Wednesday, April 16, 2008

Kepentingan Orang Melayu @ Keadilan Semua Rakyat ?

Saya ada menerima komen dari mereka yang tidak dikenali berbunyi "apakah benar wakil Pemuda DAP mengatakan "Kita bicara bukan ketuanan Melayu tetapi ketuanan Rakyat" dan disambut dengan sorakan gemuruh hadirin. Jika benar ke manakah arah tuju orang melayu? tak tertindaskah melayu yg ekonominya mundur dan tidak berdaya saing dengan orang2 bukan Melayu....."
Bagi saya yang paling penting untuk menjaga kepentingan semua kaum, apa yang perlu diperjuangkan sebagaimana yang diperjuangankan oleh Pakatan Rakyat adalan "Keadilan Untuk Semua Kaum". Tak kira melayu susah, cina susah, india susah, kadazan susah ataupun iban susah... kita wajib membantu. Saya kira ini adalah kunci kepada keamanan di negara ini. Islam tidak mengajar kita memperjuangkan hak sesuatu kaum sehingga menafikan kepentingan kaum yang lain. Saya amat tertarik dengan tulisan sdr. Roslan SMS mengenai perkara ini. disini saya memetik penulisan beliau.

PERENCAT PEMUAFAKATAN UMAT

Sebelum ini saya pernah menulis betapa saya senang melihat usaha untuk meneroka idea baru pemuafakatan umat Melayu Islam oleh parti-parti politik termasuklah tokoh-tokoh Melayu Islam yang ternama. Banyak ruang yang perlu ditangani bagi membela nasib umat ini, tanpa pula meminggirkan nasib dan kebajikan kaum-kaum lain. Siapakah lagi yang paling wajar membela dan memeprjuangkan nasib dan masa depan ummah jika tidak kita sendiri.
Isu kemiskinan, pendidikan, agama dan kebudayaan kita perlu diperjuangkan oleh semua pihak tanpa mengira fahaman @ kecenderungan politik.

Walaubagaimanapun saya mual, bosan dan muak kepada suara-suara sumbang “ultra” dan ektrimis Melayu/Islam yang cuba mengenengahkan diri sebagai jaguh, tetapi dalam waktu yang sama mengambil kesempatan politik murahan. Orang seperti ini sarat dengan kepentingan, dan tidak seharusnya terlibat dalam muafakat yang lebih terbuka dan “non political”.

Bagi saya Ketua Satu GAPENA Tan Sri Prof Emeritus Dr Ismail Hussien jatuh dalam kategori ini. Profesor ini masih berada dalam takuk politik lama, tidak berpijak dalam kerangka politik baru yang telah dibina oleh rakyat pasca PRU ke 12. Beliau menolak keputusan rakyat dan sebaliknya masih dalam dunia mimpi pra PRU ke 12.
Beliau melihat kononnya terdapat unsur perkauman yang tebal dalam PRU ke 12. Beliau menambah (dalam Utusan hari ini):Ketika ini beberapa parti politik Melayu pula nampak ghairah dengan kemenangan yang diperoleh tetapi kelihatan mereka tidak memegang kuasa secara mutlak mereka seolah-olah ditungggangi kepentingan yang lain bukannya kepentingan Melayu.
Kalau beginilah bacaan GAPENA dan Profesor yang cerdik ini terhadap realiti politik semasa maka bagaimana mungkin GAPENA mahu menerajui kongres pemuafakatan Melayu? Kenyataan di atas sahaja jelas meletakkan Profesor ini cenderung dan condong pada satu parti. Perbincangan untuk permuafakatan tidak boleh dikepalai oleh seorang atau satu kumpulan yang kepalanya sudah sarat dan padat dengan kecintaan kepada satu-satu golongan atau puak semata-mata.
Ketaksuban seperti ini lebih mengundang parah dari merawat luka yang ada.Kalau beginilah GAPENA maka bersenang-lenang dan berenang-renanglah ia dalam kolam Umno, kerana pasti pihak lain tidak akan tergiur untuk berenang bersama mereka.Agenda pemufakatan umat ini penting, jangan sampai ia dicemari dan dikotori oleh puak yang tidak ikhlas.
Semoga keamanan, kesejahteraan yang hakiki kita akan kecapi tidak lama lagi.... insya Allah

Tuesday, April 15, 2008

Himpunan Rakyat Di Perak

AlhamduliLlah, sedikit 'buah tangan' ketika mengikuti Ceramah Pakatan Rakyat di Stadium Perak pada 14 April 2008. Di anggarkan kehadiran melebihi 50,000 ribu orang

