Sunday, August 31, 2008

Labbaika Yaa Ramadhan

Salam Ramadhan buat semua. Kepada semua sahabat2 & yang mengenali saya, POHON MAAFA ATAS SEGALANYA. Doakan untuk kemenangan Islam.....



Rintihan dari As-Syahid Syeikh Ahmed Yassin (Bekas pemimpin HAMAS). Ucapan & doa ni selepas cubaan Israel LaknatuLlah cuba membunuhnya pada 6 September 2003, tapi gagal :

" Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini?

Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku (yang perlahan ini).

Aku tidak mampu untuk kemana-mana tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan (jerusi roda) ku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku, diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian semua telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah…… Tiada satu kaum pun (dikalangan kalian) yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang dianiaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas…… (Tidak adakah yang mahu bangkit menetang musuh-musuh) yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.

Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan bebanan kami.

Adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini, pasuan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokoh tida mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan, ''Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan, kasihanilahsaudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambaMu yang beriman!"

Kami jadikan dikalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih, kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian (menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid.

Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini."

"Ya Allah, kami mengadu kepadaMU…… kami mengadu kepadaMU…… kami mengadu kepadaMU…… kami mengadu kepadaMu lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami dihadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang-orang yang lemah. Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami, ataukah kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMU, darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan, wanita-wanita yang dijandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak-anak, rumah-rumah yang diruntuhkan, tanaman-tanaman yang dirosakkan.

Ya Allah kami mengadu kepadaMu, berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagai jalan kami, terkebelakangnya kami.

Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat disekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami……"

Thursday, August 28, 2008

Kenangan Di Permatang Pauh



















































































































Selamat Menyambut Hari Lahir Buat Isteri Tersayang



29 Ogos...... menjadi satu kemestian untuk aku raikan tarikh tersebut. Satu tarikh yang penting buat isteriku & semestinya mesti diingati oleh seorang suami.

Sayang....! Happy Birthday


Petang tadi aku bergegas pulang dari pejabat untuk mencari sebuah hadiah (di Supermarket Billion) yang tak pernah aku lupa untuk dihadiahkan dengan apa jua hadiah, setiap tahun sejak aku mengenalinya 11 tahun lepas.

Maaf sayang, ini saje yang termampu diberikan oleh abang...

Hadiah yang mungkin tak seberapa..... tetapi bagi aku ia cukup bermakna untuk seorang wanita yang kerap kali memberi sokongan yang padu kepadaku meneruskan liku-liku perjuangan (yang kekadang prestasi aku bersifat 'yo-yo').

Mungkin pagi nanti sayang akan menelaah blog ini. Maaf ya, kerana tidak meminta izin terlebih dahulu untuk aku berkongsi sedikit pengalaman hidup di alam maya ini.

Robbana Hablana Min Azwajina
wazurriyatina qurrata a'yun.... waj'alna lilmuttaqina imama

Sayang....., sedikit coretan seorang sahabat yang dikepilkan, yang mungkin boleh memberi menjadi teladan untuk kita berdua. Hendak menyamakan hidup abang dengan suami seorang sahabiah tersebut adalah jauh sekali.

Tugas/kerja abang bukan sesibuk orang yang sibuk, tetapi menjadi sibuk kerana gagal menguruskan masa dengan baik.

InsyaAllah, hari ini mungkin lebih baik dari semalam, dan hari esok insyaAllah lebih baik dari hari ini....

Sayang, sama-sama kita renungkan kisah seorang sahabiah abang ini ek.....

4.30pagi

Terasa hangat kucupan pada dahi ini. Ku lihat zauji di sebelah sudah siap berjubah putih dan berkopiah. Lantas daku hadiahkan sekuntum senyuman buat zauji. Sungguh semangat dia pagi itu. Mungkin kerana malam semalam dia tidak ada tugasan di luar. Kalau tidak nampak juga wajah keletihannya jika pulang lewat dari mesyuarat atau usrah cawangan. Namun, ianya tidak pernah tinggal.


Ya Allah, bersyukurnya aku padaMu kerana dikurniakan aku seorang suami yang soleh. Kau tetapkanlah imannya, kekalkanlah ketaqwaannya padaMu, dan eratkan lagi kasih sayang yg telah Engkau berikan kepada kami. Ameen!


