirancangkan untuk menemukan 2 tokoh politik besar tanahair yang mungkin akan menjadi perhatian ramai pihak setelah Wacana Perdana II yang diadakan pada 20 Disember 2008 menjadi polemik banyak pihak.


5. Himpunan Mansuhkan ISA (Pertengahan Mac 2009)

  • Himpunan yang dikatakan ala ‘Himpunan Bersih’ pasti akan menarik ramai rakyat untuk menjayakannya.

6. Pehimpunan Agung UMNO (Akhir Mac 2009)

  • Bermula di Peringkat Puteri, diikuti dengan Wanita dan Pemuda serta Majlis Tertinggi UMNO Pusat sendiri bakal mengocakkan suasana didalam UMNO itu sendiri

7. Peralihan Kuasa PM (Akhir Mac 2009)

  • Samada peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib samada akan menjadi realiti atau tidak & kesan kepada peralihan menjadi debaran buat semua pihak.

  • Kemelesetan ekonomi akan menjadi tanggungjawab besar pengganti Pak Lah untuk menguruskannya dengan baik.

8. Pilihan Raya Sarawak (April atau ?)

  • Dijangkakan Pilihan Raya Negeri Sarawak akan diadakan selepas Perhimpunan Agung UMNO. Seriusnya Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini nampak terserlah setelah DSAI sendiri yang mengetuai Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah & Sarawak. Samada untuk tujuan apa, tetapi salah satunya pastinya melibatkan persediaan untuk pilihan raya tersebut.


9. Muktamar Tahunan PAS Pusat (Jun 2009)

  • Pemilihan pucuk pimpinan tertinggi PAS pasti menjadi tumpuan setelah diwar-warkan wujudnya kumpulan ‘Erdogan dan Erbakan’.

10. Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi MIC (September 2009)

  • Samada ia menjadi tarikan atau tidak, tetapi sekurang-kurangnya masyarakat India pastinya tertunggu perubahan yang mungkin berlaku dalam MIC setelah mengalami kekecewaan dalam PRU 12.

* Semoga Tahun 2009 akan memberi sinar baru kepada rakyat Malaysia.....

Friday, October 31, 2008

Muhyiddin Selepas Pak Lah???


Bulan Mac nanti , seperti yang diwar-warkan Najib akan mengambil alih teraju pimpinan Negara.
Ya tampak menyerlah senyuman Najib terutama isterinya Rosmah.

Tetapi adakah ia akan berlaku sedemikian? Selemah itukah Pak Lah hendak mengizinkan Najib mewarisi takhtanya? Semudah itukah beliau menyerah kalah dan sebodoh itukah nasihat Khairy kepada mertuanya?????

Harus diingat…. Pak Lah dalam rekodnya sebagai PM telah acap kali menipu (mungkin termasuk didalam Prinsip Hadhari yang ke 11).

Bermula dengan kempen memerangi rasuah, hinggalah kepada pengumuman pilihan raya…. Pak Lah seringkali dilihat bercakap bohong. Sekarang beliau kembali berjanji kepada rakyat, Najib akan menggantikan beliau… Samada Najib percaya atau Pak Lah menepati janjinya… sukar dibaca.


Isu Yang Menjadi Beban

Cuba lihat bagaimana isu Bank International Indonesia (BII) dimainkan, selepas isu pembelian Eurocopter diputarkan, kemudian isu pinjaman RM5 bilion wang KWSP. Kini Pak Lah batalkan projek pembelian Eurocopter. Cadangannya mengenai DEB pun telah dikritik hebat oleh Mahathir. Semua ini untuk Najib. Itu belum lagi kes-kes lama Najib dibuka. Isu tangkapan khalwat di Port Dickson masih meniti dibibir-bibir team Pak Lah…. Ini belum ditambah dengan karenah ‘rendah diri’ isterinya si Rosmah.

Hari ini Razak Baginda pula yang bebas. Adakah ia akan memberi kesan positif kepada politik Najib? Mungkin ya, tetapi mungkin juga tidak. Malah dirasakan dengan bebasnya Razak, isu Altantuya pasti akan lebih hangat dikaitkan dengan Najib…

Pemilihan UMNO

Najib pula sedang dan akan menerima pencalonan yang tinggi untuk jawatan Presiden UMNO nanti (malah berkemungkinan akan menang tanpa bertanding), tetapi ia bukan satu tiket yang selamat. Jika isu-isu tersebut dan banyakkan lagi akan menyusul, aku merasakan impian Najib ingin bergelar Presiden & PM akan berkubur… Malah Mahathir juga nampaknya kurang sedikit selesa dengan Najib sekarang (reaksi penasihat di Tingkat 4).

Jadi siapa yang akan mengambil alih keduduakan Najib? Untuk jawayan Timbalan Presiden, nampaknya Muhyiddin sedang mendahului. Mungkin beliau akan berjaya akan mengatasi pesaingnya. Jika ia menang, ia mungkin satu tiket untuk menjawat jawatan Pemangku Presiden nanti???? Beliau masih belum dicemari isu-isu besar. Malah seakan-akan Tun Mahathir tampak memberi sokongan kepadanya….

Untuk Najib & Rosmah…. pesanan aku…. hati-hati ya….



(Tulisan ini ditulis dengan mengenepikan sementara perubahan yang diusahakan oleh PR untuk menukar kerajaan. Tulisan ini juga mengenepikan dulu Teori R.A.H.M.A.N. Tulisan ini ditulis dengan andaian UMNO masih lagi berkerajaan.)