Bersama ahli rombongan yang turut serta

Makanan favorites ketika mendengar ceramah

Bersama sahabat (Ahmad Dzorif) yang merupakan salah seorang aktivis di perak

Lautan manusia yang memenuhi setiap ruang di Stadium Perak

Masyarakat Tionghu turut serta mengikuti Himpunan Rakyat ini.
Masyarakat Tionghua yang tiba jam 8.00 malam lagi

ramaiiinya

Tetapi saya tertanya, cara mana yang digunakan oleh Pakatan Rakyat di Perka dalam menghebahkan himpunan ini, kerana saya telah berjalan-jalan di sekitar Ipoh, tetapi sehelai poster, bendera & banner pun tidak kelihatan. Pada awalnya terasa bimbang, kot-kot orang tidak hadir. tetapi sangkaanku meleset.
Tahniah kepada Pakatan Rakyat di Perak

Sunday, April 13, 2008

Tahniah! Manchester United


Hah, saya dikhabarkan Manchester United menewaskan Arsenal dengan 2-1. hahahaha bakal menjuari EPL. tahniah!!!

Ziarahi Sahabat Yang Uzur

InnaliLlahi wainna ilahi rajiuuun....

Tengahari & Petang tadi (13 April 2008) saya dan beberapa orang sahabat sempat meluangkan masa untuk menziarahi 2 orang sahabat yang sedang uzur iaitu Ust Nor Azariza (Ust Ja) & Sdr. Mashadi. 2 orang aktivis jemaah yang merupakan antara tenaga penting kepada jemaah di Kota Bharu.

Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, yang menghilangkan kesusahan, sembuhkanlah (dia) kerana Engkaulah Penyembuh (segala penyakit) tidak ada Penyembuh melainkan Engkau. Penyembuh yang tidak meninggalkan (walau sedikit pun) penyakit.
(Riwayat Bukhari)
Ya Allah Ya Tuhanku, Kupohon padaMU agar sahabatku Ustaz Nor Azariza bin Mohd Alawi & saudara Mashadi bin Shamsuddin dapat cepat sembuh dan sihat sebagaimana sihatnya mereka, sebelum mereka sakit. Ameeen Ya Rabbal 'Alameen



Sedikit buah tangan yang sempat dirakamkan ketika lawatan tadi.


Senyuman masih dapat diberikan oleh Ust Ja walaupun masih sakit (pembedahan di perut) Semoga pembedahan kali kedua yang akan dijalankan, dapat memberi kesihatan kepadnya... InsyaAllah

Katil no. 4, Wad 29 di HKB. Itulah tempat 'penginapan' sementara untuk Ust Jaa


Petangnya, saya & beberapa sahabat ke rumah saudara Mashadi. Beliau sedang menahan kesakitan akibat penyakit buah pinggang yang dialaminya. Kelihatan wajah sugul terpampang dimuka Ust. Mohd Baharuddin & Mohd Ridhuan

Masih mampu gagah untuk duduk di kerusi, walaupun terbayang dimuka beliau kesakitan yang amat sangat. Tetapi kerana tetamu yang hadir, beliau seakan-akan menahan diri.

Ust. Mohd Baharuddin mewakili DPP Kota Bharu, menyumbangkan RM1,000.00 kepada beliau bagi menampung perbelanjaan keluarga dan penyakitnya.
Dianggarkan paling kurang RM1,300.00 perlu dimilikinya untuk rawatan Hemodialysis.
Mana-mana yang ingin memberi sumbangan kepada beliau, bolehlah memasukkan ke dalam Akaun Bank Islam atas nama DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA BHARU 03018010047576.
Sila hubungi Mohd Ridhuan 019-9051303 bagi tujuan tersebut.

Saturday, April 12, 2008

Ceramah Bersama 4 MB + 1 KM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....
InsyaAllah malam ini 13 April 2008, saya dan beberapa orang sahabat akan ke Perak untuk mengikuti "Ceramah 4MB + 1 KM" pada malam esok (14 April 2008 - Isnin) di Stadium Perak jam 8.oo malam.

YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
YAB Ust. Azizan bin Abdul Razak
Menteri Besar Kedah

YAB Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
Menteri Besar Perak

YAB Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang

YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid bin Ibrahim
Menteri Besar Selangor


InsyaAllah pengalaman berada didalam program tersebut akan dinukilkan.
Semoga sahabatku yang diberikan nama Dzorif akan ku temui malam esok

'Fitna' yang diserang, tetapi 'Akhirat'.....?