6.30pagi

Selesai menunaikan solat subuh dan mengaminkan doa kudus zauji, seperti biasa zauji akan memberikan sedikit kuliah buatku. Wajahnya sangat tenang. Walaupun ku tahu disebalik ketenangan itu terlalu banyak tugasan yang perlu zauji selesaikan. Jawatan sebagai Ketua Pemuda Kawasan membuatkan waktu untuk kami bersama amat terhad. Jadi, waktu beginilah zauji manfaatkan bersamaku. Aku redha dan pasrah, malah aku bangga miliki zauji. Dialah suamiku dunia akhirat.


8.00pagi

Pagi sabtu begini zauji ada mesyuarat mingguan di Taman Melawati. Lagipun pula sekarang sedang hangat isu pilihanraya umum, semakin sibuk insan kesayanganku itu, kekadang tak sampai hati melihat keadaan zauji. Ke
sana dan ke mari menjalankan tugas. Namun tak pernah ia merintih dan mengadu. Aku persiapkan kelengkapannya untuk mnghadiri msyuarat. Baju dan seluarnya telah siap ku gosok. Kopiah, sapu tgn, dan stoking sudah pun kucuci, ku susun rapi di atas katil. Zauji kata hari ini dia perlu bawa fail Tarbiyyah dan Siasah. Aku capai fail2 yg sedia tersusun rapi di atas rak dan ku satukan bersama pen dan beberapa helai kertas kosong utk zauji membuat catatan dan ku letakkan ke dalam briefcasenya.


Aku bergegas ke dapur. Melihat pisang yg ku goreng. Zauji sedang menikmati teh panas, aku suakan pisang goreng ke mulutnya. Zauji tersenyum, katanya pisang gorengku sedap, lantas cubitan manjaku singgah ke pipinya yg semakin usang dibawa usianya yg semakin meningkat.


Ya Allah, bahagianya aku pagi ini. Kau lindungilah suamiku, permudahkanlah tugasnya dan peliharalah dia. Kekalkanlah kemesraan ini hingga ke akhir hayat kami?


Sebelum zauji pergi ke Taman Melawati, dia berpesan padaku agar menjaga diri baik-baik. Zauji berjanji akan pulang selepas sahaja habis mesyuarat. Aku betulkan kopiah zauji yg senget sedikit. Aku pastikan segala kelengkapan yang perlu zauji bawa tidak tertinggal. Aku kucup tangan kasar zauji yg telah banyak bersusah payah mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Walau tak seberapa gaji zauji terima, namun keberkatan dari Allah, wang yang sedikit itulah mengajar kami bersifat zuhud dan bersederhana dalam apajua keadaan. Zauji mengucup dahiku. Sebak rasanya di dada. Aku rangkul tubuhnya yang nampak letih namun di dalamnya membara darah hangat semangat seorang pejuang yg bakal mengalir titisan saga seorang mujahid. Jelas di wajahnya kerisauan utk meninggalkan diriku berseorangan di rumah. Namun ku yakini zauji bahawa aku pandai menjaga diri. Zauji mengucapkan terima kasih kepada ku kerana menyiapkan kelengkapannya pagi itu dan sarapan untuknya.


Sama-sama zauji, berjuanglah wahai mujahid Allah.


10.00pagi

Alhamdulillah, Semuanya telah selesai. Baju sudah siap ku cuci dan ku sidai. Aku pastikan keadaan rumahku berada dlm keadaan bersih. Walau kecil rumah yg zauji sediakan untuk kami berteduh, namun aku tidak pernah merungut. Di rumah kecil inilah kami menyemai kasih sayang. Aku redha bahawa seorang isteri solehah tidak akan mengungkit-ungkit akan pemberian yg diberikan oleh suami, apatah lagi meminta-minta sesuatu yg diluar kemampuan zauji.


Selepas selesai segala kerja-kerja rumah, aku ke bilik khas tempat di mana zauji dan aku menyimpan fail-fail jemaah dan tempat kami berbincang. Rak buku yg mengandungi buku zauji dan buku ku yg kami kumpul sejak di universiti lagi. Zauji memang minat membaca.


