Tuesday, April 28, 2009

Kerja-kerja Yang Sepatutnya Ada Dalam PAS (2)

Merungkai Kekeliruan Seorang Naib Presiden


Kenyataan yang dipetik daripada Malaysiakini, yang saya merasakan ia betul dikeluarkan oleh seorang Naib Presiden yang berstatuskan ulama’, iaitu Ust Ahmad Awang.


Saya menunggu hari ini, kot-kot ada pembetulan daripada kenyataannya semalam. Setelah melihat tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan semalam, maka saya yakin ia betul-betul keliru.


Pelbagai point yang beliau keliru…. Antara yang saya dapat petik ialah :

1. Siapa yang dimaksudkan pembantu-pembantu TGNA oleh Ust. NA.

2. Perkataan sesat yang ditujukan kepada pembantu-pembantu TGNA yang membawa kepada penolakan Kerajaan Perpaduan


Maka hari ini, melalui respon yang diberikan oleh sahabat saya (ahli MUFC) yang bergelar ‘chepirate’, Ust NA menjelaskan mengapa beliau bertindak begitu.


Samada betul tindakannya itu, saya terlalu kerdil untuk mengulasnya.


Tetapi bagi saya (yang masih putik dalam politik)… merasakan ini ada satu tindakan yang boleh mencipta dan meramaikan musuh. Sedangkan TGNA selalu berpesan dengan petikan (hadith atau kata2 ulama’, aku lupa) “mu jangan cari musuh, tapi jika jumpa (terserempak) dengan musuh, mu jangan lari”.


Secara teori dalam hidup berjemaah, aku merasakan cara beliau terlalu zalim. Beraninya dia menukilkan isu ini, mengapa pula beliau tidak berani untuk menyebut satu persatu penama yang dimaksudkan.


Dan jika dia tahu satu persatu pun, mengapa medan terbuka ini yang digunakan?


Adakah medan yang disediakan oleh jemaah tidak cukup untuk membetulkan keadaan?


Medan yang disediakan oleh jemaah cukup-cukup luas…. seperti :


- Melaporkan secara rasmi kepada PAS Kelantan & PAS Pusat

- Gunakan medan muhasabah (Mesyuarat Agung) sebaik mungkin, kerana disitu akan melahirkan usul-usul untuk diangkat ke lebih tinggi

- Memorandum kepada PAS Pusat

- Memorandum kepada TGNA sendiri

- Gunakan hubungan (anak-ayah) sebagaimana ia menggunakan hubungan tersebut untuk berhujah mengenai Kerajaan Perpaduan

Cara beliau mewarkahkan isu ini, seperti beliau mempunyai bukti-bukti yang cukup-cukup konkrit. Gunakan cara-cara yang beretika terlebih dahulu, dan saya yakin Ust NA cukup kuat untuk melaksanakannya.. Jangan mengharapkan orang yang dituduh untuk menjawab pendakwaan, sedangkan pendakwaan dilemparkan sebagaimana ‘bom berangkai’.


Jika ‘bom berangkai’ yang dilemparkan kepada pejuang HizbuLlah dikutuk oleh PBB… apa alasan pula untuk mengelakkan ’bom berangkai’ yang dilemparkan ini tidak dikutuk oleh orang ramai?


Bom Berangkai



Kembali kepada isu yang telah dibangkitkan….kesan buruk yang diterima bukan sahaja kepada

pembantu-pembantu yang dimaksudkannya, malah yang menerima kesan ialah TGNA sendiri. Adakah TGNA selemah itu yang disangka? Adakah hubungannya dengan Rabbul Jalil tidak membantu dalam beliau menilai isu ini?


‘Unity Government’, bagi saya isu yang paling besar ialah timing/masa tak sesuai untuk dilaksanakan. Dan PAS Pusat telah mengambil keputusan untuk menangguhkan hasrat ini.


Dengan keputusan tersebut, adakah PAS Pusat juga mengambil keputusan tidak betul? Dan mengapa Ust NA tidak menyerang ‘pembantu-pembantu’ (ahli jawatankuasa) PAS Pusat (yang berhujah sehingga terkeluarnya keputusan sedemikian) dengan ‘bom’ yang sama?


Sebagaimana MSO yang kerap menyindir seseorang dengan perkataan matlamat tidak menghalalkan cara. Aku juga merasakan dalam hal ini Ust NA patut menilai maksud perkataan tersebut. Mungkin beliau sudah faham, dan aku pula sememangnya perlu lebih diberi faham.


Aku juga mengharapkan, jangan sesekali untuk membawa isu ini sehingga melahirkan istilah berpuak-puak, yang boleh memecahkan ulama’ & professional. Berhujahlah kita dengan hujah, tetapi jangan mengheret status ‘ulama’ bersama, kerana akan melahirkan kesan yang cukup-cukup bahaya.


Tidak semua ulama’ menerima idea ini, dan tidak semua professional menolak ide ini… Maka dengan mesyuarat yang dihadiri oleh ahli-ahli mesyuarat, satu keputusan telah keluar sebagaimana yang kita telah maklum.