Sekarang ini bising mengenai filem "Fitna' yang sememangnya menghina Islam. Tetapi saya tertarik dengan tulisan Faisal Tehrani didalam blognya mengenai 'kebiadapan' filem Akhirat. Apa tindakan kita???
Sedikit ringkasan yang dipetik didalam blog Faisal Tehrani mengenai filem 'Akhirat":
i. Menjadikan adegan zina sebagai sesuatu yang cool dan kasual. Hal ini terlihat apabila Noni (lakonan Nabila) dinasihati ayahnya supaya berhati-hati berteman dengan Ari (lakonan Adi Putra), penataan muzik gedik-suka digunakan untuk melatari. Tambah-tambah pula ada adegan Mira (Vanidah Imran) dengan sengaja memerangkap adiknya Noni untuk menggunakan baju tidurnya. Itu sebagai umpan kepada suaminya Amran yang gersang (dalam satu adegan Tony Eusoff terdesak merangkul Vanidah Imran dari belakang sambil menjerit: I want to make love with you) setelah tidak dapat menyetubuhi Mira sekian lama (kerana Mira HIV positif).


ii. Meskipun Noni digambarkan insaf di penghujung Akhirat setelah berzina dengan Ari sepuas hati, seraya minum arak dan berdansa di disko - keinsafan Noni hanyalah kerana 'saya telah salah berkawan' dan bukan kerana 'Allah melarang zina dan ia dosa besar'. Keinsafan Noni juga tidak didokong langsung adegan atau plot (sebab dan akibat) yang bertunjang agama.


iii. Ketabahan dan kesabaran Amran dan Mira tidak sedikit pun berbumbu agama. Mira misalnya dalam keadaan genting tegang lagi sengsara oleh tekanan menghidapi HIV positif tidak sedikit pun berpaling kepada Allah untuk mendapat ketenangan. Tidak ditunjukkan apa-apa petanda Mira mendekati Tuhan dalam tempoh itu. Mira hanya mendapat ketenangan apabila bertemu dengan pegawai di Malaysia Aids Council ala-ala kak Marina.


iv. Babak-babak yang dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin sebagai ayah Mira dan Noni menunjukkan dialog bebal menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yang mereka hadapi. Pengamal filem kita masih belum faham soal keadilan Ilahi (sebenarnya ulama yang tidak faham). Apabila ditimpa kecelakaan dalam hidup, mereka akan menyalahkan Tuhan dengan kata-kata 'ini takdir'. Nasihat-nasihat ayah kepada Mira dan Noni adalah 'nasihat-nasihat bertaraf jawapan kemusykilan agama kepada Dr Mashitah' (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri). Nasihat-nasihat itu tidak sedikit menjentik atau menggugah minda, dan membantu watak-watak itu kemudiannya insaf.


v. Adegan separa seks separa panas kunun dalam filem ini amat menjengkelkan dan memualkan. Adegan cium leher, peluk rangkul, belai membelai, tonyoh menghempap, gesel menggesel tidak dapat mencerminkan judul Akhirat yang ditatang.


Fikir-fikirkan.....................

Usrah CA

AlhamduliLlah, 12 April 2008, jam 9.45 pagi Usrah CA Zon Timur kembali setelah berhenti rehat tanpa bicara hampir 3 bulan. Rumahku dijadikan pilihan untuk usrah kali ini. Hampir 20 orang sahabat yang hadir.
Disini beberapa aksi pilihan diwarkah. insyaAllah, apa yang dibincangkan didalam usrah, Hafizi akan huraikan didalam blognya.
Isteriku sedang memerhati gelagat tetamu, kot-kot ada yang 'menyeludup' roti jala buat balik rumah. hehehe

Khairul Anuar!!! apa lagi.... ranggah laaa

Huh..... Roti Jala + Kuzi......
Tak tidur malam dibuatnya, bukan senang nak buat menu ni......
(tapi aku tempah sebenarnya, cehhh)

Mentang-mentang dia yang paling veteran, dia yang nak 'meranggah' dulu

Ust. Nasruddin sedang memberi pengisian (dengan memetik kandungan didalam buku JunduLlah). Hafizi ni koyal @ khusyuk????

Veteran CA (Khairil Hazmi - sekarang menjawat jawatan ADO di Gua Musang) yang telah kembali, sempat memberi tazkirah ringkas

Antara peserta yang datang awal.... (bermula dari kiri) Siti Hajar, Shahaniza, Norhanan, Asmawani, Zuraini. Yang adik kecil tu anak Khairil Hazmi....

Friday, April 11, 2008

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dengan lafaz BismiLlah, blog sulong saya dimulakan. Semoga bukan setakat hari ini, insyaAllah akan di'update' dengan sekerap yang boleh......