Aku membelek-belek planner dan sesekali aku mengerling ke arah jadual yg sedia terlekat di dinding. Sepatutnya aku ada usrah tetapi terpaksa dibatalkan. Waktu yg lapang ku
cuba siapkan kerja-kerja zauji. Zauji kata, kalau ada masa lapang, buatkan teks tazkirah dan ceramah utknya. Zauji selalu juga mendapat undangan ceramah dan tazkirah setiap malam isnin, zauji akan memberi kuliah maghrib di surau berdekatan rumah kami. Zauji tahu aku tidak mempunyai ilmu yg mantap sepertinya, namun zauji selalu memberikan ku keyakinan padaku yg aku boleh. Jika ada kesalahan pada teks ku, zauji akan memperbetulkan dan memberi penerangan kepadaku.


11.45 pagi

Zauji baru sahaja telefon. Katanya mesyuarat baru sahaja habis. Aku bergegas ke dapur melihat asam pedas yg ku masak tadi. Tentu zauji suka, aku pastikan segalanya dalam keadaan sedia. Diriku bersih dan terurus, itulah tanggungjawab seorang isteri. Kedengaran bunyi motor zauji dari kejauhan. Aku buka sedikit pintu, tersenyum zauji melihatku. Gembiranya hati ini melihat zauji tersenyum. Lapang rasa hati, tenang pula dijiwa. Aku sambut kepulangannya dengan mengucup tangannya. Zauji lantas memegang tanganku, dihulurkan satu bungkusan kepadaku. Di dalamnya ada sepasang jubah berwarna merah jambu. Aku senyum kepada zauji., tanda terima kasihku.

Ya Allah, semoga zauji menjadi suami yg soleh dan ku menjadi pendampingnya yg solehah. RedhaMu adalah kemuncak segala cita-cita, moga baitul muslim ini kekal hingga akhir hayat kami, amin!


3.00petang

Petang ini seperti biasa zauji duduk bersamaku menyelesaikan tugasan jemaah. Zauji selalu berpesan kepadaku jika ada sesuatu yang perlu dibicarakan, maka luahkanlah, zauji memang tidak pernah mengabaikan perasaanku. Aku selalu meyakinkan pada zauji agar jangan risau tentang diriku. Aku takut diriku menjadi asbab akan gugurnya zauji dari perjuangan ini. Tidak ingin sekali-kali.


Ku dambakan hati setabah Khadijah, minda secerdik Aisyah, jiwa setenang Fatimah dan diri sehebat Sumayyah. Ingin aku hadiahkan ketabahan, kecerdikan, dan ketenangan itu kepada zauji. Moga zauji bangga memiliki zaujah seperti itu. Namun, kurasakan diriku amat kerdil dan jauh untuk ku capai maqam setinggi itu.


Zauji selalu meyakinkan bahawa aku zaujah yang baik, itulah doa buatku, moga doa zauji dimakbulkan Allah.


9.00malam

Malam ini zauji ada tugasan di luar. Zauji diarahkan ke Kelantan untuk menghadiri mesyuarat bersama Tuan Guru. Aku siapkan kelengkapannya. Zauji kata, urusan ini mengambil masa seminggu. Sedih juga di hati ini, tapi aku harus terima hakikat bahawa zauji bukan milikku seorang. Allah adalah punya mutlak zauji kesayanganku. Maka aku mesti redha miliki suami ahli gerakan Islam. Sebelum zauji pergi, zauji menghulurkan sampul
surat kepadaku. Aku tersenyum, zauji pun tersenyum. Pastinya surat buatku. Zauji pasti akan mengarang surat untukku jika dia bertugas di luar. Zauji akan menasihatiku dan memberikan perangsang buatku. Terima kasih zauji.

Zauji semakin hilang di kepakatan malam yg hening itu. Dia pergi utk menunaikan tanggungjawabnya kepada Islam. Selamat berjuang wahai mujahid Allah! Aku sentiasa di sini menanti kepulanganmu dengan penuh ketabahan dan kesabaran. Ketahuilah zauji tercinta, tidak pernah walau sekelumit aku menyesal menjadi surimu walau selalu ditinggalkan. Malah, aku bersyukur dan merasa amat bangga kerana diizin Allah untuk bersamamu. Biarlah dunia ini penjara buat kita, namun di akhirat
sana Allah pasti akan memberikan ganjaran pada hamba yg ikhlas dan sabar.