Maksud Hadith (dipetik dalam buku Aafatu ‘ala at-Torik) :


"Aku adalah ketua sebuah rumah perlindungan dalam Syurga (dikhususkan) untuk mereka yang tidak bertegang leher, sekali pun apa yang dilakukannya itu adalah benar. Dan aku juga ketua sebuah rumah di tengah-tengah syurga (dikhususkan) untuk mereka yang tidak bebohong, walaupun bohongnya itu hanyalah gurauan. Dan aku juga ketua sebuah rumah dibahagian tertinggi syurga untuk mereka yang baik akhlaknya."

(Riwayat Abu Daud)




Cukup setakat ini dulu. Nak tidur untuk bangun pulak menonton perlawanan Barcelona vs Celsi…..


Monday, April 27, 2009

Kerja-kerja yang sepatutnya ada dalam PAS


Gegak gempita 3-4 hari ini,
apabila menyaksikan ‘karenah-karenah’ yang agak kurang menyenangkan.

Aku sejak melibatkan diri dalam dunia blog ini, tak pernah pun menyentuh isu-isu dalaman yang berkaitan dengan PAS dalam blog kerdil aku ini. Bagi aku, disini bukan tempatnya.


Secara peribadi, kehangatan ini timbul kerana hampirnya Muktamar PAS Pusat (5-7 Jun). Dan yang menjadi perhatian sekarang ialah pertembungan Timbalan Presiden. Ada kawasan yang mencalonkan Ust Nasharuddin Mat Isa, ada yang mencalonkan Dato Husam, ada yang nakkan Mat Sabu. Itulah nama-nama yang agak glamour sekarang.



Bagi aku, jika ada pertandingan, silalah bertanding… para penyokong-penyokong berkempenlah… tetapi DENGAN SATU SYARAT…. JANGAN MENGHINA ANTARA CALON DENGAN CALON YANG LAIN. Jika ‘kunci’ ini dapat dipegang, insyaAllah perpaduan dalam PAS akan terus terjaga.


Nafi atau tidak, PAS sekarang seperti terbelah kepada beberapa kelompok. Ada yang dinamakan golongan ulama’, ada yang dinamakan golongan profesional, ada yang pula dinamakan golongan syiah.


Yang dikatakan ulama’ seperti menyerang yang dikatakan profesioanal dan syiah. Dan begitulah sebaliknya. Bagi aku ulama’kah dia, professionalkah dia, syiah'ah dia, ini adalah kesinambungan kepimpinan ulama’ yang berlaku dalam PAS awal 80an, ekoran gelombang revolusi di Iran. ‘Prof’ atau ‘Ir’ kah dia, kedua-duanya adalah mendapat tarbiyah dari kepimpinan ulama’. Tak manis, apabila kita (ulama’) menghentam anak didik sendiri.


Bagi aku, kenyataan daripada seorang pimpinan pemuda pusat baru-baru ini terlalu kasar, dan merasakan perpecahan akan menjadi lebih tak terkawal.


Kasar… memang kasar…... Malah Ust Ahmad Awang (seorang ulama’) juga terasa resah & keliru dengan kenyataan tersebut.


Aku ada bertanya dengan seorang pimpinan dalam isu ini, dia menjawab secara sinis ‘ustaz-ustaz kita ada lesen besar, bukan ustaz semua tak berguna’.


Ada sahabat dari Pahang yang menelefon bertanya aku pasal hal ini. aku hanya mampu jawab ‘tak tahu’. Sambil seloroh, aku mengatakan isu laga melaga ini bukan melibatkan TGNA-TGHH, tetapi melibatkan pembantu-pembantu TGNA dengan pembantu-pembantu TGHH. Dia bertanya lagi dengan terkejut, siapa pembantu-pembantu TGHH??? Aku hanya jawab… mungkin ‘kelantannese vs terengganurian’.


Adik aku yang berada di sarawak pula, memberikan reaksi dengan mengeluh ‘kerajaan perpaduan dengan UMNO nok cari, tetapi kerajaan perpaduan dalam parti sendiri tok sei cari’.


Aku hanya sekadar merenung jauh.


Sekarang ini, pelbagai pihak yang telah bagi respon… ada yang menyokong dan ada yang menentang kenyataan sedemikian. Yang menyokong ada yang bergelar ulama’ dan ada yang bergelar professional, dan begitulah sebaliknya…. Aku terfikir, dimana untungnya Islam apabila isu ini ditimbulkan???


Atau ini mungkin satu gerakan untuk mengulangi sejarah yang menggunakan tajuk kepimpinan ulama’ untuk menghumbankan Dato’ Asri keluar dari PAS? NauzubiLlah….


Aku bukan hendak menyokong mana-mana pihak, tapi bagi aku semua pihak perlu disokong dan perlu dihormati. Walau sealim mana pun kita, setinggi mana pun pengajian kita, kita dilarang menghina seseorang (melainkan musuh)…. Tambahan pula orang yang dihina, adalah mereka yang sama-sama ‘melukakan diri’ untuk berjuang didalam PAS.


2-3 malam ini asyik termenung….. sejak ketiadaan TGNA yang berangkat ke Mekah, keadaan menjadi huru hara yang meng’azab’kan…………… adakah PAS akan menjadi sebegini setelah ketiadaan TGNA. NauzubiLlah!



* Harap-harap kepulangan TGNA pada awal Mei nanti akan meredakan keadaan, insyaAllah…

Thursday, April 23, 2009