Tuesday, August 12, 2008

Bercuti


InsyaAllah pada esok (13 Ogos) saya akan bertolak ke Ipoh, Perak untuk mengikuti Hari Raya Jemaah (Muktamar Tahuhan Dewan Pemuda PAS Pusat & Muktamar Tahunan PAS Pusat) sehingga 17 Ogos dan seterusnya ke Permatang Pauh untuk membantu setakat jentera pilihan raya disana setakat yang mampu sehingga 26 Ogos, insyaAllah.


Monday, August 11, 2008

Respon Terhadap Tulisan Ust Hj Nasruddin Tantawi

Rasa gerun juga untuk memberi respon terhadap tulisan (Jika Islam Tidak Dominan PAS Wajib Menarik Diri) seorang yang hebat seperti Ust Nasaruddin Tantawi. Tetapi bagi saya, ia sekadar pandangan peribadi dan bukan lagi pandangan jemaah.

Benar.... kita perlu rasa bimbang mengenai apa yang akan terjadi dengan PAS jika 16 September 2008 ini benar-benar BN terhumban.

Jika benar apa yang didakwa oleh Ust Nasruddin mengenai 30 MP yang bakal terjun kepada Pakatan Rakyat kebanyakannya non muslim, apakah nasib Islam? adakah semakin lemah @ semakin kuat?

Bagi saya, samada ramai non muslim atau tidak, mungkin jadi masalah atau tidak belum tentu lagi. Keadaan di negeri perak sebenarnya patut diambil contoh. 10 Exco yang dilantik, difahamkan hanya 3 orang sahaja yang muslim (tidak termasuk MB). Adakah Islam di Perak terancam? Tetapi setakat ini, banyak perkara-perkara positif yang telah kita dengar, alhamduliLlah.


Bagi saya, yang paling penting ialah portfolio apa yang PAS pegang dalam kabinet. Mungkin itu yang akan menentukan samada Islam akan terselamat @ tidak, untuk FASA I peralihan kuasa.

Kita masuk FASA II. Jumlah MP muslim pada fasa ini mungkin akan meningkat, kerana saya yakin orang UMNO lemas jika berada tanpa ada kuasa. Nak tak nak, mungkin mereka sama-sama melompat ke Pakatan Rakyat. INSYAALLAH.

Disini sebenarnya peranan PAS untuk menarik MP-MP Umno bagi bersama-sama dalam Pakatan Rakyat (bukannya seperti yang berlaku sebelum ini....... yang dikatakan mengakibatkan kita keluar dari Pakatan Rakyat)

Bagi saya cara berdakwah yang paling baik kepada orang UMNO ialah dengan menghilangkan kuasanya terlebih dahulu, barulah mereka nampak kebenaran.

Setakat ini sahaja.... jumpa dilain kali... InsyaAllah

Salam Perjuangan

Sunday, August 10, 2008

Respon Dari Pejabat YAB Ketua Menteri Pulau Pinang




Petang tadi (10 Ogos), saya telah terima surat dari pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, mengenai surat yang telah dihantar oleh saya, bertajuk "Keluhan Masyarakat Islam Di Pulau Pinang".

Terima kasih atas respon yang diberikan. Satu petanda yang baik tiada birokrasi yang ditunjukkan oleh YAB.

Thanks.




Disini dipersalinkan semula surat yang dikirimkan olehnya :

6 Ogos 2008

Encik Saifudin bin Ibrahim

Lot 250, Kampung Pintu Gang,

Kota Bharu,

15100 KELANTAN.

Tuan,


PER: KELUHAN MASYARAKAT ISLAM DI PULAU PINANG

Dengan hormatnya, surat Tuan yang bertarikh 6 Ogos 2008 mengenai perkara tersebut adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa perkara tersebut telah termaklum kepada Y.A.B Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.


Yang ikhlas,



t.t
(NG WEE KOK)
Setiausaha Sulit Kanan kepada
Ketua Menteri Pulau Pinang




Saturday, August 9, 2008

Siapa Yang Sepatutnya Ada Pada 16 Ogos?

16 Ogos 2008 (Hari Penamaan Calon P.44 Permatang Pauh) merupakan satu detik bersejarah, kerana insyaAllah akan dihadiri kesemua pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Terbayang dalam khayalan saya, jika sof hadapan perarakan nanti akan dipenuhi 'ikon-ikon' kecintaan rakyat ini. Diantaranya..... :

Ikon paling penting sekali
DSAI
(Calon PKR di P.44 Permatang Pauh)

YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

YB Lim Kit Siang


Dato' Dr Haron Din


YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang

YB Dato' Seri Wan Azizah


YB Karpal Singh


YB Ust Nasharuddin


YB Dato' Hj Husam Musa


Syed Husin Ali


YB Azmin Ali


Hj Mohamad Sabu


Ust. Hj Ahmad Awang


YAB Lim Guan Eng


YB Saifuddin Nasution


YB Nurul Izzah


YB Solahuddin Ayub


Kehadiran mereka ini, insyaAllah akan memberi petanda kepada keutuhan Pakatan Rakyat....

Salam perjuangan...

Thursday, August 7, 2008

Derma RM1 & Watak Utama Perbicaraan 10 September


RM1

Tengahari tadi (7 Ogos) saya dipesan oleh YB Dato Cikgu Rahim mengenai pesanan Dato Seri Anwar supaya mana-mana penyokong-penyokong dan yang bersimpati dengan Pakatan Rakyat tetapi tidak mampu untuk menyumbangkan tenaga dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh DAPAT MEMBERI DERMA/SUMBANGAN PALING KURANG RM1.

Ayuh, semoga mana-mana yang tidak berkesempatan untuk menyumbangkan tenaga dapat menyumbangkan derma/sumbangan kepada mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat.

Semoga derma/sumbangan yang ikhlas tersebut dapat mempercepatkan keruntuhan kerajaan Barisan Nasional, insyaAllah



WATAK UTAMA
PERBICARAAN 10 SEPTEMBER 2008

Saiful Bukhari
Orang yang mendakwa dirinya diliwat oleh DSAI. Dikatakan beliau telah diliwat sebanyak 9 kali
Kali terakhir pada 26 Jun 2008 & telah membuat repot polis pada 28 Jun 2008



Pegawai Perubatan Hospital Pusrawi, Dr Mohamad Osman
Beliau membuat Akuan Bersumpah pada 1 Ogos 2008. Beliau mendakwa telah memeriksa Saiful & tidak menjumpai sebarang bukti yang boleh mengatakan Saiful telah diliwat.



Dato Seri Najib
Beliau mendakwa Saiful telah berjumpa dengannya pada 27 Julai,
sehari selepas Saiful didakwa diliwat oleh DSAI.





Rosmah (Isteri Najib) &
Mumtaz Jaafar (gambar dalam bulatan, bekas atlit negara)
Dikatakan seminggu sebelum Saiful didakwa diliwat oleh DSAI, beliau telah berjumpa dengan Rosmah & Mumtaz di rumah Rosmah.....


Bagi saya, penama-penama tersebut akan menjadi watak utama dalam perbicaraan kes liwat DSAI yang dijadualkan berlangsung pada 10 September 2008 nanti. Yang pasti & menarik, Najib pasti akan diseret ke mahkamah! Memang world!

Salam perjuangan
Jumpa di Permatang Pauh, insyaAllah

Tuesday, August 5, 2008

Warkah Bisu Buat Lim Guan Eng


Saifudin bin Ibrahim
(No. KP : 760702-03-5999)
Lot 250 Kampung Pintu Gang,
15100 Kota Bharu,
Kelantan.

5 Syaaban 1429 / 6 Ogos 2008

Ke Majlis :
YAB Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang
Merangkap Setiausaha Agung DAP

YAB,

KELUHAN MASYARAKAT ISLAM DI PULAU PINANG
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan saya seperti nama di atas merupakan salah seorang penyokong kepada Pakatan Rakyat.

Diucapkan tahniah kepada YAB yang telah berjaya menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sehingga kini hamper mencecah 5 bulan. Era peralihan kuasa daripada Tan Sri Koh Tsu Koon kepada YAB telah memberi harapan baru kepada masyarakat Islam dan melayu khususnya di Pulau Pinang, walaupun pada awalnya dimomokkan dengan pelbagai keburukan oleh media-media yang selamanya berniat jahat terhadap Pakatan Rakyat.

Ya, Khalifah Umar Abdul Aziz, kerapkali saya mendengar dan membaca kenyataan YAB untuk mencontohi corak pemerintahannya. Bagi saya yang berada jauh dari Pulau Pinang dan beragama Islam merasakan cukup-cukup terharu dengan kenyataan sedemikian.

Malah penegasan YAB untuk untuk mengamalkan konsep CAT Government iaitu contingency - berpasukan, accountability - bertanggungjawab dan transparency - telus & adil amat menggembirakan saya. Malah dalam hati saya yakin, YAB mampu melaksanakannya.

Tetapi selepas beberapa kali mendengar keluhan daripada rakan-rakan saya dari Pulau Pinang, saya merasakan ada yang tidak kena dengan pendekatan dan corak pemerintahan YAB.

Beberapa perkara yang telah sampai ke telinga saya ialah :

  1. YAB meneruskan pembinaan rumah kos tinggi dan yang menjadi mangsanya ialah kaum Melayu dan India. Umum mengetahui bahawa taraf ekonomi kedua-dua kaum ini di Pulau Pinang amat teruk. Jika ia benar, maka YAB seperti memperjuangkan sesebuah kaum dan meminggirkan kaum-kaum yang lain. Diharap telahan ini tidak benar. Diharap rumah-rumah kos rendah dapat dibina sebanyak mungkin untuk memberi peluang kepada semua kaum mendapat tempat pelindungan.
  2. YAB menolak untuk diadakan pertemuan dengan para pimpinan PAS Pulau Pinang dengan diberi pelbagai alasan-alasan yang tidak munasabah. Jika ia benar, diharap YAB patut membetulkan dan memberi seberapa ruang yang luas kepada PAS Pulau Pinang khususnya untuk menambahbaikan corak pemerintahan YAB di Pulau Pinang yang juga dikenali kerajaan Pakatan Rakyat.

Ada beberapa perkara lagi yang telah sampai ke telinga saya, tetapi ia lebih bersifat perkauman. Tetapi bagi saya, jika YAB dapat menyelesaikan 2 perkara tersebut, saya merasakan masyarakat Islam dan Melayu khususnya (yang telah memejamkan sebelah mata mereka dari segala catatan silam, atas optimisnya mereka kepada komitmen DAP terhadap prinsip-prinsip yang adil dan saksama) pasti menarik nafas lega setelah dipinggirkan selama bertahun-tahun secara zalim oleh pemerintahan BN sebelum ini.

Mungkin banyak perkara YAB perlu belajar dari Kelantan, malah suara-suara nakal yang tidak selesa dengan pemerintahan YAB, memberi luahan supaya sebelum YAB mencontohi pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, adalah lebih baik YAB mencontohi dan menandingi dulu corak pemerintahan yang telah diamalkan YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz di Kelantan.

Semoga persidangan Ketua-ketua Kerajaan Pakatan Rakyat beberapa hari lagi akan memberikan input yang penting kepada YAB untuk terus memberi keadilan kepada semua masyarakat terutamanya masyarakat Islam dan Melayu khususnya di Pulau Pinang.

Salam perjuangan untuk YAB…..


“Kearah Malaysia Yang Sejahtera


Yang benar,

t.t

SAIFUDIN BIN IBRAHIM
lot250.blogspot.com

Monday, August 4, 2008

Majoriti Penentu ‘KEMENANGAN’

Perletakan jawatan DS Wan Azizah sebagai Ahli Parlimen pada 31 Julai 2008 telah memberi satu ‘exercise’ kepada Pakatan Rakyat (PR) & Barisan Nasional (BN) untuk menilai sejauh mana keinginan rakyat samada untuk meneruskan momentum perubahan atau membuat u-turn kepada BN.

Apa jua yang hendak diperkatakan dan telahpun diulas oleh ramai pihak, saya merasakan… insyaAllah kemenangan PR dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh sukar disekat.

Yang mungkin menjadi pertarungan sekarang ini ialah bukan soal menang atau kalah, tetapi adalah untuk melebarkan @ mengurangkan majoriti undi (sebelum ini PR menang dengan majoriti 13,388 undi). Mungkin tidak mustahil BN boleh mengembalikan keputusan dalam PRU 11 (hanya kalah majoriti 590 undi). Tetapi melihat kepada riak sekarang ini, ia seperti sukar berlaku, insyaAllah.

Saya rasa data-data pada PRU 12 mungkin boleh bermanfaat untuk pilihan raya kecil ini, walaupun mungkin ada sedikit perubahan kepada penambahan & pengurangan jumlah pengundi :

Jumlah Pengundi : 58,449
Peratusan Kaum :
o Melayu : 68.5%
o Cina : 24.79%
o India : 6.3%
o Lain-lain: 0.41%


Melihat kepada angka tersebut, boleh disimpulkan, undi orang Melayu akan menjadi penentu kepada ‘kemenangan’ nanti. Senario ‘swing’ undi orang Melayu kepada PR dalam PRU 12 terlalu kecil berbanding dengan ‘swing’ undi orang Cina & India kepada PR.


Ini mungkin akan menjadi ‘test’ kepada PR & BN untuk melihat sejauh mana penerimaan orang Melayu kepada gaya pemerintahan PR di Pulau Pinang. Samada ia diterima atau tidak, sedikit sebanyak ia akan menyumbang kepada jumlah undi nanti.

Untuk pergi jauh lagi, saya kerap diajar untuk menilai sesuatu isu dengan kaedah SWOT (Strengths - Kekuatan, Weaknesses - Kelemahan, Opportunities – Peluang & Threats - Ancaman). Pastinya ia sedikit sebanyak dapat melihat sejauhmana kemampunan PR & BN untuk menghadapi pertembungan ini. Sedikit SWOT Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh secara rambang untuk dikongsi :

PAKATAN RAKYAT

1. Kekuatan
  • Jentera yang kuat, terutama sokongan jentera dari PAS
  • Faktor calon (DS Anwar Ibrahim) yang sememangnya mempunyai pengaruh besar di Permatang Pauh
  • Sokongan padu dari masyarakat Cina & India
  • Penambahan & pengurangan para pengundi tidak banyak berubah dengan para pengundi PRU 12
2. Kelemahan
  • Ketidakmampuan untuk menandingi media mainstream terutama untuk counter-attack isu yang dilemparkan oleh BN
  • Hubungan diantara parti-parti dalam PR tidak utuh sebagaimana BN ditambah dengan isu ‘muzakarah’ PAS dengan UMNO

3. Peluang

  • ‘Mood’ para pengundi tempatan untuk mengangkat DSAI sebagai PM kuat
  • Simpati pengundi terhadap DSAI
  • Isu ekonomi terutama ‘isu harga minyak’
  • Isu kelemahan pentabiran Pak Lah
4. Ancaman
  • Serangan fitnah kepada isu peribadi DSAI (isu liwat & agen Amerika) dengan disokong media mainstream
  • Ketidakpuashatian orang melayu dengan pentadbiran kerajaan pimpinan DAP di Pulau Pinang
  • Pengundi hantu pastinya berkeliaran pada hari membuang undi
  • Taburan sogokan berbentuk wang sukar dibendung
  • Sikap terlalu yakin mencapai kemenangan

BARISAN NASIONAL

1. Kekuatan
  • Kekuatan jentera terutama sokongan dari jentera kerajaan
  • Sokongan dari media mainstream
2. Kelemahan
  • Tiada calon yang berkemampuan (termasuk Ezam) untuk menandingi kewibawaan DSAI
  • Kelesuan jentera BN & mengharapkan ganjaran

3. Peluang
  • Bajet 2009 yang akan dibentangkan akhir September pasti digunakan sebaik mungkin
  • Ezam akan dipergunakan habis-habisan oleh BN untuk menyerang DSAI

4. Ancaman

  • Inflasi yang semakin meningkat
  • Isu kenaikan harga minyak yang masih gagal diterima oleh rakyat
  • Isu pembunuhan Altantuya (dikaitkan dengan pimpinan BN) pasti digunakan secara maksima oleh PR



InsyaAllah, saya dan beberapa petugas lain akan turun untuk Fasa 1 ke Permatang Pauh pada 7 Ogos ini.

Salam Perjuangan